Bagaimana Hasilkan Jualan Pertama Melalui Facebook Ads?


Assalamualaikum & hai. Saya Rahman Basri.

Dalam post ini saya akan berkongsi kepada anda bagaimana untuk hasilkan jualan yang pertama melalui Facebook Ads.

Jika anda baru nak mula meniaga online dan menggunakan Facebook Ads sebagai platform pengiklanan anda, sila teruskan membaca.

 

Dulu saya sangat takut untuk keluarkan budget iklan di Facebook Ads. 

Antara persoalan utama saya dulu masa nak berjinak-jinak gunakan paid advertising di Facebook Ads. 

“Macam mana nak dapatkan jualan melalui Facebook Ads ni?”

 

Kadangkala saya cuma berani letakkan RM10 sehari sebagai budget iklan saya. Kemudian bila nak up kepada RM20 sehari dah mula berkira-kira, bimbang tak dapat untung daripada iklan tu.

Bila iklan baru berjalan, saya selalu semak jualan kenapa masih belum masuk.

Akhirnya iklan tak sempat 'matang' lagi, saya dah stop kan iklan tu.

 

Anda pernah tak alami situasi yang sama macam saya di atas?

Jika ada, maksudnya itu normal. haha!

Sehinggalah pada suatu hari tu saya pejamkan mata untuk mula naikkan budget pengiklanan saya dari RM10 menjadi RM50 sehari.

Kemudian saya beranikan diri untuk naikkan menjadi RM100 - RM200 sehari. Masa tu memang saya tawakkal je. Saya biarkan je iklan tu berjalan selama 7 hari.

Ini kerana iklan yang kita selalu ON OFF ON OFF boleh jadi mengganggu performance iklan tu sendiri.

Jadi bila saya biarkan je iklan tu selama seminggu, barulah saya nampak result yang positif yang saya belum pernah nampak sebelum ni.

Saya dapati jualan akan mula masuk selepas 24 - 72 jam saya run iklan.

Dan bila dah masuk hari ke-3 dan seterusnya, barulah kita akan nampak perfomance iklan tu. Masa tu barulah kita boleh decide sama ada nak teruskan iklan tu atau sebaliknya.

 

Jadi, bila iklan perlu stop? 

Apabila iklan tu sudah tak berikan PROFIT, maka masa tu adalah masa yang sesuai untuk kita stop kan iklan tu dan cuba adjust atau buat yang baru.

Selagi iklan tu berikan keuntungan, teruskan sahaja.

 

Ok saya harap anda sudah nampak sedikit sebanyak bagaimana gambaran bila kita nak run Facebook ads ni.

Jadi bagi anda yang baru nak mulakan bisnes..  di sini saya kongsikan antara perkara yang anda boleh mulakan dahulu untuk hasilkan RM yang pertama melalui Facebook Ads.

 

Pertama, anda wajib ada produk. 

Ya, kalau takda produk. Anda nak jual apa? Hehe!

Dalam contoh kali ini saya akan tunjukkan adalah produk digital.

Sebenarnya saya juga ada menjalankan beberapa bisnes produk fizikal. Bahkan kebanyakan klien saya pun, mereka memang menjual produk fizikal.

Tapi kenapa saya suka kongsikan peluang bisnes produk digital ni kepada orang-orang baru nak meniaga?

Sebabnya masih ramai antara kita yang tidak tahu bahawa kita sebenarnya boleh menjana keuntungan % yang lebih tinggi melalui produk digital.

 

Lebih-lebih lagi jika anda nak mulakan pengiklanan berbayar di Facebook ads, anda perlu menjual produk yang boleh berikan anda % keuntungan yang tinggi supaya dapat cover kos iklan dan anda masih boleh dapat keuntungan yang besar untuk setiap jualan.

Bahkan nanti lepas anda berjaya dapat pelanggan, anda boleh juga follow up mereka untuk beli produk-produk anda yang lain, sama ada dalam bentuk produk fizikal mahupun servis. Ini dipanggil strategi sales funnel. 

 

Sebagai contoh, ini adalah salah satu produk digital yang saya baru terbitkan pada awal bulan lepas.

Alhamdulillah ia dah pun berjaya generate lebih 5 angka sales.

