Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

(Panas!) Bagaimana Elakkan Toyol Curi Duit Anda?

“ Kemana perginya duit aku ni… tiap-tiap bulan asyik ‘short’ je…  ada toyol ke apa yang dah ambik duit aku….”

Pernahkah anda memikirkan perkara ini? Pernah mengalami situasi di mana anda rasa duit anda banyak lagi tetapi bila periksa akaun anda tinggal sikit sahaja?

Saya rasa secara majoritinya semua orang pernah mengalaminya. Cuma berapa besar kesannya terhadap perbelanjaan anda adalah berbeza bukan. Kalau setakat tiba-tiba anda rasa duit anda kurang RM 5 saya pasti anda tidak akan menghiraukannya tetapi apabila anda lihat duit anda kurang RM500… hmmm…. Gerenti berpeluh kan?

Saya tidak pasti samada betul ke tidak toyol telah mencuri wang anda secara senyap namun yang pasti di dalam diri kita terdapat toyol yang suka berbelanja secara senyap tanpa disedari oleh tuannya sendiri.

Kuncinya  adalah pantauan. Anda harus pantau apa yang anda belanjakan, apa yang anda beli tidak kira dalam jumlah yang banyak mahupun sedikit. Anda harus tahu berapa jumlah keluar dan masuk wang anda.

Jadi sudah pasti anda akan hairan kenapa duit anda berkurangan ini kerana pengeluaran wang anda terutama yang berpunca dari belian kecil sering tidak diberi perhatian oleh anda. Kemungkinan ini adalah antara belian-belian kecil secara harian :

  1. Rokok
  2. Lighter (untuk menyalakan rokok – tanyalah kepada perokok berapa lighter yang beliau ada – ini kerana rata-rata setiap minggu perokok akan membeli lighter )
  3. Jajan, gula-gula, ais krim
  4. Top up handphone
  5. Minyak kereta
  6. Minuman botol, tin, kotak
  7. Barang-barang basah (ikan, sayur daging dll)

Selalunya apabila belian-belian kecil ini tidak diambil perhatian beliannya juga tidak dikawal. “ Apalah sangat RM2.00, tak mendatangkan kesan pun…” . Namun jika 10 kali RM2.00 maka dah jadi RM20.00.

Oleh itu pantauan ke atas belanja kecil harus dilakukan. Persoalannya bagaimana untuk melakukannya?

Jika anda ingin mengetahuinya saya sarankan anda untuk memiliki sebuah ebook yang akan menerangkan bagaimana untuk melakukannya. Bukan setakat itu malah terdapat 25 tip penjimatan yang mampu memberi lebihan wang buat anda setiap bulan.

Dengan itu sila kilk link di bawah :

http://rahmanbasri.com/tipspenjimatan.html

Miliki Ebook Tips Penjimatan Kewangan sekarang!

Mengenai Penulis
Razif Yusof telah menyertai perniagaan internet bagi menyampaikan beberapa panduan pengurusan kewangan kepada masyarakat diluar sana.  Antara perkongsian terbaru dari beliau adalah tipspenjimatan.com.  Lawati laman web beliau diatas bagi mengenali beliau dengan lebih dekat.

No related posts.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Gandakan Jualan Produk Dengan Autoresponder Berbayar! Tutorial Melanggan RSS Percuma

4 Responses to “(Panas!) Bagaimana Elakkan Toyol Curi Duit Anda?”

  1. Zairi Zaidi says:

    Hehe… Ingatke pasal mencuri kat internet tadi.

  2. rahmanbasri says:

    Oh iye ke? :-) Ni artikel yg bro Razif sediakan :-)

  3. AmirulMukmin says:

    Ingatkan pasal e-toyol tadi…hihi
    AmirulMukmin´s last blog ..Bukankah Lebih Baik Menghadiri Seminar / Bengkel? My ComLuv Profile

  4. rahmanbasri says:

    :-) Takdela.. Semuanya pasal Tips Penjimatan..

    Tak berminat ke nak beli? :-)

Leave a Reply





 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design