Bagaimana Lelaki Ini Berjaya Bayar Hutang Kad Kredit Lebih RM10,000 Dalam 3 Minggu!

image

Assalamualaikum 🙂

Dalam artikel ini, saya terpanggil untuk kongsikan satu kisah rakan baik saya, yang mana beliau juga dulu adalah antara bekas student yang pernah hadir ke seminar yang saya anjurkan sekitar tahun 2012. Dan sehingga hari ini, walaupun jarang bertemu kami selalu berhubung melalui Facebook & whatsapp. Saling bertanya khabar dan perkembangan bisnes masing-masing.

Baru-baru ini beliau ada kongsikan bagaimana beliau berjaya bayar hutang kad kredit lebih RM10,000 dalam tempoh 3 minggu dengan hanya bisnes di internet.

Kisah ini mungkin boleh jadi iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar pada orang lain. Namun begitu, artikel kali ini agak panjang sikit, kerana saya ambil direct daripada beliau. Jadi, saya harap anda boleh baca hingga habis ya. Penat kawan saya tu tulis panjang-panjang. Haha!

 

Ceritanya macam ni….

Tahun lepas 2016 adalah tahun yang penuh suka duka dan ujian.

Selepas saya berkahwin pada tahun 2015, saya berpindah menetap di rumah sendiri di Parit Raja Batu Pahat, Johor.

Yelah, orang dah kawin takkan nak menumpang dekat rumah mak ayah macam tak sedap pulak. :p

So, lepas saya masuk rumah, ada baki duit sikit lagi lepas kahwin dan lepas settle down semua barang-barang rumah, saya bincang dengan wife saya untuk bukak kedai makan.

Saya cakap, “syg abg nak bukak restoran nasi baryani, kat parit raja ni abg tak nampak lagi nasi baryani. Ni peluang kita untuk masuk market supply nasi baryani kat orang ramai yang nak makan.. kalau nak pergi ke bandar jauh. lagipun nasi baryani resepi kita ni boleh jual. Insyaallah orang datang lagi nak makan.”

Selepas berkira-kira atas kertas, tambah tolak gitu gini, modal nak buka kedai adalah dalam RM100 ribu, so lepas dah ada keputusan, saya pun invest masuk kedai rennovate dan beli peralatan barang kedai.

Untuk pengetahuan anda, saya tak menggunakan sebarang pinjaman. Duit yang ada untuk buka kedai sepenuhnya dari duit baki kahwin saya yang saya kumpul dari bisnes online dan bisnes di Ebay. Kebanyakkan sumber rezeki saya tu dari Ebay lah.

Kalau nak harapkan duit biasiswa PhD bulan-bulan RM2,000 memang sejujurnya tak cukuplah nak buat kahwin, bukak kedai, bercuti, beli kereta dan macam-macam lagi.

So hajat saya sebelum saya habis PhD nak ada bisnes offline dah tercapai. Alhamdulillah.

Tapi malangnya, selepas kedai dah buka, duit deposit kedai sahaja dah dekat RM15k. Belum lagi beli peralatan barang-barang kedai, wyring, dan rennovate.

So saya dah mati akal. Bajet RM100k sahaja. Tapi duit dah tak cukup. So saya try lah cari modal sana sini. Mak saya nampak saya susah hati, mak bagilah pinjam sikit duit dalam RM5K. Tapi masih tak cukup lagi.

So saya ambil jalan mudah dengan apply kad kredit Maybank. Orang bank mintak saya submit dokumen sokongan slip gaji dan sebagainya. Saya cakap saya takde slip gaji, saya cuma ada elaun biasiswa sahaja.

Tapi, bank proses juga permohonan kad kredit saya dengan menggunakan statement bank akaun syarikat saya, Mama Baryani House.

Alhamdulillah, selepas 2 minggu permohonan kad kredit saya berjaya dengan maksimum limit bank bagi RM9000. Saya bajet bank bagi RM4000 je, tapi dia bagi lebih dalam hati cakap bagus jugak. Hehe 😀

Bermulalah perangkap kad kredit….

