Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Siapa Saya?

rahmanbasri2


Hai Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini. Nama saya ialah Rahman Basri.Tentu anda nak tahu dengan lebih lanjut tentang siapa saya kan? Jika tak, sudah tentu anda tak klik menu “Siapa Saya?” kat bahagian atas blog ini kan :D

Baiklah, jom kita berkenalan.. Saya merupakan seorang bakal guru Fizik (Insyaallah), dan sementara menanti posting, saya melibatkan diri secara aktif dalam perniagaan di internet. Masih setahun jagung lagi dalam bidang ini, jadi banyak perkara yang perlu dipelajari lagi. Apa yang menariknya dengan perniagaan internet ini ialah kita mampu menjadi seorang yang kreatif dalam menghasilkan idea-idea yang menarik dan hebat..

Ya, dengan berbekalkan pengalaman yang ada selama setahun dalam bidang ini, Syukur Alhamdulillah kerana income bulanan dapat mencecah 4 angka (maintain), dan jika ada rezeki lebih, boleh menjana sehingga 5 angka dalam sebulan. OKla tu kan, boleh jadikan dana untuk kahwin kelak.. hahaha! :D

Saya pasti, mesti anda nak tahu apa yang saya buat kan? Oklah, berikut adalah antara perkara yang saya lakukan di internet…

  • Menulis ebook digital dan menjualkanya (INCOME UTAMA saya)
  • Melibatkan diri dalam pemasaran affiliate (INCOME sampingan yang tak kurang hebat)
  • Memberi konsultansi kepada mereka yang berminat dengan perniagaan internet
  • Mereka design ecover, minisite dan seangkatan dengannya (servis masih tertutup khas buat client istimewa sahaja)

Saya mula melibatkan diri dalam perniagaan internet sejak Jun 2009, namun ketika itu saya lebih menumpukan kepada penulisan di blog sahaja. Sekitar bulan Ogos 2009, saya mula melancarkan ebook pertama saya, iaiatu Pakej Photoshop. Seterusnya pada November 2009, Ebook Rahsia Mahir Excel pula dilancarkan. Ia adalah hasil kolaborasi dengan seorang rakan online saya dalam menghasilkan ebook tersebut. Pada Jun 2010, barulah satu lagi produk digital terbaru saya muncul menemui peminatnya :) ia adalah Pakej Panduan Emel. Seterusnya ia diikuti dengan Rahsia Joint Venture dan rahsia Pakar Ebook.

  1. Pakej Kit Photoshop
  2. Rahsia Mahir Excel
  3. Panduan Emel
  4. Rahsia Joint Venture
  5. Rahsia Pakar Ebook


Antara kejayaan saya dalam Perniagaan Internet ini adalah seperti berikut (sebagai pembakar semangat anda sahaja, bukan nak menunjuk-nunjuk yer):

  • Top 7 Cabaran PPL Patric Chan – dapat RM90 + Buku Fizikal
  • Top 1 Cabaran PPL team Usahawan Cyber – dapat RM1000 sebagai hadiah utama + komisyen
  • Top 1 Cabaran Mini PPL – dapat RM50 sebagai hadiah utama :D
  • Top 1 Cabaran PPL Ceo-Cyber – dapat RM200++
  • Top 4 cabaran PPL Kursus Online Affiliate – dapat RM150 ++
  • Top 4 Cabaran Affiliate FB Mania -  dapat RM3600 ++
  • Top 2 Teknik Pemasaran Emel razif Yusof – dapat RM 3600 ++
  • Top 1 Lelaki Macho dan Hensem (hehehehe.. ini perasana jer :) )

Itulah serba sedikit pencapaian saya, takdelah hebat mana pun, tetapi saya cukup berpuas hati dengan pencapaian tersebut. Biasalah, kita ni kan orang baru lagi. Jadi, kena belajar banyak perkara lagi kan..

Jika anda ingin menghubungi saya, jangan malu jangan segan, boleh hubungi saya melalui beberapa saluran berikut:

  1. Emel: support@rahmanbasri.com
  2. Facebook: www.facebook.com/rahmanbasri
  3. Fan facebook: www.facebook.com/rahmanbasripage
  4. Yahoo Massenger (YM): id: man_alhafiz
  5. Skype : id: rahman.basri

Salam ceria daripada saya…

Ikhlas,

Rahman Basri

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design