"3 Sebab Utama Kenapa Sukar Buat Jualan"

Hai assalamualaikum. Saya Rahman Basri.
Dalam post ini saya akan berkongsi kepada anda antara sebab utama kenapa kita sukar buat jualan, walaupun dah banyak spend duit untuk marketing.
Jika anda pun ada masalah sukar buat jualan, teruskan membaca.
Insyaallah anda akan dapat 'hint' apa perkara yang nak kena baiki.
Sebab pertama: Anda tidak 'TAPIS' prospek anda
Kena ingat, tak semua orang akan suka dengan produk yang kita jual.
Sebab itulah iklan yang bagus sebenarnya adalah iklan yang boleh 'filter out' prospek yang kita tak nak.
Kita nak tapis siap-siap prospek yang kita nak je.
Kita hanya nak fokus mereka yang menghargai apa yang kita jual, sebab mereka ini lebih mudah untuk membeli.
Bila iklan yang kita hasilkan tak berjaya tapis orang yang betul, akibatnya kita mungkin dapat banyak leads (prospek). Tapi susah nak close. Setuju?
Boleh jadi 100 orang yang whatsapp, hanya 2-3 orang sahaja yang membeli. Letih kan layan 97 orang lagi yang acah-acah nak beli tu. :p
So, tapis betul-betul.
Insyaallah kita akan dapat prospek yang lebih mudah nak beli. Barulah 100 whatsapp masuk, 50 orang ke atas yang terus beli.
Best kan!
Sebab kedua: Prospek yang 'TIDAK' berkualiti
90% peniaga online buat Facebook Ads main redah je.
Bila ada produk. Terus buat copywriting, upload gambar dan launch iklan. Hasilnya pun krik..krik..krik!
Biasa buat kan?
Bukan anda je yang pernah buat macamni, saya pun dulu pun sama. 🙂
So apa benda yang kita kena buat ialah sebelum kita buat klan, kita perlu kenalpasti dulu siapa target prospek dengan jelas.
Ini langkah paling penting sebelum anda fikir pasal ayat close sale bagai.
Sepatutnya prospek kita adalah dikalangan mereka yang berminat dengan produk & ada kuasa membeli (purchasing power).
Maka kita buat iklan hanya kepada mereka ini sahaja.
Contoh mudah: Saya jual pakej SPA kecantikan harga RM1,500 kepada budak Universiti.
Budak universiti tu mungkin minat, tapi mereka masih tak ada 'puchasing power'. Mereka mana ada duit sangat nak beli produk mahal-mahal.
Sebab itulah bila kita buat iklan kepada prospek yang tak berkualiti, kita susah nak buat jualan.
Nampak?
Sebab ketiga: Tidak tunjukkan 'VALUE' tawaran dengan jelas
Kadangkala prospek tidak membeli bukanlah disebabkan produk kita tu tak bagus.
Tapi sebabnya adalah kerana kita tidak berjaya 'convince' atau yakinkan mereka tentang apa 'value' yang mereka nak tu ada pada produk yang kita jual.
Ingat ini.
Prospek hanya akan bagi duit mereka kepada kita, apabila mereka nampak dengan jelas nilai yang mereka nak, ada pada produk kita.
Jadi, kita perlu mahir menerangkan nilai supaya pelanggan rasa berbaloi untuk beli produk kita.
Kawan saya ada jual produk pada harga RM190.
Pesaing jual RM90.
Tapi produk yang kawan saya jual mahal tu masih dapat jualan sehingga sekarang.
Nampak?
Kuncinya ialah sejauh mana kita boleh terangkan value produk kita dengan jelas kepada prospek yang betul, akan menentukan kadar jualan produk yang bakal kita hasilkan.
Adakah anda juga ada masalah sukar nak buat jualan?
Jika ya, mulakan kenalpasti prospek yang berkualiti. Tapis siap-siap.
Dan belajarlah menerangkan nilai produk supaya pelanggan nampak dengan jelas apa yang dia dapat dengan harga yang dia bayar.
InsyaAllah, mudah dapat jualan.
Perlukan bimbingan yang lebih detail tentang hal ini?
Anda boleh apply strategi Ads Sniper ini.
Ia akan bantu anda hasilkan iklan di Facebook Ads yang lebih targeted kepada right audience anda.
Anda dah tak perlu kejar nak dapatkan banyak prospek (leads). Tapi fokus untuk prospek yang berkualiti sahaja (quality leads).
Kunci untuk dapatkan quality leads ni sebenarnya bergantung kepada iklan yang kita hasilkan.
Silap kita buat iklan, maka susah nak close sale.