Tanpa saya sedar segala perbelanjaan saya menggunakan kad kredit telah menghampiri limit. Walaupun ada cash, tapi masih nak guna kad kredit untuk jimat duit cash kononnnya.

Tapi, lama-kelamaan kad kredit saya memerangkap diri saya sendiri. Duit cash semakin berkurangan. Dan hutang kad kredit pulak makin bertambah banyak.

Sales kedai pulak waktu tu dah jatuh. Sebab sy dah tak buat promosi gila-gila. Duit kedai hanya cukup untuk rolling beli stok bahan basah, bayar utiliti dan bayar gaji pekerja.

Saya mati akal. Otak mula kusut. Hati mula bimbang, jiwa mula serabut, sebab dibebani hutang kad kredit.

Dalam hidup saya, memang saya benci dengan hutang, waktu dulu mula saya buat degree saya dah cari jalan untuk selesaikan hutang PTPTN saya, memang saya dah nekad dalam hidup taknak ada hutang dari bank langsung.

So hutang kad kredit ni buat kepala saya kusut.

Fitrah manusia, bila serabut dan susah dia akan balik semula ke pangkal jalan dengan meminta kepada yang Maha Kuasa. Saya pun bentang sejadah sembahyang sunat mintak betul-betul kat Allah malam-malam, untuk berikan ilham kat saya keluar dari masalah hutang saya ni.

Saya doa mintak betul-betul “Ya Allah Kau bebaskanlah aku dari hutang kad kredit ni. Kepala aku dah kusut, tunjukkan jalan keluar dan berikanlah aku ilham untuk keluar dari masalah ni.”

Lepas sembahyang. Hati saya tenang sikit.. Saya pun tiba-tiba dapat idea untuk bukak semula akaun-akaun Ebay saya yang dulu banyak membantu saya kumpul duit kahwin.

 

Dengan berbekalkan sedikit ilmu research yg saya dah di train cara buat research waktu buat PhD, sy mula aplikasikan teknik Research PhD dengan mengkaji cara mengenalpasti jualan produk yang ada demand tinggi di ebay…

Dan saya tiba-tiba dapat idea tentang orang Israel..

Orang Israel ni takde tanah, takde negara, populasi paling sikit kat dunia. Tapi macam mana dia boleh control dunia. Macam mana boleh ekonomi dunia ni dia yang pegang.

Saya pun kaji lah barang-barang yang orang Israel jual. Saya percaya dengan negara dorang yang memang takde, tak mungkin dorang boleh jual barang dari negara sendiri terutama kalau seller-seller baru. Tentunya dorang akan pakai konsep bisnes dropship.

Tiba-tiba dalam proses pencarian tu, saya dapat lagi ilham untuk mencari barang trending yang orang cari. Dan barang-barang trending ni saya gabungkan dengan seller Ebay dari Israel iaitu siapa seller Israel yang jual barang trending ni.

Dari pencarian barang trending ni saya tengok kat facebook trending, website raddit.com dan Google keyword trend, ciri-ciri item trending ni indicator yg saya tetapkan tu mestilah ada 2 ciri:

  1. Barang ni tak vero
  2. Kelajuan untuk jual barang ni mestilah lebih 10 unit dalam masa beberapa jam

Hasil pencarian ni ambil masa 3-4 jam jugalah nak buat research akhirnya saya jumpa.

Saya fikir saya taknak dedahkan, saya nak makan dulu teknik ni smpai bila-bila. Tapi semalam saya terbaca satu post di facebook.

Hati saya cukup tersentuh. Sebabnya dia baru je beli Ebook Pre-launch saya. Dan dia post bagitau, anak dia sakit, sape ada duit boleh bagi pinjam untuk hantar anak ke klinik. (saya tak like dan saya tak komen apa-apa. Cuma sy terpanggil untuk cari jalan nak bantu dengan ilmu yg sy ada.)

Dan saya terdiam, saya rasa macam nak pulangkan semula duit dia. Tapi saya buat macam tu cuma dapat tolong sementara sahaja. Tak mampu nak tolong untuk selama-lamanya bantu ekonomi dia.

