5 Langkah Bagaimana Memulakan Pemasaran Emel

tutorial-email-marketing-oleh-rahman-basri

Assalamualaikum. šŸ™‚

Pemasaran emel atau lebih dikenali sebagai Email Marketing adalah salah satu kaedah pemasaran yang masih kekal relevan sehingga kini. Ia adalah satu medium pemasaran berkos rendah yang mampu memberikan pulangan lumayan.

Ini salah satu contoh klien saya yang gunakan Email Marketing.

Jumlah senarai email list yang dimilikinya mencecah 16,896 list. (Bermaksud ada seramai 16,896 senarai prospek / pelanggan yang ada dalam simpanan database beliau)

contoh-list-16kBayangkan sahaja jika anda sendiri memiliki lebih 16,000 database email list (senarai emel) yang responsif seperti di atas.

Kemudian anda menghantar emel promosi kepada mereka. Dan jika terdapatĀ 1% daripada list tersebut membuat pembelian, anda sudah boleh untung besar!

1% daripada 16,000 list = 160 orang pembeli.

Kalau anda nak tahu, inilah strategi paling pantasĀ buat duit di internet!Ā šŸ˜‰

 

Dan sebagai buktinya…

Ini dia sebahagian sales yang klien saya peroleh padaĀ hujung tahun 2015Ā dengan bantuan Email Marketing.

sales-hujung-tahun

Beliau hanya perlu tulis emel dan kemudian hantar ke list yang beliau miliki! (Tak keluar peluh walau setitik pun šŸ˜€ )

Dan sehingga kini, ia masih lagi relevan membantu beliau menghasilkan income yang konsisten melalui internet.

email-result1

email-result2

Namun, malangnya masih ramai usahawan tidak tahu menggunakan pemasaran emel ini sebagai salah satu medium pemasaran untuk meningkatkan jualan produk mereka.

Justeru, berikut ini saya kongsikan 5 langkah MUDAHĀ bagaimana untuk anda memulakan kempen pemasaran emel untuk perniagaan anda:

 

Langkah #1 – Langgan sistem autoresponder

 

Ini wajib.

Bagi anda yang inginĀ menggunakan email marketing dalam kempen promosi anda, anda wajib memiliki sekurang-kurangnya satu sistem autoresponder.

Sistem autoresponder ini tujuannya adalah untuk membantu anda menguruskan database email list (senarai emel) dan menghantar email follow up kepada prospek/pelanggan anda.

Tanpa autoresponder, kerja-kerja menyusun database dan menghantar emel akan menjadi leceh dan merumitkan.

Bayangkan sahaja jika anda ada 10,000 database email, berapa lama masa yang anda perlukan untukĀ menghantar satu per satu emel kepada mereka!

Jadi di sinilah pentingnya sistem autoresponder.

 

Dan untuk pengetahuan anda, terdapat banyak syarikat yang menawarkan servis autoresponder dengan harga yang berbeza-beza.

Harganya bergantung kepada fungsi yang ditawarkan oleh setiap syarikat autoresponder. Ada syarikat yang menawarkan fungsi advanced seperti Analytics, survey form, dan seumpamanya yang boleh menyebabkan harga langganan menjadi lebih mahal.

Namun begitu, apa yang penting bagi satu-satu sistem autoresponder ialah kebolehannya untukĀ mengumpul senarai emel dan menghantar emel kepada list.Ā 

Ini adalah antaraĀ penyedia servis autoresponder yang saya gunakan:

  1. AWeber
  2. Thru.my

 

AWeber adalah antara penyedia servis autoresponder yang terawal dalam pasaran. Ia agak advanced dan dilengkapi dengan fungsiĀ analyticĀ yang boleh merekod open rates, click rates dan conversion.

Bagi anda yangĀ berkemampuan, anda boleh melanggan sistem AWeber ini dengan bayaran langganan USD19.00 setiap bulan. Bayaran langganan akan bertambah berdasarkan jumlah list anda kelak.

Thru.my pula sedikit berbeza. Ia lebih fokus kepada fungsi asas dalam sistem autoresponder, iaitu untuk mengumpul senarai emelĀ dan menghantar emel.

