Anda Pasti Terkejut Bagaimana ‘Produk’ Ini Boleh Dijual Di Ebay!

ebay-parcels

Pada zaman kegawatan ekonomi dan harga barang yang sentiasa naik, ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tapi masih ramai yang masih tak tahu nak berniaga terutamanya berniaga online.

Tetapi masalah peniaga online ini adalah menarik trafik ke website untuk membuat jualan. Kekangan utama peniaga online adalah menarik trafik. Jika menggunakan facebook ads memang boleh mendapatkan trafik, tetapi memakan kos yang tinggi apabila telah ramai pesaing menjual produk yang sama

“Ebay telah menyelesaikan masalah peniaga yang tak pandai membuat sales”

Saya kongsikan beberapa barang yang boleh di jual di ebay ketika ekonomi gawat. Dengan modal yang rendah, anda masih boleh membuat jualan di ebay jika kena caranya.

 

Kita mulakan dengan modal RM8. apa yang anda boleh jual?

Daun Ketapang

Ini adalah ebay seller dari Malaysia, sama seperti anda juga masih tinggal di Malaysia tetapi menikmati pendapatan dalam US dolar. Dia menjual daun ketapang atau dalam Bahasa Inggeris, catappa leave atau indian leave dan nama saintifiknya adalah Terminalia Catappa leave. Dengan modal RM8 buat beli pos flexipax anda dah mampu membuat jualan sebanyak USD5.75 seunit.

 

Mari kita buat kira-kira sedikit

Modal pos : RM8 ( $1.8)

Sale seunit : RM25.60 ( $5.75)

Ebay fees : $0.58

Paypal fees : $0.47

Untung bersih seunit : $5.75 - $1.8 - $0.58 - $0.47 = $2.90 (RM12.92)

Dengan menggunakan tukaran matawang pada $1 = RM4.4541

Seller ebay ni dalam diam-diam telah berjaya menjual sebanyak 76 unit.

Keuntungan hasil dari jualan ini adalah RM12.92 X 76 unit = RM981.92!

 

OK lah kan? Dengan modal seunit RM8 sahaja, anda sekarang dah berjaya menghasilkan untung bersih sebanyak RM981.92!

Kat mana nak dapatkan pokok ni? Apa orang putih buat dengan daun ni?

Habitat asal pokok ketapang adalah dari Asia Tenggara, pokok Ketapang biasanya boleh ditemui di tepi pantai dan juga di tepi lebuhraya. Pokok ini hidup subur di tempat yang berpasir. Namun malangnya pokok ini jarang mendapat perhatian di Malaysia oleh kerana ramai yang tak tahu khasiatnya.

Kebiasaanya di pantai-pantai pokok ini digunakan sebagai mencantikkan landskap dan tempat teduhan. Kegunaan daun pokok ketapang kebiasaanya adalah untuk mengubati penyakit sendi oleh orang-orang lama.

Tetapi orang putih menggunakan daun ketapang untuk diletakkan di dalam aquarium. Fungsi daun ketapang ini adalah untuk mengawal PH air dan menyerap sebarang bahan kimia yang terkandung dalam akuarium. Ada juga yang menggunakan daun ini untuk menggalakkan pembiakan udang.

Oleh kerana di negara barat pokok ini tidak boleh hidup di kawasan bermusim, daun ketapang menjadi permintaan tinggi di sana walaupun kita boleh dapat di negara Malaysia secara percuma sahaja.

 

Tongkat Ali

Di Malaysia, serbuk Tongkat Ali boleh didapati dengan mudah daripada pembekal-pembekal tempatan sama-ada secara online dan juga offline.

1 oz = 28.35 gram

Jika anda lihat di bawah adalah penjual online. Dia menjual serbuk tongkat ali dengan berat 200 gram berharga RM25 sahaja.

Dengan modal RM3.54/ oz, seller ebay ini berjaya menjual dengan harga $9.95 per oz sebanyak 504 unit!

 

Mari kita buat kira-kira sedikit

Modal 1 oz serbuk tongkat Ali : $0.8

Modal pos : $1.8

Jualan 1 oz : $9.95

Customer bayar pos : $2.55

Yuran ebay : $1.25

Yuran paypal : $0.66

Keuntungan bersih se unit : $9.95+$2.55-$0.80-$1.80-$1.25-$0.66 = $7.99 @RM35.54

Seller ebay ini Berjaya menjual sebanyak 504 unit bersamaan dengan RM35.54 X 504 = RM17,912.16! 

Hanya dengan menjual serbuk tongkat ali sahaja anda sudah mampu meraih pendapatan sebanyak RM17,912.16 secara sampingan sahaja.

Silap hari bulan anda mungkin boleh meninggalkan pekerjaan utama anda dan menjadikan bisnes di ebay ini sebagai sumber pendapatan utama anda. 🙂

Sebenarnya banyak barang sumber alam di Malaysia ini yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara sana. Kalau tidak, tak mungkinlah ketika zaman kesultanan melayu Melaka penjajah sanggup merantau ke Melaka untuk mendapatkan rempah ratus di Tanah Melayu.

Anda boleh jadikan idea ini sebagai bisnes yang mudah di buat di ebay!

Selamat mencuba!

*Kredit: perkongsian di atas adalah ditulis oleh rakan saya, Zul Ariffin.

shadow-ornament

Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

-->> Boleh klik disini untuk tempahan <<--

shadow-ornament

10 Comments

  • Farah

    Reply Reply January 24, 2017

    Saya telah buat pembayaran tapi tiada respon

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 27, 2017

      Sila semak spam jika takda di inbox. Link download dah dihantar. Thanks

  • amirul

    Reply Reply January 28, 2017

    assalam..tuan sy sudah buat pmbyran semalam,tapi tiada apa2 respon dari pihak tuan…

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 29, 2017

      Saya dah send emel kepada tuan. Thanks.

  • Shahril

    Reply Reply February 6, 2017

    Salam tuan, sy ada sedikit pertanyaan..sebagai newbie adakah barang yang kita jual akan terus disenaraikan dlm ebay international @ hanya di ebay malaysia sahaja?

    • Rahman Basri

      Reply Reply February 8, 2017

      Kita boleh pilih untuk listing kat ebay international atau malaysia.

  • Sam

    Reply Reply February 25, 2017

    Bila nak buat Bengkel e-bay d Sabah?

    • Rahman Basri

      Reply Reply March 10, 2017

      Buat masa ni tiada lagi dalam schedule tuan.

  • Syafiqah

    Reply Reply February 26, 2017

    Assalamualaikum tuan nak tanya berkenaan bengkel ebay .. johor di area mana yee ? Sebab saya menetap di kajang .. berapa lama tempoh bengkel bejalan ?

    • Rahman Basri

      Reply Reply March 10, 2017

      Di Batu Pahat, Johor.
      9am-5pm

Leave A Response

* Denotes Required Field