Saya tau, kat luar sana lebih ramai lagi yang tertekan dengan masalah kewangan dan harga barang yang semakin melambung tak pernah turun. Sebab itulah saya spend masa saya untuk tulis jugak buat artikel ni.

Ada juga yang pm sy di Facebook cakap nak bunuh diri. Aduh! Begitu tertekannya kehidupan sekarang ni. Tanpa iman tak mungkin kita dapat bertahan.

Tapi sejujurnya kalau anda player Ebay, anda takkan mungkin dedahkan barang apa yang anda jual. Sebab tu adalah periuk nasi anda. Takut-takut nanti seller lain akan jual dan sailang harga anda.

Tapi saya dah nekad nak dedahkan jugak atas niat biarlah orang pun boleh buat macam ni jugak. Boleh bantu ekonomi diri sendiri dan family.

Ok. sy rasa dah panjang sangat sy membebel. Saya cerita terus hasil dari kajian saya tu.

Ini barangnya. Sushi maker Sushezi Bazooka. Jualan barang ini lah yg telah membantu saya menyelesaikan masalah hutang kad kredit saya, iaitu dengan hanya menggunakan dropship sahaja.

Ini seller cina. Dia jual USD4.99

Ini seller Israel. Dia jual USD22

Ini pulak adalah harga supplier dari www.aliexpress.com

Kita kira dulu berapa profit bersih dari seller Israel ni. Profit bersih $14.07

Profit bersih $14.07 x 150 unit = $2100.50 = RM9388.

Ok ni listing saya pulak..

Listing saya mendapat 325 viewed per day. Sebab barang trending.. Saya tunjukkan bukti berapa banyak sold.

Lebih 300 unit sold dan hasil dari jualan ini menyebabkan sy mendapat reward dari ebay reward yang tertinggi iaitu top rated seller + power seller di ebay. Alhamdulillah.

Ini screenshot yang sempat saya rakamkan sebagai casestudy untuk anda. Duit yang saya withdraw dari paypal ke akaun bank.

Ini adalah screenshot duit yang dah clear masuk ke akaun bank..

Hasil profit dari 1 akaun ini ialah RM14,145.75, Belum termasuk sekali dengan hasil dari akaun-akaun Ebay yang lain..

Kalau withdraw ke akaun bank ambil masa 2-5 hari bekerja. Manakala withdraw ke kad instant terus masuk ke akaun bank. Sebab tu anda nampak kat screenshot paypal to ada dalam USD dan RM. Withdraw ke kad ni rugi sikit la kena tolak 5usd setiap kali transaksi tapi anda dapat duit instant.

Ada juga duit dari paypal yang saya tak withdraw tapi saya jual je pada sapa-sapa yang nak.

Ok, so macam mana saya buat?

Caranya mudah sahaja. Nampak macam simple tapi tak simple jugak sebenarnye kalau anda tak faham.

Caranya macam ni.

Langkah #1:

Anda cari produk-produk yang trending di www.reddit.com. Luangkan masa sikit baca apa yang trending dan yang tak trending.

Anda tau apa website ni? Saya pun tak tau. hehe. Yang saya tau website ni macam forum la. Cuma website ni mempunyai trafik yang sangat tinggi di usa.

Dari website ni anda perhatikan topik yg mendapat hits tertinggi dan cubalah luangkan masa sikit baca apa yang tengah di borakkan oleh forumer di sana.

Selain itu juga anda boleh kaji dari facebook tengok apa yang topik tengah trending pulak di USA

Langkah #2:

Setelah anda dah jumpa barang yang hot. Cuba lakukan carian di Ebay pulak. Tengok ada tak produk yang anda kaji tu ada demand yang tinggi di ebay.

Ciri-cirinya:

  1. Barang tu mestilah terjual dengan sangat laju dalam masa 1 jam, dalam masa 24 jam, atau lebih 10 unit terjual sebulan.
  2. Barang tu anda boleh dapat supplier dari aliexpress.com untuk buat dropship.
  3. Barang tu tak vero. Anda boleh jual dalam kuantiti yg banyak.

Langkah #3:

Kalau dah jumpa 3 ciri-ciri kat langkah 2 tu apalagi cepat-cepatlah listing di ebay. Setting harga sama or lebih tinggi. Anda jangan risau, walaupun anda letak harga lebih tinggi, InsyaAllah akan ada buyer yg beli dari anda.

