Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Kisah Rakan Saya Yang Menyayat Hati..

Assalamualaikum dan salam ceria,

Hai kepada pembaca sekalian, apa khabar anda hari ini? Sihat ke? Harap-harap begitulah ya. Untuk pengetahuan anda,  semasa artikel ini ditulis, saya tengah bercuti selama seminggu. Boleh tenangkan fikiran sedikit setelah bekerja melayan karenah anak murid setiap hari yang pastinya sukar untuk diramal :-) Anda pun tengah bercuti juga ker? Semoga apa jua yang anda lakukan, saya mendoakan semoga anda sihat-sihat saja di samping keluarga tersayang.

Sempena hari cuti ini, saya nak kongsikan satu kisah ‘menyayat hati’ yang rasanya sesuai untuk kita jadikan teladan dalam kehidupan seharian..

Begini, cerita saya hari ini merupakan kisah seorang kawan sepejabat saya yang baru memulakan bisnes internet beliau. Saya gelarkan beliau sebagai Mr. Z jer..

Pernah sekali Mr. Z mengadu kepada saya..

“Eh Rahman, sombongnya otai Usahawan Internet ni.. Tensen betullah dengan dorang ni..! Banyak dah emel yang aku hantar kat dorang ni, tapi satu habuk pun dorang tak layan.. Kalu yang layan pun, hampeh je.. Macam ni, matilah Usahawan Internet baru macam aku ni!”

Itu sebahagian dari rungutan Mr.Z ketika kami sedang sarapan di kantin sekolah.. Saya tersenyum :-) Bukan maksud nak mengejek Mr. Z tersebut, tetapi geli hati dengan wajah masam mencuka yang beliau tunjukkan.

Saya hanya diamkan diri pada mulanya, namun akhirnya saya mencadangkan agar Mr. Z forwardkan emel-emel yang pernah beliau hantar itu kepada saya.. Kot-kot saya boleh bantu. Mr. Z cakap, petang nanti baru dia forwardkan emel-emel tersebut kat saya..

Petang tu, lepas je balik dari sekolah (mengajar), saya buka emel satu persatu.. hampir 10 emel baru yang masuk, dan hampir kesemunya adalah emel yg diforwardkan oleh Mr. Z kepada saya..

Sebaik sahaja saya baca kesemua emel beliau:

“Patutlah… Jika saya menerima emel seumpama ini, confirm saya terus delete jer, buat menyemak inbox je”

Tapi kata-kata ini, tak pula saya katakan secara direct kepada Mr. Z, nanti tak pasal-pasal dia kecik hati plak kan..? :-)

Dalam perkongsian hari ini, saya jadikan emel-emel Mr. Z sebagai contoh dan teladan. Saya mendapati emel yang dihantar adalah emel jemputan JV, ataupun dengan kata mudahnya, emel yang mengajak otai-otai untuk bekerjasama mempromosikan produk Mr. Z..

Emel yang ditulis tidak memperlihatkan profesionalisme Mr. Z ketika menjemput rakan JV dan ini sebahagian dari kenapa jemputan JV Mr. Z tak dilayan:

Berikut adalah komen saya berkenaan dengan emel Mr. Z:

Emel template - beliau menulis sebuah emel template dan menghantarnya kepada semua rakan JV pilihan beliau. Dalam emel tersebut, nama rakan JV beliau pun tak disebut menyebabkan emel tersebut seperti emel Spam.

Tidak jelas - jemputan JV Mr. Z tidak jelas, kerana beliau tidak menyatakan dengan jelas apakah produk yang beliau ingin promosikan. Nama produk pun tak ditulis. Ini menimbulkan rasa syak pada rakan JV beliau.

Bahasa ‘rock’ - ini memang masalah besar! Bahasa yang digunakan memang tidak profesional dan menggunakan perkataan seperti diringkaskan…Menyusahkan rakan JV untuk memahami apa yang cuba disampaikan.

Tiada kertas kerja - kertas kerja merupakan tool penting dalam setiap jemputan JV kerana ia menerangkan segala yang berkaitan mengenai program JV yang anda anjurkan. Tanpa kertas kerja, rakan JV tidak tahu bagaimana program JV anda berlangsung. Untuk mengelakkan risiko diperalatkan, lebih baik tolak je jemputan JV!

Pujukan ‘terlampau’ - Mr. Z telah merayu kepada rakan JV nya agar join beliau kerana beliau mengatakan bahawa beliau merupakan seorang newbie dan tak tahu menjual. Mr. Z langsung tidak menunjukkan sikap yakin terhadap diri sendiri. Ini bahaya, kerana ia seolah - olah Mr. Z cuba memperalatkan rakan JV nya demi mendapat jualan!

Itu adalah 5 punca kenapa Mr. Z tak dapat meyakinkan otai IM untuk JV bersama beliau.

