Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Review Autoresponder Norabots


 Powered by Max Banner Ads 

Salam ceria. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini agar anda tidak terlepas dengan artikel terbaru blog ini. Klik di sini. Terima kasih kerana melawat!

Berhubung dengan entri yang saya post semalam yang bertajuk “Panduan Percuma Autoresponder Norabots“, beberapa respons yang saya dapat mengucapkan terima kasih atas artikel tersebut. Namun ada yang masih kurang jelas berkenaan dengan kelebihan Autoresponder Norabots berbanding dengan autoresponder berbayar dan percuma yang lain.

Sebelum itu, suka saya nyatakan bahawa, bagi seorang internet marketer Autoresponder merupakan salah satu tool penting yang tidak boleh diabaikan. Mungkin ada antara kita seringkali mendengar ungkapan “money is in the list”. Saya amat menyokong ungkapan tersebut. Dan salah satu komponen dalam membangun dan mengelola list itu adalah autoresponder yang reliable. Masalahnya adalah, bagi sebahagian besar Newbie dalam internet marketing atau mereka yang pendapatannya dari bisnis online masih belum stabil, menyewa servis autoresponder masih dianggap sebagai suatu  yang cukup mahal.

Memang ada beberapa servis autoresponder percuma seperti Jv-Marketers, Sendfree atau FreeAutoBot, tetapi servis ini banyak batasannya, seperti adanya iklan pihak ketiga yang disertakan oleh pemilik servis, dan juga limit dalam jumlah subscriber, dan sudah pasti kesannya adalah kurang professional.

Namun jika anda masih ingin belajar bagaimana sistem autoresponder ini berfungsi, saya amat menyarankan anda menggunakan servis Jv-Marketers, kerana kebanyakkan functionnya adalah hampir sama dengan servis autoresponder yang berbayar. Berdasarkan pengalaman saya masa mula-mula berjinak-jinak dengan servis autoresponder ini, Jv-Marketers adalah antara yang terbaik. Jumlah subcriber juga lebih besar iaitu 3000 list bagi satu akaun.

Ada juga beberapa software atau script stand-alone yang boleh kita install di hosting sendiri sehingga tidak perlu mengeluarkan bayaran bulanan untuk berlangganan. Tetapi ini pun banyak batasannya, terutama bagi mereka yang tidak mahir dalam bab coding PHP dan database MySQL. Di samping batasan dari segi teknik programming, autoresponder yang dihosting sendiri ini juga sering mengalami masalah dalam hal delivery rate, quota dan scheduling penghantaran email oleh penyedia hostingnya. Namun kini ada beberapa skript yang telah dihasilkan oleh IM tempatan kita yang boleh kita gunakan, antaranya ialah Skript yang dihasilkan oleh Bro Amirol dan Bearnerd. Saya merupakan salah seorang reseller bagi skrip autores yang dihasilkan oleh Bro Bearnerd, jika berminat boleh menghubungi saya secara personal untuk mendapatkannya dengan harga istimewa. (sempat promote plak tu) :-)

Akhirnya pilihan akan jatuh kepada penyedia servis layanan autoresponder yang sudah terbukti reliable dan dipakai oleh banyak IM. Dua di antaranya yang paling popular dan mendominasi pasaran autoresponder adalah Aweber dan Getresponse. Ada juga yang lain seperi Direct Response dll. Tetapi kembali ke masalahnya tadi, bagi sebagian besar Newbie, yuran berlangganan yang agak besar iaitu +/- $20/bulan, dan ia masih dianggap mahal. Belum lagi adanya yuran tambahan kalau jumlah subscriber melebihi jumlah tertentu (Contohnya, pelanggan Aweber perlu menambah hampir $10 untuk jumlah subscriber di atas 10.000).

Namun demikian, kini ada servis autoresponder profesional yang cukup murah, dengan harga separuh dari Aweber dan Getresponse, yaitu $9.97/bulan, dikenali sebagai Norabots.