Rezeki Allah ni luas. Ada buyer dia takut nak beli barang yang harga murah sangat.

Ada juga buyer yang lebih suka beli barang murah walaupun kualiti kurang asalkan dia dapat dengan harga murah.

So, dari situasi ini sebagai penjual, insyaAllah barang anda pasti akan terjual.

Ini lah yang sy buat untuk menyelesaikan masalah hutang kad kredit saya.

Jika anda pernah menggunakan Facebook dan Instagram sebagai platform untuk menjual barang, kalau anda tanya saya mana lebih mudah, jawapan saya mestilah Ebay.

Kenapa?

Sebabnya ebay ni anda tak perlu pandai mengayat, tak perlu pandai ayat copywriting yang hebat-hebat, tak perlu buat split test, tak perlu layan whatsaap dan pm yang kadang-kadang orang suka tanya-tanya jer tak beli.

Anda tak perlu buat semua tu. Penat. Serius penat. Saya dah rasa dulu. Sampai bini tegur "Hai bang…layan customer lagi lama dari layan isteri.” hahaha 😀

Ebay ni mudah sangat-sangat. Orang datang Ebay memang dia dah mindset nak beli. Anda cari je barang apa yang dorang ni nak.

Tunjuk jer nak beli ke tak, insyaAllah kalau harga anda tawarkan tu dia setuju, dan item description anda bagi tu buat dia paham, insyaAllah confirm dia bayar kat anda.

Kalau anda rasa artikel yang saya share ni bermanfaat dan anda nak belajar lebih lanjut, baru-baru ni sy dapat PM, whatsapp dan emel yang bertalu-talu untuk saya buatkan panduan macam mana nak buat bisnes di ebay ni.

Apa yang saya share ni cuma 5% sahaja daripada content ebook yg telah sy dokumenkan. Dalam ebook tu saya dah siapkan proses dari A to Z.

Jika anda seorang newbie atau bekas ebayer, ebook ni sesuai untuk anda belajar. Sebabnya ia adalah proven case study dan ianya easy friendly.

Keduanya, saya ajar teknik yang simple tapi powerfull, anda boleh terus praktiskan. Cuma anda perlu sabar sikit. Akaun anda memerlukan tempoh 90 hari untuk kuat.

Semua step apa yang patut anda buat, bagaimana nak bermula dan macam mana cara nak jual saya ada ceritakan secara terperinci dalam ebook ni.

Pelaburan yang anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu ini sangat berbaloi. Ilmu yang anda dapat anda boleh pakai sampai bila-bila takkan habis.

Ebook ni dah pun 100% siap.

Jika anda berminat boleh boleh klik link berikut untuk tempah dengan harga istimewa!

Klik Di Sini Untuk Tempah Ebook Panduan Ebay Dengan Harga Diskaun >>

(Kisah di atas telah dikongsikan oleh rakan saya, Zul Ariffin Maarof)

105 Comments

  • Rohani

    Reply Reply January 6, 2017

    Salam, saya bwrminat dgn bisnes online.. Tp saya mmg x pernah buat bisnes online.. Buku ni betul2 dpt bantu dr asas?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 6, 2017

      Ebook ini menerangkan step by step daripada asas bagaimana untuk buat bisnes melalui platform di Ebay. Dan yang paling penting ia adalah based on pengalaman, bukan semata-mata teori sahaja.

      Jika dibuat dengan betul-betul Fokus & Konsisten, insyaallah boleh berjaya. 🙂

  • Zun

    Reply Reply January 6, 2017

    assalamualaikum, cmne nk dptkn e-book ni ye?? tq..:)

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 6, 2017

      Boleh order di sini:

      http://fbadscalc.com/v1/order/1539

      Thanks 🙂

      • Rahman Ramlan

        Reply Reply January 7, 2017

        Assalamualaikum tuan….so skrg dah boleh buat pembelian ke?

