Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Selamat Tahun Baru 2010 + Hadiah Istimewa Kepada Pembaca!

year-2010Assalamualaikum sahabat-sahabat pembaca sekalian,

Selamat menyambut Tahun Baru 2010, semoga kedatangan Tahun baru ini membuka lembaran baru dalam kehidupan kita. Sudah pasti tahun 2009 yang berlalu memberi banyak pengalaman baru dalam hidup kita seharian, dan tidak kurangnya pengalaman berupa pencapaian kita selama ini.

Berbicara mengenai pencapaian dan matlamat, adakah kita sudah mencapai apa yang diimpikan Tahun 2009?

1. Pelancaran Produk Sendiri

Alhamdulillah, walaupun baru berjinak-jinak dengan dunia Internet Marketing secara serius pada bulan Ogos 2009, sehingga penghujung Tahun 2009 ini, saya telah berjaya melancarkan 2 ebook berbayar iaitu Pakej Kit Photoshop dan Rahsia Mahir Excel.  Ebook Pakej Kit Photoshop yang mula dilancarkan pada awal bulan Ogos lepas berjaya menghasilkan jualan lebih daripada RM 1K (satu pencapaian yang saya kira memuaskan bagi seorang Beginner (newbie) seperti saya. Manakala ebook berbayar kedua iaitu Rahsia Mahir Excel merupakan hasil kolaborasi dengan Saudara Wanzpyra di bawah satu Team yang dikenali sebagai Team Excel. Ebook ini mula dipasarkan pada awal November dan berjaya mendapat jualan sekurang-kurangnya 1-4 jualan pada minggu pelancarnnya. Untuk ebook ini, saya berjaya melakukan hubungan JV dengan beberapa orang otai IM yang seperti Saudara Abooain dan Wanmus.

Ebook percuma yang telah dipasarkan ialah Casestudy Norabots vol. 1 dan telah berjaya dimuat-turun lebih 70 orang pada hari ia dilancarkan, rasanya ia suatu yang sungguh memberangsangkan dalam membina mailing list.

2. Menyertai Affiliate / Rakan JV

Sepanjang tahun 2009, antara cabaran affiliate yang telah saya sertai  adalah seperti berikut:

- Ebook Panduan Internet Percuma, firdaus

- Ebook Rahsia Clickbank, Mawardee

- Ecover Jualan Action Script, Luvleey

- Ebook Emas Percuma, The Guru

- Ebook Tips Penjimatan, Razif Yusof

- dan beberapa ebook lain lagi..

Jumlah komisyen yang diperoleh masih level sederhana - RM500++ sahaja :-)

3. Mailing List

Sebelum ini, saya cuma melanggan Autoresponder percuma di JV-Marketers, jumlah list yang diperoleh adalah 300++, selepas itu beralih ke Easyautores untuk tempoh yang singkat, dan akhirnya beralih kepada Autoresponder berbayar Norabots, jumlah list mencapai lebih 1000++, suatu pencapaian yang amat membanggakan!! :-)

4. Jumlah ebook berbayar yang telah berjaya dimiliki

- Pakej Promosi Ramadhan, Team Flarebiz - 10/10 stars

- Ebook Rahsia 10K, Team Flarebiz - 9/10 stars

- Ebook Jana Wang Adsense, Saudara Munawar - 9/10 stars

- Ebook Pakej Web Jualan, Saudara Bearnerd - 9/10 stars

- Ebook Easyautores + Lesen RR, Saudara Bearnerd - 7/10 stars

- Panduan Skrip Affiliate, Saudara Amirol - 8/10 stars

- Skrip Affiliate Web Jualan, Saudara Bearnard - 8/10 stars

- Casestudy Panduan Cinta Wanita, Team Flarebiz - 8/10 stars

- Panduan Clickbank, Mawardee - 8/10 stars

- Panduan Membina Minisite, Team Flarebiz - 7/10 stars

- Pakej Video Youtube, Lisa Hilmi - 7/10 stars

- Panduan VCC, Saudara Naim - 7/10 stars

- Sistem DPP, Smartzul - 7/10 stars

- Rahsia Clickbank, Zamri Nanyan - 7/10 stars

- Panduan EZ Survey, Smartzul - 6/10 stars

- dan banyak lagi :-)

** ranking stars hanyalah penilaian peribadi saya sendiri sahaja setelah mempraktikkan isi kandungan ebook berkenaan

5. Jumlah ebook percuma

Tidak terkira banyaknya :-)

6. Matlamat 2010

-Melakukan kemaskini terhadap ebook Pakej Kit Photoshop, bakal dilancarkan semula pada bulan januari 2010, Insyaallah

-Mengadakan Cabaran Affiliate Ebook Pakej Kit Photoshop - akan diumumkan kelak

- Menyertai JV produk dengan beberapa otai IM

- Lebih terbuka menerima jemputan JV daripada mana-mana IM yang lain

- Menerokai Strategi Pemasaran Emel dan affiliate secara mendalam

- Ada beberapa lagi matlamat yang masih difikirkan

7. Hadiah Istimewa Kepada Pembaca

- Sebagai penghargaan kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa membaca setiap entri di dalam blog ini, anda berpeluang untuk memuat turun lebih 20 produk percuma yang berkualiti.

Klik di sini untuk memuat-turun semua produk berkenaan (Tawaran ini terhad sehingga 14hb Januari 2010)


No related posts.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Mengapa Sukar Untuk Berjimat? Pakej Kit Photoshop Di Lancarkan Semula - Lebih Mesra Pengguna!

10 Responses to “Selamat Tahun Baru 2010 + Hadiah Istimewa Kepada Pembaca!”

  1. Zairi Zaidi says:

    Banyak juagk ebook yang bro baca ye

  2. rahmanbasri says:

    Aah.. Semuanya dibaca untuk menambah ilmu di dada :-) Overally, semua ebook ni sangat-sangat bermanfaat…

  3. zuljamil says:

    Tahniah, syabas dan teruskan usaha. Ana akan menyokong dari belakang :) zuljamil´s last blog ..PRE-ORDER:DenimMania@Mabrook E-Store My ComLuv Profile

  4. rahmanbasri says:

    Terima kasih bro atas sokongan bro selama ini.. saya sangat menghargainya :-)

  5. Penang says:

    Hebat bro kita nie, start baru bulan Ogos 2009 dah mencapai kejayaan. Boleh jadi mentor saya nie
    Penang´s last blog ..Langkah menuju perubahan… My ComLuv Profile

  6. rahmanbasri says:

    To Penang, Saya pun masih dalam proses belajar lagi.. Untuk jadi mentor tu, rasanya masih tak layak lagi..

    Tetapi jika ada sebarang pertanyaan, boleh sahaja emelkan ke support@rahmanbasri.com, insyaallah jika boleh sy bantu, saya akan bantu :-)

  7. bina badan says:

    selamat tahun baru…moga ceria selalu..dan dikurniakan badan yang sihat dan cergas…

  8. hasbulaqill says:

    fuh…x leh lawan saya kalau bab beli ebook
    hoho
    hasbulaqill´s last blog ..Perkasakan Ekonomi Melayu untuk Perniagaan 2010 My ComLuv Profile

  9. banyak koleksi ebook ni,
    ecardblog.net´s last blog ..Sorry Or Maaf My ComLuv Profile

  10. rahmanbasri says:

    Ada lagi beberapa ebook yang tidak disenaraikan.. :-)

Leave a Reply





 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design