Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Mengapa Sukar Untuk Berjimat?

Kita mungkin pernah didedahkan dengan pelbagai tips bagaimana ingin berjimat sebelum ini. Walaupun tips itu kelihatan mudah, namun pada akhirnya ada di antara kita masih gagal untuk melakukannya. Mengapakah ini terjadi?

Salah satu puncanya kerana kita Tidak mempunyai matlamat yang jelas. Sepatutnya, kita perlu meletakkan diri kita secara SEDAR dan JELAS mengapakah kita ingin berjimat. Kita hendaklah menentukan apakah tujuan utamanya yang spesifik. Kita tidak boleh hanya meletakkan matlamat yang terlampau umum seperti,

“Aku ingin berjimat supaya banyaklah sikit duit dalam simpanan aku kelak”.

Matlamat yang disebutkan di atas adalah terlampau umum. Ya. Kita ingin memperbanyakkan wang simpanan kita. Tapi apa yang perlu kita tahu ialah untuk apakah kegunaan simpanan kita itu kelak? Adakah sekadar untuk disimpan untuk selamanya? Adakah menyimpan untuk membeli sesuatu yang berharga? Adakah simpanan itu cukup dengan sekadar ‘ada’?

Selain itu, kita juga perlulah meletakkan sasaran yang lebih jelas tentang Berapakah jumlah penjimatan yang ingin dicapai. Letakkan satu angka yang boleh diukur dan bukannya sekadar mengatakan ‘sedikit’ atau ‘sebahagian’.

Setiap matlamat kita untuk berjimat, jumlah penjimatan yang ingin dicapai dan semua perancangan kita ke arah mencapainya juga hendaklah DITULIS di atas kertas yang boleh dipegang dan dilihat pada bila-bila masa. Apa yang perlu kita lakukan ialah, jangan malu dan jangan segan kerana ianya diyakini dan telah dikaji pasti mampu membantu dalam mencapai matlamat kita…

Untuk Tips Penjimatan yang lebih lengkap, dapatkan Ebook Tips Penjimatan yang ditulis oleh saudara Razif Yusof di sini:

http://rahmanbasri.com/tipspenjimatan


No related posts.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Tutorial Melanggan RSS Percuma Selamat Tahun Baru 2010 + Hadiah Istimewa Kepada Pembaca!

2 Responses to “Mengapa Sukar Untuk Berjimat?”

  1. Topup Murah says:

    kita jgk haruslah membuat catatan tentang ape yg kita belanjakan,contohnya kita catat perbelanjaan kita dalam buku catatan kira2 harian tentang ape yang kita belanjakan hari ini.Oleh itu,kita akan mengetahui ape yang kita terlebih dan terkurang dalam perbelanjaan kita sehari-hari
    Topup Murah´s last blog ..Bisness Topup My ComLuv Profile

  2. rahmanbasri says:

    To Topup Murah: Terima kasih atas idea yg dikongsikan.. Idea yang menarik!

Leave a Reply





 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design