        • Rahman Basri

          Reply Reply January 7, 2017

          Salam tuan. Boleh order di sini:

          http://fbadscalc.com/v1/order/1539

          Thanks 🙂

        • Mat Forward

          Reply Reply January 8, 2017

          Salam tuan,

          Saya dah email ke email tuan. Dapat tak?

          Sebab saya dapat email kata delivery failure.

          Terima kasih.

          • Rahman Basri

            January 8, 2017

            Ya. Dah terima. Thanks! 🙂

      • Yusri

        Reply Reply January 7, 2017

        Assalam tuan Rahman,

        Bila boleh dapat ebook panduan ebay ni?

        • Rahman Basri

          Reply Reply January 7, 2017

          Wsalam tuan, Ebook akan diberikan selewat-lewatnya pada 15hb-19hb Januari tuan. Untuk sementara waktu, semua pembeli akan dimasukkan ke dalam Facebook Group.

          Di dalam group ini nanti pembeli akan dapat sample Ebook untuk bacaan sementara menunggu ebook full version siap sepenuhnya.

          • IZZUL

            January 21, 2017

            Saya berminat nak join klu ada group whatsapp lagi ok ni no saya +60137112287

          • Rahman Basri

            January 24, 2017

            Ok.

  • Aniza Ariffin

    Reply Reply January 6, 2017

    Assalamualaikum
    tuan.
    saya sangat berminat dengan buku tersebut.
    dan kalau boleh, macam mana saya nak contact tuan buku. saya sangat berminat nak mulakan juga melalui ebay. cuma saya tak faham dari skop perbankan tu. pay pal. semua tu.
    sekarang saya aktif pos barang madinah,arab saudi ke malaysia kalau ada orang nak. itupon iklan melalui facebook sahaja.

    ini whatsupp sy :+966 565360792

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 7, 2017

      Salam puan.

      Jika puan berminat utk dapatkan ebook ebay boleh maklumkan ya kerana semua pembeli akan dijemput masuk dalam satu group support bsama penulis.

      Boleh order di sini:
      http://fbadscalc.com/v1/order/1539

      Disitu puan boleh bertanya soalan lebih lanjut lagi.

  • Eyki

    Reply Reply January 7, 2017

    Salam tuan, Sy bminat mo beli Ebook tu..

  • Iqa

    Reply Reply January 8, 2017

    Assalam. Bagaimana dengan cara untuk dropship, contoh dr amazon/aliaxpress untuk jual ke e-bay. Ada dalam e-book ni juga ke

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 8, 2017

      Dropship dari aliaxpress ada ditunjukkan sebagai casestudy dalam ebook ini 🙂

  • OPSB

    Reply Reply January 9, 2017

    salam tuan. mohon check inbox. dah emel bukti pembelian. tq

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 9, 2017

      Ok thanks! 🙂

  • Rafyiq

    Reply Reply January 10, 2017

    “Barang ni tak vero” …. Vero tue maksudnya apa?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 10, 2017

      Barang tak vero maksudnya barang yg takde copyright.

      Barang2 vero boleh rujuk sini http://www.vero.ebay.com

      🙂

  • Andi

    Reply Reply January 10, 2017

    Salam tuan, Sy bminat beli Ebook tu..

  • marlini madiyus

    Reply Reply January 10, 2017

    salam tuan…sa sangat berminat dengan ebook ni…tp mcmna nak beli ya….

  • aisyahzura

    Reply Reply January 11, 2017

    Assalam tuan, semangat sy nk baca ebook ebay tuan.
    sy dh buat payment ya tuan. so masih mnggunggu ebooknya.
    thanks atas ilmu y tuan berikan.

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 11, 2017

      Wsalam puan. Ok nanti saya semak dan sahkan tempahan ya. 🙂

  • Suridin marman

    Reply Reply January 11, 2017

    Assalamualaikum tuan…

    Saya dah buay payment ya tuan .. 😊

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 12, 2017

      Wsalam. Ok. Saya dah approve dan dah forward kepada tuan Zul untuk invite tuan masuk ke group support di FB. 🙂

  • Ciknin

    Reply Reply January 11, 2017

    Assalam tuan. Saya berminat dgn ebook ni.