Hari ni saya akan kongsikan sedikit sebanyak bagaimana saya promosikan produk ini melalui Facebook Ads dan hasilkan 5 angka secara pasif (tanpa perlu hadap laptop 24 jam dan reply whatsapp pelanggan).

Insyaallah anda boleh jadikan artikel ini sebagai guideline untuk anda promosikan produk-produk anda yang lain kelak.

Ini kerana asas dalam marketing di Facebook ads ni lebih kurang sama sahaja untuk mana-mana produk. Tinggal lagi anda hanya perlu jadi lebih kreatif untuk adjust mengikut kesesuaian produk anda.

 

Untuk mulakan iklan di Facebook Ads, kita wajib ada Facebook page.

Saya lebih suka gunakan Facebook page dengan nama personal.

Dan mana-mana klien yang saya handle marketing campaign mereka pun, saya akan gunakan nama page personal mereka untuk tarik lebih ramai prospek untuk engage dengan Facebook page tu.

Sebab utama kenapa saya gunakan nama personal berbanding nama brand pada page ialah kerana saya perasan kebanyakan prospek lebih mudah engage dengan Facebook page nama personal berbanding jika guna page nama brand.

Bahkan iklan-iklan yang dihasilkan guna nama page personal ni kita akan lebih mudah untuk dapat banyak likes dan shares.

Likes & shares yang banyak ni sedikit sebanyak akan bantu tingkatkan engagement pada setiap iklan yang dibuat.

Tapi jika anda nak start bina page dengan nama brand pun, tak jadi masalah. Ok je.

Cuma personally, jika anda nak menjual produk digital terlebih dahulu.. Saya lebih prefer anda mulakan dengan membina page menggunakan Nama Personal anda untuk tujuan personal branding.

Ini contoh personal brand yang sangat berjaya di Malaysia.

Dan ada beberapa klien saya yang start dengan ZERO followers di Facebook pun, mereka masih berjaya hasilkan jualan lebih RM100,000 dengan strategi Facebook ads ini.

Bahkan ada page yang saya handle tu masih belum capai 1k followers, tapi sales dah cecah 5 angka.

Jadi jangan bimbang, walaupun anda masih belum ada followers di Facebook page anda, anda masih berpeluang untuk buat jualan kelak.

Di Facebook ads, ada pelbagai objective campaign yang kita boleh pilih.

Cuma pemilihan objective campaign ni bergantung juga kepada apa tujuan asal iklan tu dibuat.

Adakah untuk dapatkan Leads, Traffic, Conversion dan sebagainya.

Sebagai contoh. Untuk jualan produk digital, tujuan utama iklan dibuat adalah untuk hasilkan sales. Prospek masuk ke landing page (website), kemudian mereka buat tempahan.

Jadi untuk memenuhi tujuan tersebut, antara objective campaign yang recommended ialah Conversion dan Traffic.

Sebab kedua-dua objective ini lebih memfokuskan untuk bawa prospek ke website dan buat jualan.

Cuma disebabkan nak setup objective Conversion ni agak advanced dan complicated sedikit berbanding Traffic, jadi anda boleh je start campaign Traffic terlebih dahulu.

Next time anda boleh juga hasilkan campaign yang berasingan untuk Conversion.

Kelebihan bila anda ada beberapa ads campaign yang berasingan ini, nanti anda boleh buat analisis sales datang dari campaign yang mana satu. Topik ini agak panjang untuk saya huraikan di sini. Jika ada kelapangan masa kelak, saya akan tuliskan penerangannya.

Berapa budget yang sesuai?

Untuk permulaan ini anda boleh je set budget yang rendah. Contohnya RM20-RM50 sehari.

Disebabkan produk yang saya mula jualkan ini adalah produk digital, saya boleh dapat profit sehingga 100%.

Jadi jika saya berjaya buat jualan sekurang-kurangnya 1 unit sehari dengan harga RM50/unit pun, saya dah balik modal iklan.

Selebihnya jika ada jualan seterusnya pada hari tersebut, semuanya dikira sebagai 100% profit. Menarik kan?

Untuk setting pada bahagian Audience ini, disebabkan budget tak besar jadi saya akan setting audience yang lebih spesifik dan tidak terlalu ‘broad’.