Bagi saya ia sudah memadai untuk anda yang baru nak berjinak-jinak menggunakan pemasaran emel dalam perniagaan anda, anda boleh cuba sistem autoresponder ini. Yuran langganannya juga hanya USD9.97 sebulan.

 

Di dalam tutorial ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk anda melanggan autoresponder di Thru.my dengan modal serendah USD9.97 setiap bulan.

Untuk melanggan, klik di sini: http://thru.my/billing/2cu/order

Masukkan E-mail anda di ruangan yang disediakan, kemudian klik butang ‘Proceed to checkout’.

Screen shot 2017-04-13 at 5.39.43 PM

 

Di ruangan ‘Billing information‘, anda wajib mengisi maklumat First Name & Last Name anda.

thru2

Kemudian klik butang ‘Pay now‘.

Anda tidak akan dikenakan caj ketika ini.Ā Anda bolehĀ mencuba sistem autoresponder ini secara percuma selamaĀ 30Ā hari, dan selepas itu barulah anda akan dikenakan caj langgan serendah USD9.97 setiap bulan.

Jangan risau kerana anda boleh cancel subscription anda pada bila-bila masa.

 

Anda akan dibawa ke ruangan pembayaran. Anda boleh pilih sama ada ingin bayar menggunakan Paypal atau Kad Kredit/Debit.

 

thru3

Selepas berjaya, anda akan terima maklumat Login (Username & Password) yang dihantar secara automatik ke dalam emel anda.

PERHATIAN! Sila semak juga folder SPAM anda kerana dibimbangi emel pengesahan langganan anda masuk di ruangan spam

 

Login di sini:
http://thru.my/system/members/login.php

thrudotmy - step4

 

Langkah #2 – Bina Kempen Promosi

 

Untuk membina kempen promosi ini, anda perlu Login terlebih dahulu ke dalam sistem autoresponder anda.

Klik pada menu ‘Autoresponder‘ kemudian pilih ‘Add new autoresponder

thrudotmy - step5

Anda perlu isi maklumat berikut:

  • Account identifier - Saya sarankan agar anda letakkan nama produk anda. Perkataan perlu ditulis tanpa jarak.
  • From Name - Letakkan nama anda sebagai pengirim
  • From Email - Letakkan alamat emel anda
  • Optin mode - Saya sarankan anda pilih 'Single'

thrudotmy - step6

Ruangan yang lain anda abaikan sahaja (melainkan anda sudah ada pengalaman dalam email marketing, anda boleh adjust mengikut kesesuaian anda)

Seterusnya, klik butang ‘Add new account‘.

thrudotmy - step7

Jika tiada sebarang masalah, anda akan dapat paparan seperti ini. Klik ‘return to autoresponders‘ untuk melihat senarai kempen yang anda dah hasilkan.

thrudotmy - step8

 

Langkah #3 – Hasilkan Email Follow Up

 

Anda perlu ada sekurang-kurangnya 3 – 10 email follow dalam satu-satu kempen promosi anda.

Ini kerana melalui kajian, 70%Ā prospek tidak akan membeli pada hari pertama mereka menerima emel yang dihantarkan kepada mereka.

Justeru, anda perlu menghantar siri email follow up kepada mereka setiap hari, atau 3 kali dalam seminggu atau sekurang-kurangnya 4 kali dalam sebulan. Ia bergantung kepada strategi pemasaranĀ anda.

Kemudian, klik pada menu ‘Autoresponder‘ kemudian ‘View all autoresponders‘.

thrudotmy - step9

Untuk menambah email follow up, klik pada icon ‘View messages

thrudotmy - step10

Klik ‘Add message

thrudotmy - step11

Ubah format kepada HTML (H) dengan klik pada butang H.

thrudotmy - step12

Tulis tajuk emel, dan isi kandungan emel follow up anda yang pertama.

Biasanya emel pertama ini adalah emel salam pengenalan untuk membina hubungan dengan prospek anda. Anda boleh juga masukkan maklumat tentang produk yang anda jual di sini.

