Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Ebook 6 Modul Adsense – Percuma

6module-blue1

Assalamualaikum pembaca yang budiman sekalian,

Apa khabar semua? Semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat walafiat di samping orang yang tersayang.

Baiklah, kali ini saya ingin kongsikan Ebook Percuma daripada saudara Munawar. Ebook ini sangat berguna bagi anda yang berminat dengan Google Adsense. Panduan yang ditulis sangat santai dan mudah difahami. Insyaallah.


Sebelum itu, ada beberapa soalan buat anda semua:

  1. Adakah anda telah berjaya mendapat bayaran pertama dari Google Adsense?
  2. Adakah anda berpuashati dengan pendapatan adsense anda sekarang?. Jika tidak, janganlah anda kecewa, sebagai seorang usahawan internet anda tidak sepatutnya mudah berputus asa.

Mungkin cara yang anda lakukan selama ini kurang tepat & berkesan maka hasilnya pun kuranglah. Mahukah anda belajar dari seseorang yang bergiat sepenuh masa dengan program google adsense. Beliau telah menulis sebuah ebook adsense percuma bertajuk “6 Modul Adsense Terbaik – Rahsia Memulakan Google Adsense Anda Dengan Betul” .

Ebook 6 Modul AdSense Percuma ini mengajar anda strategi dan teknik bagaimana memulakan google adsense dengan betul. Anda juga akan mempelajari bagaimana mendapatkan Niche Market yang anda dan pesaing anda sendiri tidak terfikirkannya. Dengan ebook ini anda akan dapat belajar :

  1. Apa itu Program Google Adsense
  2. Keyword Research
  3. Keyword Brainstorming
  4. Memohon Akaun Google Adsense
  5. Membina Blog Adsense
  6. Meletakkan kod Adsense di blog adsense anda

Sebaik sahaja anda memuat turun 6 Modul Adsense ini, saya cadangkan anda membuat secawan kopi dan mula membaca dan mempraktikan teknik Adsense yang diberikan, bahkan anda boleh terus memulakannya. Download ebook percuma ini sekarang. Sila klik Di Sini

Selamat mencuba.

Template Adsense Percuma untuk anda!!

Assalamualaikum pembaca sekalian, kali ini saya tidak akan bercerita tentang Tips, tetapi ada sesuatu yang menarik buat anda.

Untuk pengetahuan anda, Template ini telah ‘diuji’ keupayaannya lebih daripada 14 bulan.

Anda akan dapati template ini sangat ringkas dan simple, di bawah ni adalah screen shot template ini.

adsense7

Walaupun kelihatan simple, tetapi apabila dibandingkan dengan 40 template yang lebih kompleks , template ini nampaknya benar-benar ‘bekerja keras’..!! Dan anda akan tersenyum apabila melihat jumlah pendapatan yang akan anda peroleh melaluinya.

Apa yang menariknya, bagi newbie pastinya akan menyukai template ini kerana ia amat mudah untuk diedit dan digunakan semula. Anda tidak perlukan sebarang imej  dan kod  tambahan untuk menggunakan template ini. Anda hanya perlu copy dan paste kan kod Adsense anda sahaja di tempat yang disediakan.

INGAT, gunakan kod Adsense anda sendiri, kerana contoh template ini saya gunakan kod Adsense saya.  ANda hanya perlu copy/paste kod Adsense anda. Warna Narrow Blue adalah yang terbaik apabila anda configure kod adsense anda.

TIPS: Pastikan anda gunakan 2 Large Rectangle untuk kod adsense anda. Letakkan di bahagian atas page anda. Ia pasti akan menambah CTR anda!!

Download di sini

Demo di sini

Tips 7: Daftarkan website anda dalam Search Engine

Bagi anda yang memiliki website, memiliki pelawat yang tinggi setiap hari merupakan suatu keistimewaan buat anda. Kerana ini akan meningkatkan peluang untuk anda menjana pendapatan melalui Adsense ini.

Untuk mendapatkan pelawat yang ramai, website anda perlu berada pada top listing dalam search engine.