Supaya budget yang saya dapat dioptimize kan dengan lebih berkesan.

Location: People living in this location - Malaysia
Age: 30-35
Gender: Women
Detailed targeting (interest): Digital marketing

 

Jika lihat pada potential audience di bahagian Audience definition, jumlahnya sekitar 100K - 200K. Just nice 🙂

Kita kenalah berpada-pada ya, elakkan jumlah disini terlalu besar sampai berjuta-juta audience, sedangkan budget kita letak ciput je kan.

Kemudian di bahagian Placement pun, biasanya saya akan set hanya pada Mobile dan Facebook News Feed sahaja dulu.

Jika nak cuba placement lain pun boleh, cuma saya lebih sarankan anda try buat Ads campaign yang berasingan ya untuk test mana satu placement yang terbaik. Ini dipanggil split test.

Cuma topik ini pun agak panjang penerangannya. Saya tak cover pada artikel kali ini. Next time ya 🙂

Ads Copywriting

Ok ini bahagian yang terakhir artikel ini iaitu bagaimana untuk hasilkan copywriting..

Jika anda masih keliru atau kurang jelas bagaimana nak hasilkan copywriting untuk iklan.. Anda boleh cuba gunakan formula ringkas ini.

  1. Mulakan copywriting anda dengan persoalan yang mungkin prospek anda selalu fikirkan.
  2. Kemudian anda masukkan elemen personal story dalam kandungan copywriting anda. Personal story tu yang ringkas pun boleh. Nak panjang pun boleh.
  3. Akhir sekali pada bahagian Call To Action, anda gunakan konsep Recommendation.

Ok mari saya kongsikan satu contoh simple copywriting yang menggunakan formula di atas ini yang telah berjaya hasilkan lebih 5 angka jualan.

Orang kata, leads by example. Insyaallah lebih mudah faham kan 😉

Nak Jadi RESELLER Produk Digital Saya & Dapatkan Bimbingan Secara Online?

Bulan lepas, saya ada terbitkan satu panduan digital bagaimana untuk buat duit dengan bisnes online - Panduan 'My First RM100K!'

Di dalam panduan ini, saya kongsikan cara bagaimana nak hasilkan jualan RM100,000 yang pertama dengan cara yang lebih praktikal.

Ini kerana, saya melihat ramai usahawan yang 'stuck' untuk hasilkan sekurang-kurangnya 4-6 angka mereka yang pertama.

Panduan ini merangkumi ebook & beberapa video tutorial langkah demi langkah - saya berani jamin ianya mudah difahami dan dipraktikkan.

Jadi saya ada terfikir untuk tawarkan peluang "Hak Jualan Semula (Resell-Right)" kepada anda yang berminat untuk buat jualan program ini dan simpan 100% keuntungan untuk setiap jualan yang anda lakukan.

Dan dalam masa yang sama agar lebih ramai orang yang dapat manfaat daripada panduan My First RM100K ini.

Maknanya anda boleh menjana multiple income iaitu melalui teknik My First RM100K dan juga jualan panduan ini..

Sebagai reseller, ini yang anda bakal terima:

  1. Anda akan terima Landing page (website) yang dah lengkap yang anda boleh terus gunakan buat jualan. Lihat contoh webjualan di sini.
  2. Jika ada pelanggan yang berminat, mereka akan terus bank in ke dalam akaun bank anda.
  3. Anda hanya perlu sahkan tempahan tersebut, dan sistem akan terus hantar akses produk kepada pelanggan secara automatik!

Saya berani berikan tawaran resell-right ini kepada anda sebab panduan ini sememangnya terbukti menghasilkan jualan dan teknik My First RM100K itu sendiri terbukti menjana pendapatan sehingga 4-6 angka.

Dari segi reputasi produk, ianya amat-amat menyakinkan. Jika anda baru mulakan bisnes internet, ini adalah peluang anda untuk meningkat ke peringkat seterusnya di dalam perniagaan anda. Anda boleh jana passive income melalui jualan panduan ini kelak.

Saya sangat berharap anda berjaya dalam jualan panduan ini nanti.

Klik Di Sini Untuk Daftar Jadi RESELLER - My First RM100K