Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Pakej Kit Photoshop Di Lancarkan Semula – Lebih Mesra Pengguna!

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Agak lama juga tidak menulis di dalam blog ini. Kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan beberapa komitmen lain yang tidak kurang pentingnya. Bermula 18/1/2010 yang lepas, saya telah menjalani kursus praktikal sebagai seorang guru di SMK Viviekananda, Brieckfield Kuala Lumpur. Kehidupan sebagai seorang guru benar-benar menguji kesabaran dengan karenah pelajar yang pelbagai ragam :-)

Namun begitu, hampir 2 minggu berada di sini, rasanya semuanya berasa tidak begitu asing lagi. Walaubagaimanapun, aktiviti sebagai Internet Marketer juga tidak saya tinggalkan terus. bahkan semakin rancak plak :-)

Bayangkan sahaja, pada hari pertama mendaftar sebagai guru di SMK Viviekananda juga merupakan hari pelancaran semula produk digital saya iaitu Pakej Kit Photoshop. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Terima kasih kepada pelanggan sekalian.

Pakej Kit Photoshop

Untuk pengetahuan anda semua, Pakej Kit Photoshop sebenarnya merupakan produk digital saya yang pertama. Produk ini telah dilancarkan sebelum ini iaitu pada sekitar bulan Ogos 2009, namun demikian, saya telah pun melakukan beberapa kemaskini bagi produk ini dan melancarkan semula baru-baru ini.

Minisite webjualan dan domain juga telah saya tukar kepada yang baru dan lebih mesra SEO (search engine optimization). Dengan harga yang jauh lebih murah, Pakej Kit Photoshop kini menemui peminat grafik yang tercari-cari panduan untuk belajar photoshop dengan mudah dan pantas!

Ebook ini ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia bagi memudahkan kefahaman pembaca. Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari webjualan ini di sini: www.pakejphotoshop.com

Antara review yang telah ditulis oleh beberapa orang pembaca dan pembeli ebook ini adalah seperti berikut:

1) Abooain – Pakar Grafik Tempatan

2) Imabiz – Penggemar Grafik dan Internet Marketer

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian mereka untuk memberikan review ikhlas terhadap ebook ini.

Berita baik buat anda yang ingin menjana pendapatan melalui produk ini, anda dialu-alukan untuk menyertai cabaran Affiliate Photoshop yang telah saya lancarkan bari-baru ini. Hadiah lumayan menanti anda semua. Klik di sini untuk mendaftar sebagai agen affiliate kami.

Klik di sini untuk mendaftar sebagai agen promosi kami:
http://www.pakejphotoshop.com/rakanJV-daftar.html

null

Selamat Hari Raya + Video Demo Perisian Grafik!

Assalamualaikum waramatullah kepada pembaca yang budiman,

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke 4 kita beraya. Walaupun Raya tahun ni saya tak dapat beraya di kampung halaman nun jauh di sana, tetapi dapat beraya di perantaun juga memberi banyak pengalaman baru di samping dapat hidup dengan lebih berdikari lagi. Ahaks!

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung setia blog ini, rakan-rakan di Forum WangCyber, rakan-rakan seperjuangan di UPSI dan semua yang mengenali diri ini :-)

Sekiranya ada salah silap, Mohon dimaafkan.

Dan untuk pengetahuan anda semua, semalam saya baru sahaja menghasilkan satu lagi Video Demo Ringkas berkaitan Perisian Grafik yang bakal dilancarkan kelak. Apa yang istimewanya, saya juga menyediakan satu BONUS ISTIMEWA kepada anda yang berupa Perisian Grafik Editor. Untuk mendapatkan BONUS tersebut, klik disini

Dan di bawah ini juga saya sertakan sekali Video Demo tersebut. Selamat menonton!

Please enable Javascript and Flash to view this Viddler video.

(Play video di atas untuk melihat sendiri kehangatan Perisian Grafik ini)

Report Percuma Perisian Grafik

Assalamualaikum dan salam hormat semua,

Ramadhan melabuhkan tirai, Syawal pula bertandang.

Nampak, dalam tak sedar, Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya… :-(

Mungkin ada antara kita semakin terasa bahang Aidilfitri, iaitu hari di mana semua bergembira menyambut Raya bersama keluarga tercinta..

Dan tidak kurang juga yang akan berasa sedih kerana Bulan Ramadhan kali ini juga bakal tinggal sebagai kenangan indah..

Saya mendoakan semoga Ramadhan kali ini akan memberikan kita semua kekuatan untuk semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT..

Baiklah di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada anda semua.

Produk Terbaru

Sempena kedatangan Bulan Syawal ini, pastinya IM di luar sana tengah memikirkan produk-produk yang sesuai untuk dilancarkan. Jika sebelum ini, Team Flarebiz yang mendapat sambutan hangat dengan Produk Pakej Promosi Ramadahan, pastinya ramai lagi IM yang masih menyusun strategi untuk melancarkan produk-produk mereka. Mungkin lepas ini akan muncul Produk Pakej Promosi Syawal pula.. :-)

Alhamdulillah, walaupun dalam kesibukan komitmen dengan tugasan sebagai seorang pelajar di IPT, saya juga tidak melepaskan peluang untuk turut menyumbang tenaga dan idea dalam dunia Internet Marketing ini.. Dan yang terbaru, saya baru sahaja menyiapkan Report Percuma Perisian Grafik iaitu ebook ringkas berkaitan Perisian Grafik yang bakal saya lancarkan selepas raya ini, InsyaAllah.. Sila klik di sini untuk mendapatkan Report Percuma tersebut.

Sedikit info berkaitan Perisian Grafik yang bakal dilancarkan ini. Perisian ini telah terhasil dengan gabungan idea daripada Pakar Grafik yang ingin memudahkan para pengguna grafik yang mempunyai masalah menghasilkan grafik dengan mudah dan pantas. Dengan adanya perisian seumpama ini sebenarnya akan lebih memudahkan lagi pengguna dalam menghasilkan grafik yang diingini. Cuma,
Read more…


 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design