Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Tutorial Melanggan RSS Percuma

Melanggan Newsletter ataupun RSS sesuatu blog adalah satu langkah bijak dalam menjimatkan masa kita seharian. Ini kerana, sekiranya terdapat entri/artikel terbaru yang ditulis dalam sesuatu blog, maka secara automatik, pembaca yang melanggan Newsletter/RSS pada blog tersebut akan mendapat notifikasi  ataupun makluman secara PERCUMA terus ke emel mereka, tanpa perlu mengunjugi blog tersebut berulangkali. Justeru, pembaca hanya perlu membuka melalui emel sahaja untuk mengetahui jika terdapat sebarang entri terbaru daripada blog tersebut.

Namun, masih ramai di antara kita yang masih tidak mengetahui fungsi RSS yang disediakan pada setiap blog. Apatah lagi cara untuk melanggan (subscribe) pada Newsletter / RSS berkenaan.

Oleh itu, untuk memudahkan anda, saya telah membuat satu tutorial ringkas bagaimana ingin melanggan Newsletter / RSS bagi suatu blog. (Maaf kerana imej agak kurang jelas)

1. Lihat pada sebelah kanan blog ini, anda akan lihat satu kolum khas seperti yang ditunjukkan di bawah ini:

rss-1

2. Setelah selesai, maka akan muncul satu tetingkap kecil seperti di bawah:

rss-22

3. Satu tetingkap lagi akan muncul memaklumkan bahawa anda perlu melakukan ‘ email confirmation’ melalui emel yang anda telah masukkan pada langkah 1

rss-3

4. Anda akan menerima emel seperi berikut.

rss-4

5. Buka emel tersebut, dan aktifkan ’subscription’ tersebut. Anda hanya perlu klik pada link yang tertera di dalam emel tersebut. Lihat contoh ini:rss-5

5. Setelah anda selesai mengklik pada link tersebut, anda akan dibawa ke satu page yang menyatakan bahawa ‘email subscription’ anda telah berjaya disahkan! Selesai :-) rss-6

Tahniah, anda telah berjaya melanggan Newsletter / RSS secara percuma.

Semoga tutorial ringkas ini membantu sedikit sebanyak kepada pembaca sekalian. (Bagi yang dah biasa dengan blog, rasanya fungsi RSS adalah tidak asing lagi buat anda :-) )

No related posts.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
(Panas!) Bagaimana Elakkan Toyol Curi Duit Anda? Mengapa Sukar Untuk Berjimat?

8 Responses to “Tutorial Melanggan RSS Percuma”

  1. Zairi Zaidi says:

    Saya lebih suka subscribe kat Google Reader.
    Senang nak tengok

  2. rahmanbasri says:

    Ya.. guna google reader pun senang juga.. :-)

  3. ShahrulFahmy says:

    Salam,

    Perkongsian yg mantop bro rahman… lepas ni boleh share camne nk letak rss feed kat blog hehe :)

    Ikhlas,
    ShahrulFahmy

  4. rahmanbasri says:

    Wsalam bro Fahmy,

    Sekadar perkongsian ringkas sahaja :-) Supaya pelawat blog sentiasa alert ttg ‘kehadiran’ borang subscription tersebut..

  5. arman says:

    Boleh beri tutorial macam mana nak pasang subcriber guna feedburner.. baru nak berblog nie. Thanks.

  6. imabiz says:

    terima kasih admin kerana promo ebook imabiz… ape pun semoga maju jaya…
    imabiz´s last blog ..FadzriDesign Dot Com – Laman Web Design Pelbagai Produk My ComLuv Profile

  7. rahmanbasri says:

    Mula-mula memang bercadang nak buat satu panduan nk pasang feedburner tu, dah imabiz dah buat.. Memudahkan lagi kerja saya.. hanya promotekan ebook imabiz tu.. Saya dah baca ebook tu, bagus penerangannya… :-)

Leave a Reply





 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design