Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Pakej Kit Premium Photoshop kini PERCUMA!!

Assalamualaikum dan salam hormat pembaca sekalian,

Untuk pengetahuan anda, pihak Team Flarebiz ( Adly dan Zhafran) kini melancarkan satu lagi produk yang sangat-sangat istimewa sempena Ramadhan Al-Mubarak kali ini. Mungkin bagi anda yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia Internet Marketing, pada bulan mulia ini, semakin rancak IM menghasilkan produk masing-masing. Dan tidak kurang juga IM yang bermurah hati memberikan tawaran demi tawaran yang  istimewa kepada pelangan-pelangan mereka.

Baiklah, untuk entri kali ini saya lebih teruja untuk berkongsi dengan anda semua berkaitan produk yang dihasilkan oleh Team Flarebiz ini, kerana sememangnya saya adalah penggemar / peminat fanatik produk keluaran Team Flarebiz ini :-)

Team Flarebiz yang popular dengan beberapa siri produk bestseller mereka, antaranya ialah Rahsia 10K, 101 Tips Adsense, Panduan Minisite, Pakej Blogger dan Panduan Cinta. Antara produk tersebut, yang paling mengujakan saya ialah Ebook Rahsia 10K, di mana saudara Adly aka Labanon mengupas dengan begitu teliti teknik menghasilkan produk digital. Beliau juga menerangkan bagaimana menghasilkan pendapatan sebanyak 10K dalam masa yang sangat singkat.

Mungkin sekiranya anda belum membeli Ebook Rahsia 10K tersebut, akan menganggap ia sebagai suatu teori semata-mata, sama seperti saya dahulu sebelum membeli ebook tersebut tetapi setelah membaca dengan teliti apa yang diterangkan di dalam ebook tersebut, sebenarnya ia bukanlah suatu yang mustahil. Sekiranya anda dapat menguasai Teknik Rahsia yang diterangkan oleh Saudara Adly, insyaallah anda juga mampu menjana pendapatan lumayan hanya melalui internet sahaja.
Read more…

Tawaran Hebat Sempena Ramadhan. Jangan lepaskan peluang anda!

Assalamualaikum dan salam hormat pembaca sekalian,

Macam mana dengan keadaan hari ini, saya mendoakan semoga semakin bertambah amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sebenarnya ada sesuatu yang istimewa yang saya nak kongsikan di dalam blog ini. Saya harap anda baca post ini sampai ke akhir, kerana pasti anda akan teruja dengan tawaran istimewa ini. Baiklah, mungkin anda telah membaca post saya semalam, berkenaan pengumuman pendaftaran untuk menjadi affiliate bagi produk terbaru saya iaitu Pakej Kit Photoshop.  Alhamdulillah, nampaknya sambutan agak menggalakan. Namun ada sesuatu yang membuatkan saya amat teruja sekali!!

Untuk pengetahuan anda semua, semalam (lebih kurang pukul 10.30malam, lepas jer balik dari solat Terawih)  salah seorang ahli affiliate dan pembeli Pakej Kit Photoshop saya, iaitu saudara Hasbul, menghubungi saya melalui HP. Mula-mula tu, saya terfikir juga, siapa Saudara Hasbul ni..?? Sebenarnya saudara Hasbul adalah salah seorang forumnist yang aktif di WangCyber, dengan menggunakan nickname KalamHarta.

Bagi menjimatkan kredit HP, dia minta saya untuk add dia sebagai kenalan dalam Yahoo Massenger (YM). Agak lama juga lah kami berYM. Hampir pukul 1.00am baru habis kami bersembang. Waahh!! Lamanya… Kenapa lama sangat? Mesti anda tertanya-tanya kan.. takkan lah sesajer jer dia nak berYM dengan saya begitu lama kalau takde perkara penting yang dia nak kongsikan.

Selepas berYM dengan saudara Hasbul, saya menjadi terkedu seketika.

Mula timbul dalam pertanyaan dalam minda ini:

“Masih ada lagi orang yang baik macam mamat ni?”


Mana tidaknya, beliau mengofferkan rebat RM25 kepada mana-mana pembeli dengan beliau.
Read more…

Pendaftaran Affiliate kini dibuka!

Assalamualaikum kepada pembaca yang budiman semua,

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-3 ummat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Harapannya semoga Ramadhan kali ini memberi berkat dalam kehidupan kita semua.

Untuk pengetahuan anda semua, pendaftaran affiliate Pakej Kit Photoshop kini dibuka kepada semua. Jika sebelum ini pihak kami hanya membuka affiliate ini kepada beberapa orang sahaja. Tetapi sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini, pihak kami telah membuka pendaftaran affiliate kepada umum.

Setiap jualan yang berjaya dilakukan, komisyen sebanyak 50% akan diberikan kepada anda. Ia bergantung kepada harga jualan Pakej Kit Photoshop ini. Buat masa ini, harga yang ditetapkan adalah RM50, jadi ini bermaksud, komisyen yang bakal anda peroleh adalah sebanyak RM25. Lumayan tak?

BONUS JUALAN BULANAN

Kami menyediakan Skim Bonus Jualan Bulanan bagi menggalakkan anda sebagai affiliate mempromosikan Pakej Kit Photoshop ini dengan lebih agresif.

Jualan Minima sebulan ialah sebanyak 10 jualan untuk melayakkan anda menerima Bonus Jualan Bulanan. (Bermula 14 hb Ogos 2009 sehingga 15 hb September 2009)

Carta Bonus :

  1. 10 jualan -19 jualan = Bonus tunai RM100 + komisyen
  2. 20 jualan -49 jualan = Bonus tunai RM200 + komisyen
  3. 50 jualan -99 jualan = Bonus tunai RM500 + komisyen
  4. 100 jualan -199 jualan = Bonus tunai RM700 + komisyen
  5. 200 jualan ke atas = Bonus tunai RM1000 + komisyen

Kelayakan menerima Bonus adalah berdasarkan jumlah jualan SEBENAR yang akan dikira pada setiap hujung bulan.
Read more…

Penjelasan Isu Hangat – Mawi

Assalamualaikum, terima kasih kepada anda yang sudi membaca post kat blog ini.

Sebelum anda meneruskan pembacaan, saya ingin mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan berkenaan dengan blog ini. Ini adalah untuk penambahbaikan dari segi kandungan dan persembahan blog ini. Pada masa ini, fokus utama blog ini adalah kepada isu berkaitan dunia Grafik (Photoshop) dan juga berkaitan dunia Usahawan Internet.

Sekiranya anda ada sebarang cadangan/pandangan/komen.. Anda boleh menghantarkannya ke ruangan support yang disediakan khas untuk anda semua, ruangan support ini baru dibuka secara umum untuk memberi peluang kepada pembaca sekalian memberi pandangan ataupun pertanyaan berkaitan dunia grafik dan usahawan internet ini.. Klik di sini

Baiklah, kita sambung semula perbincangan berkaitan dengan Isu Hangat Gambar Bogel Mawi tersebar di internet yang saya post sebelum ini.

Mungkin bagi yang sudah biasa dengan dunia grafik, mereka tidak akan mudah mempercayai gambar yang disebarkan di internet ini. Kerana teknik ubahsuai gambar foto ataupun lebih dikenali sebagai Superimpose seringkali digunakan dalam dunia grafik untuk menghasilkan kesan grafik yang lebih realistik dan menarik. Tetapi, apabila teknik superimpose ini disalahgunakan, maka terhasilnya gambar seumpama ini. Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang telah di’superimpose’ oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan kontreversi panas dalam dunia hiburan dan seumpamanya..
Read more…


 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design