21 Tips Mudahnya Berniaga – Dr.Azizan Osman

21 tips mudahnya berniaga dr Azizan Osman

 

21 tips mudahnya berniaga dr Azizan Osman

21-tips-mudahnya-berniaga

Ini adalah antara 21 tips yang berjaya saya peroleh semasa menghadiri Seminar Mudahnya Berniaga oleh Dr. Azizan Osman di Wisma MCA baru-baru ini. Sebenarnya terdapat banyak lagi ilmu & idea baru yang diperoleh, namun untuk kali ini saya kongsikan 21 tips ini sahaja dulu ya…

1. Kenapa ramai usahawan gagal adalah disebabkan ATTITUDE (SIKAP) yang suka menyalahkan orang lain. Bagi mereka, Life is so Easy by blaming others.

2. Kenapa ada orang yang berjaya & ada yang gagal. Ianya terletak kepada bagaimana mereka buat KEPUTUSAN.

3. Tanda orang yang berjaya, mereka sentiasa BERSEDIA. Be Prepared. Ini kerana, kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi jika kita bersedia.

4. Jika seseorang itu buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, Insyaallah semua yang benda yang dia buat pasti bersungguh-sungguh. How you do anything, Is how you do Everything.

5. Orang yang berjaya, hatinya luas. Bukan kecil yang suka sentap πŸ˜€

6. Sebelum nak labur banyak wang dalam perniagaan, fokuskan untuk banyakkan pelanggan dahulu. Jangan terus buka wisma jika pelanggan masih sedikit. Ingat, fokus untuk ramaikan pelanggan dahulu.

7. Orang yang berjaya, apabila mereka mulakan sesuatu, mereka akan akan lakukan dengan terbaik sehingga habis. Orang gagal pula sebaliknya.

8. Orang yang berjaya, mereka pantas buat KEPUTUSAN, Serius dengan apa yang mereka buat & sentiasa berikan 100% komitmen.

9. Untuk orang suka beli produk kita, kita perlu sukakan Allah terlebih dahulu. Cari keberkatan.

10. Untuk jadi orang yang berjaya, perlu berkawan dengan orang yang lebih berjaya.

11. Formula untuk berjaya, TUKAR kawan.

12. Orang yang berjaya sikapnya berbeza. Mereka tak suka komplen. Mentaliti & kesabarannya pun berbeza.

13. Orang berjaya pantas buat keputusan & tindakan. Mereka tak terhegeh-hegeh & mereka percaya terhadap apa yang mereka ingin lakukan.

14. Orang berjaya sanggup labur duit untuk berjaya.

15. Orang berjaya suka bina NETWORKING. Anda adalah siapa kawan anda. Untuk hidup berubah, Upgrade kawan anda. Copy successful person, you’ll be successful.

16. Orang berjaya sudah buat keputusan awal untuk mereka berjaya.

17. Orang berjaya tidak bertangguh. Fast action fast result. Now or Never. Bisnes adalah tentang kepantasan. It’s all about SPEED.

18. Orang berjaya tidak hiraukan kutukan orang lain.

19. Orang berjaya selalu FOKUS. Fokus 1 produk, fokus 1 masalah. Bisnes wujud sebab adanya masalah. Di mana ada masalah di situ ada peluang.

20. Orang berjaya konsisten & persisten dalam apa yang mereka nak capai.

21. Jika kita nak capai satu benda yang kita tak pernah capai, kita kena berani buat perkara yang kita tak pernah buat.

 

Jika diperhatikan, kebanyakan tips di atas adalah berkenaan dengan Attitude (sikap). Ini kerana untuk membina bisnes bukanlah suatu proses yang sukar jika dibandingkan denganΒ proses membina sikapΒ untuk menjadi usahawan berjaya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jom kongsikan pandangan anda πŸ™‚

 

26 Comments

  • zulkapli

    Reply Reply September 9, 2014

    Alhmdllh…..tksh utk tips….masih byk yg perlu dbaiki dari dlm diri ini…..

