Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Panduan PERCUMA Autoresponder Norabots

Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian,

Rasanya dah lebih sebulan tak update blog ini kan? Sebenarnya saya agak sibuk skit dengan beberapa tugasan yang perlu disiapkan dalam masa terdekat ini.

Mungkin ada di antara anda yang membaca blog ini telah mempunyai Sistem Autoresponder sendiri kan? Tak kiralah ia adalah PERCUMA ataupun berbayar. Jika anda telah mempunyai Autoresponder tersebut, saya pasti anda akan lebih faham akan apa yang saya bakal sampaikan di sini.

Sebelum itu, sebagai pengenalan kepada Sistem Auoresponder ini (bagi pembaca yang tidak tahu apa itu Autoresponder). Autoresponder adalah salah satu ‘tool’ yang sangat penting jika anda ingin melibatkan diri dengan perniagaan internet ini. Autoresponder ini akan membolehkan anda mengumpul emel-emel prospek (mailing list) yang berminat untuk sesuatu produk tersebut, caranya dengan membuat satu opt-in page. Opt-in page ini biasanya menyediakan produk percuma untuk dimuat turun dengan syarat kita memasukkan Nama dan Emel kita di dalam borang yang disediakan di dalam page tersebut. Anda boleh lihat contoh di sini.

Kenapa autoresponder ini penting?

Kerana dengan autoresponder ini, ia akan lebih memudahkan kerja-kerja promosi anda kepada prospek bagi produk yang anda ingin jual. Jika anda tidak memiliki sebarang produk untuk dijual, anda boleh sahaja mempromosikan produk-produk orang lain, di mana ia disebut sebagai Affiliate Marketing, dan anda juga memperoleh keuntungan daripada situ. Sebagai contoh, saya walaupun baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia Internet Marketing ini, saya mampu menjana pendapatan RM500++ dalam masa beberapa hari, iaitu dengan mempromosikan produk orang lain sahaja (Affiliate Marketing). Rahsianya mudah.. Mailing List!

Baiklah, entri kali ini saya lebih fokus kepada sistem Autoresponder berbayar yang PALING MURAH setakat ini, iaitu Autoresponder Norabots. Saya sebenarnya baru sahaja melanggan Norabots sebulan yang lepas, kerana sebelum ini saya hanya menggunakan Servis Autoresponder PERCUMA iaitu Jv-Marketers. Tetapi disebabkan beberapa function dalam Autoresponder percuma adalah terhad, saya beralih kepada autoresponder yang berbayar dan LEBIH MURAH. Bagi anda yang masih tercari-cari Servis Autoresponder Berbayar, anda boleh mendaftar melalui link di bawah ini:

>>http://rahmanbasri.com/norabots

Jika anda melanggan melalui link di atas, sila maklumkan kepada saya dengan segera, kerana saya akan memberikan anda Rebet RM15 (terhad kepada 10 4 orang terawal sahaja) dan Video Panduan Lengkap menggunakan Norabots dalam Bahasa Malaysia..

Bagi anda yang telah melanggan Norabots sebelum ini, sila baca panduan di bawah ini, kerana saya pasti ia sangat bermanfaat buat anda. Panduan ini saya peroleh melalui kajian dan pemerhatian saya dengan servis Norabots ini, dan anda mungkin tidak akan memperoleh dari mana-mana sumber lain berkenaan dengan panduan ini, kerana ia adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri selama saya menggunakan Norabots ini.


Read more…


 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design