Kelebihannya? Meskipun servis ini masih baru, namun Norabots terbukti semakin diminati kerana funsginya ternyata hampir sama dengan Aweber maupun Getresponse. Bahkan untuk hal-hal tertentu, Norabots malah unggul, misalnya dalam hal quota subscriber. Norabots tidak menagih yuran tambahan untuk jumlah subscriber seperti yang diterapkan Aweber dan Getresponse.

Beberapa fungsi yang disediakan antara lainnya ialah:

•    Unlimited PRO Autoresponders and mailing list managers
•    Unique RSS Autoresponders
•    Unlimited follow-up messages
•    Personalized messages and up to 10 additional custom fields
•    Unlimited number of subscribers
•    Automated Message Scheduler
•    Global Message Broadcaster
•    Built-in Ad tracking System

Detailnya anda boleh pelajari di website Norabots.

Pengalaman saya menggunakan Norabots selama sebulan yang lalu, jujur saya katakan, saya cukup berpuas puas hati. Terus terang secara praktikalnya, anda boleh memakai servis autoresponder ini tanpa mengeluarkan yuran bulanan, bahkan boleh menjadi tambahan passive income anda, kerana Norabots memberikan komisyen referral +/- $4 per account setiap bulan (recurring).

Jadi kalau Aweber dan Getresponse masih terlalu mahal bagi anda, saya amat menyarankan servis dari Norabots.

DAPATKAN VIDEO PANDUAN TUTORIAL NORABOTS VERSI BM YANG LENGKAP JIKA ANDA MELANGGAN MELALUI LINK INI http://rahmanbasri.com/norabots

Ikhlas,

Rahman Basri

rahmanbasri.com/blog

Bacaan Tambahan:

  1. Panduan PERCUMA Autoresponder Norabots
  2. Bukan Sekadar Memilih Sembarangan “Autoresponder” Untuk Pemasaran Email Anda!
  3. Gandakan Jualan Produk Dengan Autoresponder Berbayar!
  4. Case Study Norabots + Pelancaran Ebook Rahsia Mahir Excel

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Panduan PERCUMA Autoresponder Norabots Pre-Launch Ebook Rahsia Mahir Excel

18 Responses to “Review Autoresponder Norabots”

  1. Fazli says:

    dah subscribe dah tapi tak guna lagi. tgh belajar guna. thank for the video.

  2. rahmanbasri says:

    Terima kasih atas komen saudara.

    Berkenaan dengan video tutorial tersebut, saya harap saudara dapat memahaminya dengan mudah, dan jika saudara mengikut panduan tersebut, Insyaallah tidak ada masalah untuk memahami Norabots ini..

    Jika menghadapi sebarang masalah, jangan segan2 untuk bertanya, Insyaallah jika saya mampu membantu, saya akan cuba membantu…

  3. fadli says:

    wah,betul 2…norabots memng murah…servis die pun ok…bg newbie memng elok pakai jika x ad budget sangat…
    fadli´s last blog ..Dua orang pelumba wildcart Grandprix Malaysia My ComLuv Profile

  4. sham says:

    rahman nanti buka emel ya..saya ada send sesuatu.. :)

  5. rahmanbasri says:

    To Fadli: Yup, Norabots walaupun murah, servis pun OK, Saya dah guna lebih sebulan pun, dah boleh cover bayaran bulanan hanya dengan guna profit dari mailing list jer…

    Jadi, sebenarnya kalo kita bijak memanfaatkan list yang kita peroleh melalui Norabots ni, boleh jadi, byk side income diperoleh…

    JANGAN TUNGGU LAGI….LANGGAN SEKARANG!! :-)

  6. rahmanbasri says:

    To Sham,

    Saya dah baca emel saudara, Terima kasih atas komen ikhlas saudara..