    • Rahman Basri

      Reply Reply September 9, 2014

      Sama-sama. Alhamdulillah Zul.

  • ikhwan

    Reply Reply September 9, 2014

    Terima kasih atas perkongsiannya πŸ™‚

    • Rahman Basri

      Reply Reply September 9, 2014

      Sama-sama ikhwan.

  • Hazim

    Reply Reply September 9, 2014

    Salam, Terima kasih
    Visit our instagram @zimsandco
    instagram.com/zimsandco

    • Rahman Basri

      Reply Reply September 9, 2014

      Hazim. Sama-sama.

  • Suaidah Norbaki

    Reply Reply September 9, 2014

    Ya Allah, sentap baca! Hahaha.. Terbaik tips!

    • Rahman Basri

      Reply Reply September 9, 2014

      Haha. Sentap baca point #5 ke? πŸ˜€

  • broFami sam

    Reply Reply September 9, 2014

    Terima kasih atas perkongsian ini..
    saya nak copy boleh ..? πŸ™‚

    • Rahman Basri

      Reply Reply September 9, 2014

      Boleh. Silakan πŸ˜‰

  • Zulhilmi Zainudin

    Reply Reply September 9, 2014

    Terim kasih tuan RB kerana sudi berkongsi ilmu-ilmu emas ini. πŸ˜€
    Btw, poin #16 macam ada typo tuan.

    • Rahman Basri

      Reply Reply September 9, 2014

      Sama-sama tuan Zulhilmi. Ok tyo dah diperbetulkan. Thanks! πŸ˜€

  • cyrus

    Reply Reply September 9, 2014

    Thanks a lots to Tuan Rahman Basri about tips..

    • Rahman Basri

      Reply Reply September 9, 2014

      You’re welcome. πŸ˜‰

  • Faris Osman

    Reply Reply September 9, 2014

    Terima kasih Tuan Rahman,
    Nak share… πŸ™‚

    • Rahman Basri

      Reply Reply September 9, 2014

      Ya silakan Faris πŸ™‚

  • rahimi

    Reply Reply September 9, 2014

    Terbaik..sangat bermanfaat bagi yang nak berniaga.

  • azrul

    Reply Reply September 10, 2014

    menarik..mintak share tuan..

    • Rahman Basri

      Reply Reply September 10, 2014

      Boleh silakan tuan. Tqvm πŸ˜‰

  • Mas Lyeen

    Reply Reply September 10, 2014

    Assalamualaikum..Tn RB,

    Perkongsian tips Thorbaikkk! πŸ™‚
    Mohon share ya..

    Terima kasih..

  • afwaz

    Reply Reply October 6, 2014

    Perkongsian yg cukup bermanfaat. Bab FOKUS yg masih goyah. InsyaAllah akan memperbaiki. Terima kasih Tuan Rahman Basri..

  • Mohamad Alkarim

    Reply Reply October 30, 2014

    Terima kasih untk perkongsian ni tuan.. mohon share juga yer.. πŸ™‚

  • maizatul akhma

    Reply Reply November 24, 2014

    assalamualaikum.
    Alhamdulillah..
    terima kasih atas perkongsian elmu yg sgt bermanfaat ini.
    moga tuan dilimpahi keberkatan. Aamiin..

  • nurnichy@gmail.

    Reply Reply December 15, 2014

    Thanks

  • Suhaimi

    Reply Reply May 16, 2016

    Assalamualaikum Tuan.. MasyaAllah smua point yg diketengahkan lojik & masuk akal perkaitannya dengan kejaayan yg hendak d capai oleh orang yang bermula. terima kasih di atas perkongsiannya tuan Rahman… (Sahabat lama di Madrasah Assyabissyahid, Bombalai)

    • Rahman Basri

      Reply Reply June 24, 2016

      Wsalam tuan, Masyaallah… Sahabat lama πŸ™‚

Leave A Response

* Denotes Required Field