Klik butang ‘save message‘ selepas anda selesai menulis emel pertama anda.

thrudotmy - step13

 

Untuk menambah email follow up yang seterusnya, anda hanya perlu ulang langkah #3 di atas. Namun kali ini anda perlu menambah tempoh ‘delay‘ seperti dalam contoh di bawah.

thrudotmy - step14

 

Langkah #4 –Ā Bina Opt-in form

 

Untuk mengumpul senarai emel prospek, anda perlu membina Opt-in form di dalam autoresponder anda. Klik pada butang ‘Form codes‘ seperti dalam paparan di bawah.

thrudotmy - step15

Kemudian, tanda ‘Email Adress & First Name‘. Klik ‘Generate form

thrudotmy - step16

Anda boleh copy & paste code yang tertera dan masukkan di website anda.

TIPS! Jika anda tidak mempunyai website lagi, anda boleh key in secara manual Nama & Emel setiap prospek anda di sini.

thrudotmy - step17

 

Langkah #5 – Kumpul senarai emel

 

Untuk topik ini, sebenarnya ia amat luas untuk saya kupaskanĀ di sini. Namun,Ā untuk tidak menghampakan anda, saya dedahkan SATU teknik kumpul senarai emel yang selalu saya amalkan untuk mengumpul list dengan pantas dan banyak!

Dengan menggunakan teknik ini, anda boleh kumpul sehingga lebih 700Ā list kurang dari 24 jam secara percuma.

Tak percaya? (lihat bukti di bawah)

kumpul list 700

Syaratnya mudah:

  • Anda ada offer yang menarik
  • Minta orang tinggalkan alamat emel di ruangan komen.
  • Anda hanya perlu copy & paste setiap emel tersebut dan kemudian key-in dalam Opt-in form autoresponder anda (rujuk Langkah #4)

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk perniagaan anda.



Saya ada buat Bengkel (Praktikal)

Saya ada menganjurkan Bengkel secara praktikalĀ menerangkan secara terperinci bagaimana untuk anda menjana pendapatan melalui strategi email marketing yang betul.

Alhamdulillah, ada beberapa bekas peserta yang hadir ke Bengkel ini telah berjaya hasilkan jualan lumayan melalui intenet.

Screen shot 2017-04-30 at 11.26.33 AM

Tuan Mahmud Roslan telah hadir keĀ bengkel saya di Batu Pahat Johor pada bulan Mac lepas, Alhamdulillah kini jualan untuk poduk affiliate yang beliau promosikan menggunakan strategi email marketing telah pun mencecah 5 angka dalam tempoh yang singkat!

Jika anda ingin belajar strategi yang terbukti berkesan, jemput hadir ke Bengkel saya pada tarikh yang available berikut:

  • 26 Mac 2017 - Batu Pahat, Johor
  • 2 April 2017 - Bangi, Selangor
  • 16 April 2017 - Bangi, Selangor
  • 14 Mei 2017 - Bangi, Selangor

Klik di sini untuk mendaftar >>


23 Comments

  • zulkipli dahli

    Reply Reply January 11, 2016

    Assalamualaikum tuan.. Bolehkah kita buat autorespon untuk facebook,.?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 11, 2016

      Sebelum ini facebook ada perkenalkan beberapa aplikasi yang boleh support code autoresponder untuk diletakkan di facebook page (fanpage). Namun ketika ini, aplikasi tersebut tidak berapa relevan untuk digunakan.

      Antara yang tuan boleh lakukan ialah:

      1. Hasilkan squeeze page pada domain milik tuan sendiri, kemudian..
      2. Tarik trafik menggunakan facebook ads ke squeeze page tersebut

  • Dinor

    Reply Reply January 12, 2016

    As salam tuan.

    Tips yang menarik dari tuan. Apa kelebihan thru ni tuan?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 12, 2016

      Wsalam tuan šŸ˜‰

      Thru.my ni fokus kepada basic functions iaitu untuk kumpul list & hantar emel sahaja.

      Secara personalnya, saya sendiri menggunakan autoresponder thru.my dalam kebanyakan kempen promosi emel saya ketika ini.

