Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang budiman,
Nampaknya masa berlalu agak pantas, kini kita semua berada di bulan Jun (bulan kelahiran saya juga). Ini bermaksud, kita telah berada di pertengahan tahun 2010. Dan pada 28 hb Jun 2010 ini, maka genaplah usia setahun blog ini dibangunkan
Bagaimana dengan azam tahun 2010 anda? Adakah sudah 50% tercapai atau masih lagi tidak tahu ke mana menghilangnya kesemua azam baru tersebut? Apapun, saya tetap mendoakan semoga anda berjaya mencapai azam yang diimpikan selama ini. Bagi saya pula, pada tahun ini banyak perkara baru yang dicapai yang tidak pernah dijangkakan sebelum ini.
Pada bulan Mei lepas, berakhirlah sudah episod saya sebagai seorang mahasiswa setelah berjaya menamatkan sesi praktikal sebagai seorang Guru di Brickfiled, Kuala Lumpur. Pengalaman mengajar di sekolah yang bercirikan ‘1 Malaysia’ (pelajar daripada kaum India, Melayu dan Cina) memberi pengalaman yang cukup bermakna buat saya sendiri. Dan kini, masa saya lebih banyak diluangkan untuk urusan perniagaan internet yang selama ini saya buat secara Part Time sahaja. Projek-projek yang tertangguh sebelum ini juga berjaya saya siapkan. Berikut adalah sedikit coretan buat tatapan pembaca sekalian.
Pelancaran Produk Digital Ke-3:
Selepas kejayaan bersama produk Pakej Kit Photoshop, yang juga merupakan produk sulung saya, menambahkan semangat saya untuk terus maju dalam bidang perniagaan internet ini. Jika dahulu, saya tidak pernah menyangka yang saya akan sampai ke tahap ini, mampu menjual produk sendiri di internet! Seterusnya pada bulan November 2009, hasil kolaborasi dengan seorang rakan, saya telah melancarkan Ebook Mahir Excel. Sambutan juga amat memberangsangkan. Syukur Alhamdulillah..
Hasil d
aripada pengalaman menjual 2 produk digital tersebut, membuka minda saya untuk terus menerokai selok-belok perniagaan internet. Hampir 5 bulan lamanya, saya tidak menghasilkan produk baru untuk dijual. Mungkin kerana kesibukan dengan urusan lain, niat menghasilkan produk baru terpaksa saya tangguhkan. Mengikut perancangan asal, produk ketiga tersebut ingin dilancarkan pada bulan Februari, tetapi terpaksa ditangguhkan pelancarannya atas sebab-sebab yang tidak dapat saya elakkan.
Namun begitu, dalam tempoh tersebut, saya cuba melakukan beberapa kajian lanjut berkenaan dengan produk yang ingin saya lancarkan tersebut. Daripada satu kajian ke kajian yang lain, saya lakukan try & error. Alhamdulillah, hasilnya memang cukup memuaskan. Akhirnya, pada 25 hb Mei 2010, produk ke 3 saya berjaya dilancarkan. Produk yang diberi nama Rahsia Pemasaran Emel. Jika sebelum ini, saya hanya fokus kepada produk niche grafik, namun akhirnya saya mengambil peluang untuk terjun ke niche perniagaan internet (pengkhususan dalam Pemasaran Emel) kerana melihat potensi yang besar dalam niche sebegini.
Terdapat 4 Modul Utama dalam produk saya kali ini, iaitu:
- Rahsia Pemasaran Emel (Utama)
- Rahsia Membina LIST dengan pantas
- Rahsia Pakar Facebook Mengumpul LIST
- Teknik Copy & Paste Pakar Affiliate
Kesemua modul ini lebih kepada panduan teknikal dan berdasarkan pengalaman sebenar saya menggunakan emel sebagai medium pemasaran utama saya. Untuk detail, sila rujuk laman web jualan ini: www.panduanemel.com
Beralih kepada Pemasaran Affiliate:
Jika tahun 2009, saya lebih banyak melihat rakan-rakan usahawan internet (IM) menyertai pertandingan affiliate (cabaran affiliate), dan saya hanya menjadi sebagai pemerhati sahaja. Pengalaman menyertai affiliate sebelum ini telah menyebabkan saya menjadi fobia dengan pemasaran affiliate
Iyela, promosi bukan main giler0giler, tapi sales yang terhasil amat ciput. Aduhai, bahkan ada kalanya langsung tiada sale
Pakar-pakar IM seringkali menyatakan bahawa Pemasaran Affiliate adalah jalan yang terbaik bagi seorang IM yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Ya, memang tidak dinafikan, namun tanpa ilmu berkenaan strategi pemasaran affiliate juga, pastinya kita akan kecundang akhirnya. Dalam saya meninjau perkembangan affiliate tempatan, saya tidak melepaskan peluang untuk menerokai bidang ini, walaupun sekadar suka-suka.