  • Shyful

    Reply Reply January 13, 2017

    Salam tuan,

    Buku masih dalam harga promosi ke?.
    Sy berminat nak cube..

  • Muhamad Azizi

    Reply Reply January 13, 2017

    As Salam tuan.

    Saya berminat dengan ebook ini dh sudah buat bayaran.

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 13, 2017

      Baik tuan, nanti saya buat semakan dan approve ya. 🙂

  • Fea

    Reply Reply January 13, 2017

    Saya berminat nk beli ebook ni. Tp apa maksud “Akaun anda memerlukan tempoh 90 hari untuk kuat.”

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 13, 2017

      Jika anda baru create akaun, saya sarankan jgn terus menjual.

      Pastikan anda beli 1-2 item fizikal yang berharga antara 0.1usd to 1 usd untuk aktifkan akaun ebay
      keduanya, dalam tempoh 1-3 bulan, akaun ebay anda memang tidak memberikan keuntungan yg besar.

      Anda perlu letak target macam ni:
      Tempoh 1-3 bulan (90 hari pertama)

      *bulan 1 : beli 1-5 item
      *bulan 2 : jual 1 item
      *bulan 3 : jual 1-3 item

      Target jualan ni bukanlah untuk dapatkan keuntungan. Tapi tujuannya adalah untuk membina reputasi akaun ebay anda
      untuk dapatkan feedback dari customer

      Tempoh 1-3 bulan ni adalah tempoh paling kritikal.

      .
      Bulan ke 4 hingga bulan ke 6 :
      bulan 4 : jual 3 unit item
      bulan 5 & 6 : jual lagi dan lagi

      Pada bulan ke 4 ni barulah anda mula membuat sedikit profit di ebay.
      Anda hanya perlu duplicate sahaja method yg anda dah mahir untuk dapatkan keuntungan seterusnya.
      Akaun baru paypal akan hold duit anda selama 21 hari.

      Apa yang penting,jika anda benar-benar nak jadi ebayer. anda mestilah berpegang pada 3 prinsip di bawah:
      1. sabar
      2. jangan terburu-buru
      3. konsisten

      Moga bermanfaat 🙂

  • Bahgia

    Reply Reply January 13, 2017

    Beli buku ada after sale support service ?..?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 13, 2017

      Ada group support di facebook disediakan khas utk semua pembeli. 🙂

  • Mohammad Sobri

    Reply Reply January 13, 2017

    Salam… Saya berminat nak ikut jejak langkah ni.. Boleh text melalui telegram utk tahu lebih lanjut….? Telegram saya +60178382099.. Harap dpt feedback secepatnya ye…. Tq…

  • Amie

    Reply Reply January 14, 2017

    as salam.saya berminat dgn buku ebay ni

  • Shah Efendy

    Reply Reply January 14, 2017

    Salam Tuan,

    Sy amat berminat dgn ebook ni, moga segala ilmu yg dikongsikn dpt membantu ramai org utk pulihkan ekonomi masing2..

  • Wina

    Reply Reply January 15, 2017

    Salam tuan.. terima kasih sebab share knowledge.. tapi nak tahu, ada tak face problem barang tak sampai? Sebab dropship kan and barang dari china.. adakah ebook tu ada terangkan kalau kena masalah2 macamni?’

    Tq tuan:)

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 15, 2017

      Sebelum pilih supplier utk dropship, semak dulu feedback customer pd supplier tu.

      Jika supplier tu ada byk positive feedback, biasanya takda masalah sangat bkenaan barang yg diposkan.

  • Aizat Razali

    Reply Reply January 15, 2017

    Salam Tuan, Saya tiada kad kredit. macam mana mahu membuka akaun jualan EBAY?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 15, 2017

      Kad debit pun boleh tuan.

  • Nazarene

    Reply Reply January 17, 2017

    Saya berminat dengan Ebook ini

  • Yus

    Reply Reply January 18, 2017

    Tuan..kalau kite xmahir sangat bahasa inggeris..boleh ke buat bisnes menerusi ebay ni?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 18, 2017

      Boleh, takda masalah. 🙂

  • Rosly

    Reply Reply January 18, 2017

    As Salam..saya amat berminat.

