Khidmat Review
(Update: Khidmat Review Ditutup Untuk Sementara Waktu)
Assalamualaikumwarahmatullah kepada anda semua,
Khidmat Review Produk dibuka secara PERCUMA (buat masa ini). Tiada sebarang kos perkhidmatan dikenakan, sama ada secara nyata ataupun tersembunyi. Pihak kami akan melakukanya secara telus dan jujur. Sekiranya produk yang dihasilkan benar-benar berkualiti dan berguna, maka pihak kami akan katakan ia sebagai produk yang bagus, tetapi sekiranya ia adalah sebaliknya, maka pihak kami juga akan mengatakan sebaliknya. Tiada kompromi dalam hal ini.
Untuk khidmat review ini, pihak kami akan melakukanya secara tertutup, dan segala perbincangan antara pengeluar produk akan dirahsiakan untuk memberi peluang kepada pengeluar produk tersebut untuk membuat penambahbaikan, sekiranya perlu.
Pihak kami hanya akan menerima tempahan untuk review berdasarkan syarat-sayarat di bawah:
- Produk tersebut Bukan Skim Cepat Kaya, ataupun produk yang mengandungi kecenderungan untuk menipu pengguna.
- Web Jualan produk yang dilengkapi dengan sistem affiliate
Sekiranya anda berminat, anda boleh menghantar pesanan ke bahagian support dengan “Subjek : Review Produk”.
Insyaallah, pesanan yang dihantar akan dibalas selewat-lewatnya dalam masa 48 jam selepas pesanan diterima (sama ada pihak kami menerima tempahan review ataupun tidak)
Insyaallah, segala data pelanggan akan dirahsiakan. Pihak kami sangat mementingkan privasi data pelanggan.
Segala maklumat yang berkaitan, sila hubungi ruangan support kami di sini
Terima Kasih.
Ikhlas,
Abd Rahman Basri














Recent Comments