      Selain harganya langganannya lebih rendah dan menjimatkan, ianya produk keluaran bumiputera Malaysia ā˜ŗ

  • Bizfrens

    Reply Reply January 12, 2016

    salam Tuan,

    Tuan pernah buat seminar di Miri Sarawak ?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 12, 2016

      Wsalam. Setakat ni tak pernah lagi buat seminar di Sarawak tuan šŸ˜Š

  • Azeri

    Reply Reply January 12, 2016

    Assalam Tuan Haji Rahman Basri,

    Saya salah seorang pelanggan awal tuan Thru.my.
    Setiap bulan saya bayar sebanyak USD9+.
    Saya ingin tahu boleh saya dapat pada harga
    yang tuan kongsikan di atas.

    JIMAT sikit kos…hehehe. Maklumlah zaman sekarang.

    Tunggu reply tuan….

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 12, 2016

      Tuan Azeri.

      Boleh tuan. Mohon tuan emelkan ke support@thru.my dan request untuk ubah pakej subscription. Nanti bahagian support akan bantu tuan untuk tukar pakej kepada USD3/monthly. ā˜ŗ

  • hz

    Reply Reply January 13, 2016

    Salam tuan Rahman Basri,

    Terima kasih atas perkongsian di atas. Macam mana kita nk buat squeeze page? Jika kita sebagai agen, sy akan gunakan teknik rahsia tuan spt screenshot di atas.

    Tetapi bagaimana untuk kita buat squeeze page?

    Tq tuan atas penjelasan

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 13, 2016

      Wsalam tuan Hafifi.

      Untuk hasilkan squeezepage, ada banyak cara. Boleh guna software HTML editor seperti Kompozer. Namun untuk lebih mudah boleh gunakan wordpress plugin seperti OptimizePress.

      Untuk tutorial lebih lengkap, boleh rujuk panduannya di sini: http://www.inboxcash.my/v2

  • tuti

    Reply Reply January 19, 2016

    sy dah register tuan

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 19, 2016

      Ok all the best tuan šŸ™‚

  • JaJa

    Reply Reply February 2, 2016

    Payment by paypal ke? Sy x der payal lagi. By credit card tak blh ke?

    • Rahman Basri

      Reply Reply February 11, 2016

      Boleh guna kad kredit untuk payment.

  • Mikaielle

    Reply Reply February 16, 2016

    Terima kasih tuan atas perkongsian ini.

    Nak tanya tuan, apa pandangan tuan tentang plugin WP MyMail untuk digunakan sebagai autoresponder?

    • Rahman Basri

      Reply Reply February 23, 2016

      Saya tak pernah guna WP MyMail untuk autoresponder saya. šŸ™‚

      Apa yang penting semasa pemilihan sistem autoresponder ialah:
      – Boleh kumpul dan urus database emel dengan baik
      – Boleh hantar emel kepada semua database tersebut
      – Boleh track open & click rate (ini optional, for advanced marketers)

  • Munif Ahmad

    Reply Reply June 20, 2016

    Salam Tuan,Thru.my ni rm30 ke usd3 sebulan.pening sikit.AR ni boleh buat braodcast x?

    • Rahman Basri

      Reply Reply June 24, 2016

      Di dalam website thru.my harga terkini ialah USD9.97.

    • Rahman Basri

      Reply Reply June 24, 2016

      AR ni boleh buat broadcast… šŸ™‚

  • Zalela Ishak

    Reply Reply July 14, 2016

    Saya nak join seminar En.Rahman memandangkan saya zero knowledge dalam email marketing tq

  • zulham

    Reply Reply February 26, 2017

    1. Thru.my ni boleh buat personalization ke tuan? Maksud saya email yang keluar nama subscriber tu?

    2. Database yang kita dah kumpul melalui thru.my, boleh ke kita pindahkan ke sistem autoresponder yang lain pada suatu hari nanti?

    • Rahman Basri

      Reply Reply March 10, 2017

      1. Ya boleh.

      2. Boleh export database list tersebut dari Thru.my, kemudian boleh masukkan ke autoresponder lain.

Leave A Response

* Denotes Required Field