  • Diana

    Reply Reply January 18, 2017

    Boleh link paypal direct to account CIMB malaysia ke?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 19, 2017

      Pastikan kad debit CIMB dah boleh terima international transaction, baru boleh link dengan Paypal.

  • Afif

    Reply Reply January 19, 2017

    Assalumalaikum encik, saya nerminat dengan ebook ini.
    Saya telah membuat pembayaran & telah email bukti pembayaran pada email encik sale@rahmanbasri.com

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 19, 2017

      Baik tuan. Saya dah approve.

  • lynn

    Reply Reply January 20, 2017

    Assalamualaikum encik. Berminat dgn ebook ni..masih ada promosi ke? TQ

    • Rahman Basri

      Reply Reply February 8, 2017

      Ya masih lagi.

  • KN

    Reply Reply January 20, 2017

    salam tuan. mohon check inbox. dah emel bukti pembelian. tq

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 24, 2017

      Sila semak inbox emel atau spam kerana pautan download telah dihantar ke emel. Tqvm 🙂

  • Izzat

    Reply Reply January 20, 2017

    Assalamualaikum tuan rahman..sy dah buat tempahan ebook panduan ebay. Order no ePTkacP9K. Terima kasih.

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 24, 2017

      Sila semak inbox emel atau spam kerana pautan download telah dihantar ke emel. Tqvm 🙂

  • Aqilah

    Reply Reply January 20, 2017

    Salam tuan. Perkongsian sgt bermanfaat. Selain ebook, saya mencadangkan tuan buat video. Saya rasa akan lebih ramai yang akan tertarik sebab tak semua suka membaca.

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 24, 2017

      Ya video in progress 🙂

  • Rrl

    Reply Reply January 20, 2017

    Selamat pagi tuan.

    Sy berminat dengan ebook ini ..

    Bagaimana untuk tempah ya ?

    Terima kasih .

  • Izzat Azmir

    Reply Reply January 21, 2017

    Assalamualaikum tuan..sy dah buat pembayaran smlm..sy ada reply semalam bersama tarcking order kt sini. tp pg ni tgk xda pulak reply sy.mohon tuan utk check. tq

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 24, 2017

      Sila semak inbox emel atau spam kerana pautan download telah dihantar ke emel. Tqvm 🙂

  • IZZUL

    Reply Reply January 21, 2017

    Utk makluman saya dah email tuan..

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 24, 2017

      Baik tuan. Tqvm 😀

  • Fatihah

    Reply Reply January 21, 2017

    Assalam, nak belajar buat income tapi sy buta IT, tq

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 24, 2017

      Boleh rujuk ebook Panduan Ebay untuk penerangan yang lebih lanjut.

      Jika berminat, boleh buat tempahan melalui pautan
      berikut:

      http://fbadscalc.com/v1/order/1539

      Thanks.

  • Shaha

    Reply Reply January 21, 2017

    Assalamualaikum tn..sy bminat nk oder..masih dlm promosi ke tn?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 24, 2017

      Ya. Thanks.

  • Nurul

    Reply Reply January 22, 2017

    Saya berminat nk dapatkn ebook tuan..masih boleh dapat harga dgn harga promosi ke?

  • Drfazley007

    Reply Reply January 22, 2017

    Salam tuan,
    Saya sangat berminat dengan ebook tersebut,

    Saya telah membuat pembayaran & telah email bukti pembayaran pada email tuan sale@rahmanbasri.com

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 24, 2017

      Sila semak inbox emel atau spam kerana pautan download telah dihantar ke emel. Tqvm 🙂

  • Anor

    Reply Reply January 22, 2017

    Alhamdulillah saya ditemukan Allah dengan post Tuan ini. Memang saya di dalam kesusahan seperti ini. Malah lebih sukar keadaannya.Syukur dapat 1 jalan..

    Masih dibuka lagi harga prelaunch ebook ini?

  • Uan

    Reply Reply January 22, 2017

    Salam,

    Saya berminat dengan jualan online yang diterangkan. Terima kasih banyak-banyak kerana bagi kami semua idea perniagaan online ini.

    Namun saya ada satu kemusykilan.