Bermula tahun 2010, saya mula serius dengan pemasaran Affiliate. Alhamdulillah, melihat kepada hasil yang saya peroleh melaluinya, memang tidak mengecewakan.. Dalam masa sebulan sahaja, saya berjaya menjana pendapatan sampingan lebih daripada RM3k hanya melalui pemasaran affiliate.. Dan yang terbaru ini, saya turut menyertai satu lagi cabaran Affiliate produk sahabat saya, iaitu Razif Yusof. Dan dalam tempoh 7 hari sahaja, saya berjaya memperoleh komisyen RM2260! Bagi saya, itu sudah lebih daripada cukup. Syukur pada Allah SWT.
Bagi pembaca yang ingin menerokai bidang ini dengan mendalam, saya mencadangkan ebook Rahsia Affiliate Kerajaan, iaitu produk rakan saya, Saudara JaMaL.
Pertemuan dengan Otai Usahawan Internet:
Pada entri sebelum ini, saya ada berkongsikan pengalaman bertemu dengan rakan-rakan usahawan internet semasa Majlis Doa Selamat Pembukaan IMTC (IM Training Center). Ia merupakan pengalaman manis buat saya pada tahun ini. Dan pada 29hb Mei 2010 (Sabtu) lepas, saya juga berpeluang bertemu dengan 2 orang pakar usahawan internet tempatan, iaitu saudara Ammar Zahar dan Eruwan Gerry. Perjumpaan ini sebenarnya dianjurkan oleh Ammar Zahar bagi meraikan Top 5 Affiliate FB Mania. Dalam pelancaran FB Mania yang dilakukan pada bulan Mei lepas, saya berjaya mendapat tempat ke-4 Top Affiliate, dan ia merupakan antara pencapaian terbaik yang saya peroleh dalam pemasaran affiliate ini.
Namun begitu, dalam pertemuan di Restoran Dome, Midvalley tersebut, hanya saya dan Eruwan Gerry yang dapat datang. Top affiliater yang lain tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaupun hanya bertiga, perbualan tetap rancak, sehingga lebih 3 jam tanpa disedari!

Dari Kiri: Ammar Zahar, Eruwan Gerry, dan saya di Restoran Dome, Midvalley
Ini merupakan pertemuan pertama face-to-face dengan Ammar Zahar dan Eruwan Gerry. Ammar Zahar, seorang usahawan internet muda yang semakin menempa nama dalam bidang ini. Beliau yang mula dikenali dengan produk Duit Mania, dan yang terbaru FB Mania rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sudah ramai yang mengenali beliau.. Manakala Eruwan Gerry juga merupakan salah seorang pakar usahawan internet yang banyak menjual produk-produk hebat seperti Rahsia Raja Lelong dan yang terbaru dengan Pakej Import Dari China. Saya amat bertuah kerana dapat bertemu dengan 2 individu ini. Banyak tips yang dikongsikan dalam sesi Mastermind tersebut.
Begitulah serba sedikit perkongsian buat pembaca sekalian. Jika anda ingin mengetahui perkembangan saya yang seterusnya, jom sertai saya di Facebook kerana saya lebih aktif di sana. Dan baru-baru ini, saya ada menghasilkan facebook fan. Jadi anda juga amat dialu-alukan untuk menyertainya.
PS. Selepas ini, saya ada perancangan untuk menjual produk fizikal pula di internet, cuma masih mencari produk apa yang sesuai untuk dijual. Anda ada idea tak?
.gif)

















Recent Comments