Walaupun jemputan JV ini ditujukan kepada orang biasa (bukan menteri, YB atau Pengarah syarikat besar), namun ianya juga perlu profesional dan beretika.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, bisnes internet merupakan urusniaga yang tidak bersua muka. Maka sangat penting untuk anda memberikan keyakinan bahawa jemputan JV anda boleh dipercayai. Caranya, berikan jemputan yang profesional dan beretika!

Kisah Mr. Z merupakan salah satu inspirasi saya juga untuk membantu anda memahami kaedah JV yang betul & beretika. Kisah beliau ini juga mengingatkan saya sendiri kerana sebelum ini, jemputan JV saya juga sering ditolak dan adakalanya saya ‘ditegur’ keras kerana jemputan yang tidak kena kaedahnya.

Jika ada kesilapan, tentulah ada kaedah menanganinya. Seandainya jemputan JV man tidak dilayan sebelum ini, tak perlu putus asa dan menunding jari kepada otai IM. Sebaliknya, semak dahulu jemputan man. Adakah ianya jemputan yang profesional dan beretika?

Sebab itulah saya dan rakan saya berusaha keras untuk menghasilkan satu panduan khas bagaimana untuk memastikan program JV anda berjalan lancar.

Semoga kisah Mr. Z ini menjadi teladan buat anda, dan jika anda kurang faham bagaimana nak menyediakan jemputan JV yang mampu ‘menawan’ para otai IM,kami menyediakan jalan penyelesaiannya di sini :

ecoverpjv3a

Ebook Percuma Rahsia Pemasaran JV:

[+] http://bit.ly/panduanJV

Klik link di atas untuk download Ebook Percuma tersebut

Saya mohon respons daripada anda berkenaan dengan apa yang dikupas di dalam ebook di atas ya..

Ikhlas,

Rahman Basri & Julius

PS. Versi Lengkap boleh diperolehi di sini:

http://rahmanbasri.com/panduanJV

Selamat Tahun Baru 2010 + Hadiah Istimewa Kepada Pembaca!

year-2010Assalamualaikum sahabat-sahabat pembaca sekalian,

Selamat menyambut Tahun Baru 2010, semoga kedatangan Tahun baru ini membuka lembaran baru dalam kehidupan kita. Sudah pasti tahun 2009 yang berlalu memberi banyak pengalaman baru dalam hidup kita seharian, dan tidak kurangnya pengalaman berupa pencapaian kita selama ini.

Berbicara mengenai pencapaian dan matlamat, adakah kita sudah mencapai apa yang diimpikan Tahun 2009?

1. Pelancaran Produk Sendiri

Alhamdulillah, walaupun baru berjinak-jinak dengan dunia Internet Marketing secara serius pada bulan Ogos 2009, sehingga penghujung Tahun 2009 ini, saya telah berjaya melancarkan 2 ebook berbayar iaitu Pakej Kit Photoshop dan Rahsia Mahir Excel.  Ebook Pakej Kit Photoshop yang mula dilancarkan pada awal bulan Ogos lepas berjaya menghasilkan jualan lebih daripada RM 1K (satu pencapaian yang saya kira memuaskan bagi seorang Beginner (newbie) seperti saya. Manakala ebook berbayar kedua iaitu Rahsia Mahir Excel merupakan hasil kolaborasi dengan Saudara Wanzpyra di bawah satu Team yang dikenali sebagai Team Excel. Ebook ini mula dipasarkan pada awal November dan berjaya mendapat jualan sekurang-kurangnya 1-4 jualan pada minggu pelancarnnya. Untuk ebook ini, saya berjaya melakukan hubungan JV dengan beberapa orang otai IM yang seperti Saudara Abooain dan Wanmus.

Ebook percuma yang telah dipasarkan ialah Casestudy Norabots vol. 1 dan telah berjaya dimuat-turun lebih 70 orang pada hari ia dilancarkan, rasanya ia suatu yang sungguh memberangsangkan dalam membina mailing list.

2. Menyertai Affiliate / Rakan JV

Sepanjang tahun 2009, antara cabaran affiliate yang telah saya sertai  adalah seperti berikut:

- Ebook Panduan Internet Percuma, firdaus

- Ebook Rahsia Clickbank, Mawardee

- Ecover Jualan Action Script, Luvleey

- Ebook Emas Percuma, The Guru

- Ebook Tips Penjimatan, Razif Yusof

- dan beberapa ebook lain lagi..