    Bagaiamana nak buat bayaran PayPal ke Aliexpress sedangkan Aliexpress sudah tidak menerima sebarang pembayaran menggunakan PayPal? Itu je saya musykil.

    Harap dapat membantu.

    • Rahman Basri

      Reply Reply February 8, 2017

      Gunakan kad debit atau kad kredit utk buat bayaran di Aliexpress

  • Hafizan

    Reply Reply January 23, 2017

    Saya mempunyai pengalaman yg hampir sama dengan tuan. Masalah hutang kad kredit dan hutang ptptn yang banyak tertunggak. Saya memang berharap sangat Ebook saudara boleh membantu saya membebaskan masalah hutang yg sentisa membelenggu saya setiap hari.

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 24, 2017

      Insyaallah tuan. Moga Allah permudahkan.

  • Muhammad Bin Musa

    Reply Reply January 23, 2017

    Assalamualaikum tuan, kalau sy tempah ikut http://fbadscalc.com/v1/order/1539 dgn kaedah CDM, harga masih sama rm197 ker tuan?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 24, 2017

      Ya 🙂

  • HAFIZAN

    Reply Reply January 23, 2017

    Saya baru buat bayaran RM197

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 24, 2017

      Sila semak inbox emel atau spam kerana pautan download telah dihantar ke emel. Tqvm 🙂

  • Rez

    Reply Reply January 23, 2017

    Salam Tuan.

    Jika barang2 yg kita na jual di ebay boleh didapati di aliexpress, apa yg membuatkan customers beli di ebay dan bukan direct dari aliexpress?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 24, 2017

      Ada customer di Ebay lebih percaya untuk beli di Ebay. Dan dorg dah jadikan ebay ni sebagai platform utk mereka membeli barang2.

  • hazwani

    Reply Reply January 25, 2017

    boleh saya tau cara untuk check status belian?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 27, 2017

      Dah approve.

  • Faidz

    Reply Reply January 25, 2017

    Done order tuan

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 27, 2017

      Approved

  • Hazwanj

    Reply Reply January 26, 2017

    Salam.. saya dah bank in untuk mendapat ka ebook tuan.. mcm mana saya nak check status pembelian?

    • Rahman Basri

      Reply Reply January 27, 2017

      Dah approve. Thanks 🙂

  • Online Shop

    Reply Reply January 27, 2017

    Salam Tuan, Masih sempat untuk saya dapatkan harga promosi?

    • Rahman Basri

      Reply Reply February 3, 2017

      Kami ada sediakan 2 pakej pilihan:

      1. RM97
      – eBook Panduan ebay intelligence

      2. RM197

      – eBook Panduan ebay intelligence
      – Adobe Photoshop Portable
      – Document Template Follow up customer
      – Tools kit ebay
      – Document template avatar multiple account
      – 400 niche berpotensi di ebay
      – Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
      – Ultimate guide for dropshipping
      – 50 ways to make your first sale
      – group support di FB

      Boleh klik disini untuk tempahan:

      http://fbadscalc.com/v1/packages/1483964514-ebook-panduan-ebay

      Terima kasih.

  • Jaya kasuma bin ibrahim

    Reply Reply January 30, 2017

    Aasalammulaikum tuan…saya enck jaya kasuma mermerlukan sangat income harap kan makan gaji tak cukup bayar hutang tu hutang ne perbljan dapur ank skolh mcm2 lagi tuan…saya terbaca dlm Facebook tuan mcm mana cara nak dapatkan income…saya baca je tapi modal tak ada lellah saya cakap tuan…ok tuan stakat tu saja dri saya harap2 tuan bantua lah saya Amin amin amin.

  • Hasni

    Reply Reply February 15, 2017

    Assalamualaikum,
    Jika selepas baca ebook tuan, tapi masih tak tau juga nak buat jualan melalui ebay, adakah tuan akan guide juga.
    Saya dah banyak kali try. tapi agak lembab sikit.. mohon pencerahan.

    • Rahman Basri

      Reply Reply February 21, 2017

      Ya, ada disediakan FB group support utk bantuan kepada semua pembeli. Team kami akan membantu di sana.

Leave A Response

* Denotes Required Field