Jalan yang terbaik bagi mendaftarkarkan website anda di dalam search engine ialah dengan mendapatkan link daripada webstie lain yang telah didaftarkan dalam search engine.

Ada banyak langkah untuk mendapatkan link daripada website lain, contohnya:

1. Pertukaran link (link exchange) dengan webstite lain yang mempunyai theme yang sama dengan website anda. Sekiranya link exchange ini dilakukan dengan silap, maka website anda mungkin akan di banned oleh search engine.

2. Anda boleh menghantar website anda ke search engine friendly directories.

3. Anda boleh menulis artikel dan menghantarnya ke article directories

4. Anda boleh gunakan khidmat kompeni yang pakar dalam linking, contohnya di sini


Ada banyak langkah yang anda boleh buat untuk mendapat link ke website anda. Langkah-langkah di atas adalah sangat mudah dan mudah untuk dipraktikkan. Anda juga boleh outsource kerja-kerja link building ini kepada orang lain.

INGAT: Link adalah perkara yang amat penting untuk mendapatkan tempat top di dalam search engine. Sekiranya dilakukan dengan betul.

Tips 6: Sell the Click..Carefully and Creatively

Kali ini, mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa saya gunakan tajuk tips dalam bahasa Inggeris?

Jawapan saya mudah sahaja, kadangkala Bahasa Inggeris itu dapat menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih terperinci, hanya dengan beberapa patah perkataan sahaja. Itulah keunikan bahasa Inggeris.

Dan saya tidak akan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan tajuk posting kali ini. Kerana pemahaman seseorang itu mungkin berbeza-beza, i’ll let you work it by yourself.

Baiklah, sebagai peringatan: Polisi Google adalah melarang sama sekali daripada menulis seperti berikut, “Click on the link below”.

Kenapa Google melarang perbuatan tersebut?

Mereka sebenarnya melarang perbuatan tersebut bagi melindungi pengilklan yang berbayar, dan agar dapat berlaku adil kepada setiap pengiklan tersebut.

Namun yang demikian, sekiranya anda berjaya mempengaruhi pelawat untuk klik pada ads anda (tanpa menulis ayat seperti di atas), pasti CTR anda akan meningkat.

Ramai yang telah mencuba pelbagi kaedah untuk tujuan ini. Ada sesetengah yang menggunakan anak panah dan beberapa grafik yang boleh menunjuk ke arah ads mereka, dengan harapan dapat mempengaruhi pelawat, tetapi, sebagai amaran, Google amat tidak menyenangi perbuatan seperti ini.

Tetapi, Jangan bimbang, anda sebenarnya ada pilihan lain yang boleh menyelamatkan akaun adsense anda daripada di banned oleh Google.

Caranya mudah.

Konsepnya hampir sama dengan apa yang dinyatakan di atas. Dengan adanya grafik berhampiran dengan ads anda, maka ia akan mendorong pelawat melihat ads anda. Senang bukan.

Sebagai contoh, sekiranya website anda berkaitan dengan sesuatu majalah, anda mungkin ingin memasukkan gambar editor bagi majalah tersebut di sebelah ads anda. Secara tidak langsung, gambar tersebut akan mendorong pelawat untuk melihat ads anda.

Dalam masa yang sama Google tidak kisah kerana gambar tersebut memang berkaitan dengan kandungan dalam ads. Rasanya anda jelas dengan tips ini kan?

Nanti dulu, di sini ada satu tips yang lebih mudah,

Apabila anda menulis perenggan ataupun 2 kandungan anda, pastikan anda akhiri ayat pada perenggan terakhir dengan ..

“Like this…”

Apabila seseorang mula membaca sesuatu yang mereka ingin habiskan / tamatkan, dengan membiarkan mereka tanpa meletakkan ayat yang seterusnya, anda sebenarnya mendorong mereka untuk klik pada link untuk meneruskan pembacaan mereka sehingga tamat.

Mereka akn klik pada link untuk page yang seterusnya, dan kebarangkalian yang tinggi hanya akan klik link ads anda untuk melihat ayat yang seterusnya.

Pastinya ia akan meningkatkan CTR anda. Menarik bukan? Selamat Mencuba.


 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design