Siapa Sebenarnya Rahman Basri?
Assalamualaikum warahmatullah & salam sejahtera buat semua.
Nama saya Rahman Bin Basri ataupun juga dikenali sebagai RB dalam dunia perniagaan internet. Saya dilahirkan pada tahun 1987 dan sangat bersyukur kerana sudah hampir 24 tahun diberikan peluang oleh-NYA untuk terus hidup di atas muka bumi yang sementara ini.
Saya telah menubuhkan syarikat RB Global Network (002008290-M) pada 10 hb Januari 2011 yang bertujuan menjalankan perniagaan internet dan kursus keusahawan.
Tolak Kerjaya Guru, Pilih Jadi Usahawan Internet!
Mungkin ramai yang tidak tahu latar belakang saya. Saya merupakan salah seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI dan mempunyai kelayakan dalam jurusan Pendidikan Sains Fizik. Jika sebelum ini, iaitu pada bulan februari 2010, saya telah menerima tawaran untuk bertugas sebagai Guru, namun setelah memikirkan semasak-masaknya saya telah menolak tawaran tersebut dengan alasan ingin melakukan perniagaan internet sepenuh masa.
Liputan Media & Kisah Saya.
Syukur, berkat usaha, kerja keras & tawakkal yang bersungguh-sungguh, kini saya telah berjaya memperoleh banyak kejayaan demi kejayaan terutamanya dalam bidang Pemasaran Affiliate.
Saya dijadikan sebagai salah seorang Ikon Affiliate tempatan oleh pihak Tim Komik Niaga ntuk keluaran edisi #4 E-Komik mereka.
Jika anda berminat untuk membaca komik santai ini, anda boleh memuat turun E-Majalah Komik Niaga ini di sini (http://www.majalahim.com/KomikNiaga4.zip)
Di samping itu juga, saya juga telah dijemput menjadi salah seorang speaker di dalam Program Wangcyber Gathering iaitu anjuran Persatuan Usahawan Internet Malaysia, PUIM bersama Forum Wangcyber .
Semoga dengan perkongsian secebis kisah hidup saya ini memberikan anda sedikit sebanyak inspirasi untuk kerjaya anda. Saya mendoakan kejayaan buat pembaca yang budiman sekalian. Wassalam.