    Ttg emel masuk ke folder spam tu, rasanya ada beberapa sebab, sb kadangkala emel provider mcm yahoo dan gmail, dorang akan analyze dulu emel2 yang akan masuk kat INBOX ataupun SPAM..

    Bagi saya, kebarangkalian emel masuk ke SPAM box tu adalah disebabkan beberapa perkara.. Bukan disebabkan
    Hoster Autoresponder semata-mata.

    Emel dari Autoresponder seperti Aweber dan Getrepons juga biasanya termasuk ke dalam SPAM box.. (Bukan nak kata dua hoster ni tak bagus, tapi nak tunjukkan bukan Norabots shj yg mengalami risiko emel masuk SPAM)

    Jadi kena selalu buat try and error jenis penulisan emel yang biasa masuk ke SPAM.

    Secara generalnya, ia merangkumi cara kita menulis Title dan content emel…

  7. rahmanbasri says:

    TAMBAHAN:

    Risiko EMEL masuk ke dalam SPAM folder adalah menjadi igauan ngeri bagi semua pelanggan autoresponder ini.

    jalan penyelesaian ialah, pastikan emel masa mula2 kita send ke mailing list tu, kita suh dorg white list kan adress emel kita tu…

  8. x-po says:

    salam bro..sory kalau off topic..hehe cmne exam? aku tensen gle beb jawab paper pemboleh ubah kompleks smlm..adeh..jgn kne extend sem dh la
    x-po´s last blog ..AKU NAK JADI KANAK-KANAK BALIK My ComLuv Profile

  9. rahmanbasri says:

    To X-po, Alhamdulillah pagi tadi (5/11) first paper.. Susah tu memang susah juga la… Tapi try buat yg sebaik mungkin.. :-)

  10. free hea?
    TanyaLelaki.com´s last blog ..Akibat Seks Tidak Sihat My ComLuv Profile

  11. rahmanbasri says:

    To tanyalelaki: Kena bayar USD 9.97 sebagai yuran bulanan. Jika melanggan dari link saya, saya akan berikan RM15 sebagai Rebat kepada anda.. dan juga video tutorial Norabots yang lebih lengkap, versi BM.. :-)

  12. diaien says:

    aku dah lebih 3 bulan pakai aweber, baru sekarang perasan yuran langganan dia semakin bertambah. tu pun sebab list dah lebih 500. kalu x tak tahu jgak. memang pening kalu nak bayar yuran yang mahal ni. lebih-lebih lagi newbie cam aku ni. memang nak kena tukar nih. tapi sayang plak subcriber dah ramai… huhuhu.. takpe, korban je la list tu…. huhuhu
    diaien´s last blog ..Rahsia pengiklanan yang berkesan My ComLuv Profile

  13. diaien says:

    bro, aku dah register norabot dari link bro. dapat rebat ngan tutorial tu ke?? hehehe
    diaien´s last blog ..Rahsia pengiklanan yang berkesan My ComLuv Profile

  14. rahmanbasri says:

    Saya dah hantar emel kepada bro..

    Sila semak emel ya.. Terima kasih atas sokongan anda.

  15. AmirulMukmin says:

    mcm best jer… memang sekali bayar ker bayar tiap2 bulan nih…
    mmg tengah mencari autoresponder plg best nih
    AmirulMukmin´s last blog ..Bukankah Lebih Baik Menghadiri Seminar / Bengkel? My ComLuv Profile

  16. rahmanbasri says:

    Utk pengetahuan Bro AmirulMukmin, untuk langgan Norabots, kita kena bayar setiap bulan USD 9.97 guna paypal :)

    kalo Langgan melalui saya, boleh dapat video Tutorial Norabots Versi BM terkini dengan PERCUMA je…

  17. sharifah says:

    salam saudara Rahman… nk tya skit klu nak guna maybank2u untuk langgan norabots ni tak blh ke? mesti guna paypal aje ke

  18. rahmanbasri says:

    Hanya dengan paypal sahaja…

Leave a Reply




Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design