Jumlah komisyen yang diperoleh masih level sederhana - RM500++ sahaja :-)

3. Mailing List

Sebelum ini, saya cuma melanggan Autoresponder percuma di JV-Marketers, jumlah list yang diperoleh adalah 300++, selepas itu beralih ke Easyautores untuk tempoh yang singkat, dan akhirnya beralih kepada Autoresponder berbayar Norabots, jumlah list mencapai lebih 1000++, suatu pencapaian yang amat membanggakan!! :-)

4. Jumlah ebook berbayar yang telah berjaya dimiliki

- Pakej Promosi Ramadhan, Team Flarebiz - 10/10 stars

- Ebook Rahsia 10K, Team Flarebiz - 9/10 stars

- Ebook Jana Wang Adsense, Saudara Munawar - 9/10 stars

- Ebook Pakej Web Jualan, Saudara Bearnerd - 9/10 stars

- Ebook Easyautores + Lesen RR, Saudara Bearnerd - 7/10 stars

- Panduan Skrip Affiliate, Saudara Amirol - 8/10 stars

- Skrip Affiliate Web Jualan, Saudara Bearnard - 8/10 stars

- Casestudy Panduan Cinta Wanita, Team Flarebiz - 8/10 stars

- Panduan Clickbank, Mawardee - 8/10 stars

- Panduan Membina Minisite, Team Flarebiz - 7/10 stars

- Pakej Video Youtube, Lisa Hilmi - 7/10 stars

- Panduan VCC, Saudara Naim - 7/10 stars

- Sistem DPP, Smartzul - 7/10 stars

- Rahsia Clickbank, Zamri Nanyan - 7/10 stars

- Panduan EZ Survey, Smartzul - 6/10 stars

- dan banyak lagi :-)

** ranking stars hanyalah penilaian peribadi saya sendiri sahaja setelah mempraktikkan isi kandungan ebook berkenaan

5. Jumlah ebook percuma

Tidak terkira banyaknya :-)

6. Matlamat 2010

-Melakukan kemaskini terhadap ebook Pakej Kit Photoshop, bakal dilancarkan semula pada bulan januari 2010, Insyaallah

-Mengadakan Cabaran Affiliate Ebook Pakej Kit Photoshop - akan diumumkan kelak

- Menyertai JV produk dengan beberapa otai IM

- Lebih terbuka menerima jemputan JV daripada mana-mana IM yang lain

- Menerokai Strategi Pemasaran Emel dan affiliate secara mendalam

- Ada beberapa lagi matlamat yang masih difikirkan

7. Hadiah Istimewa Kepada Pembaca

- Sebagai penghargaan kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa membaca setiap entri di dalam blog ini, anda berpeluang untuk memuat turun lebih 20 produk percuma yang berkualiti.

Klik di sini untuk memuat-turun semua produk berkenaan (Tawaran ini terhad sehingga 14hb Januari 2010)


Mengapa Sukar Untuk Berjimat?

Kita mungkin pernah didedahkan dengan pelbagai tips bagaimana ingin berjimat sebelum ini. Walaupun tips itu kelihatan mudah, namun pada akhirnya ada di antara kita masih gagal untuk melakukannya. Mengapakah ini terjadi?

Salah satu puncanya kerana kita Tidak mempunyai matlamat yang jelas. Sepatutnya, kita perlu meletakkan diri kita secara SEDAR dan JELAS mengapakah kita ingin berjimat. Kita hendaklah menentukan apakah tujuan utamanya yang spesifik. Kita tidak boleh hanya meletakkan matlamat yang terlampau umum seperti,

“Aku ingin berjimat supaya banyaklah sikit duit dalam simpanan aku kelak”.

Matlamat yang disebutkan di atas adalah terlampau umum. Ya. Kita ingin memperbanyakkan wang simpanan kita. Tapi apa yang perlu kita tahu ialah untuk apakah kegunaan simpanan kita itu kelak? Adakah sekadar untuk disimpan untuk selamanya? Adakah menyimpan untuk membeli sesuatu yang berharga? Adakah simpanan itu cukup dengan sekadar ‘ada’?

Selain itu, kita juga perlulah meletakkan sasaran yang lebih jelas tentang Berapakah jumlah penjimatan yang ingin dicapai. Letakkan satu angka yang boleh diukur dan bukannya sekadar mengatakan ‘sedikit’ atau ‘sebahagian’.

Setiap matlamat kita untuk berjimat, jumlah penjimatan yang ingin dicapai dan semua perancangan kita ke arah mencapainya juga hendaklah DITULIS di atas kertas yang boleh dipegang dan dilihat pada bila-bila masa. Apa yang perlu kita lakukan ialah, jangan malu dan jangan segan kerana ianya diyakini dan telah dikaji pasti mampu membantu dalam mencapai matlamat kita…

Untuk Tips Penjimatan yang lebih lengkap, dapatkan Ebook Tips Penjimatan yang ditulis oleh saudara Razif Yusof di sini:

http://rahmanbasri.com/tipspenjimatan



 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design