Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Pre-Launch Ebook Rahsia Mahir Excel


 Powered by Max Banner Ads 

Salam ceria. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini agar anda tidak terlepas dengan artikel terbaru blog ini. Klik di sini. Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang sungguh bahagia bagi seorang pelajar IPT macam saya ini apabila semua paper exam telah selesai, baru terasa lapang dada ni skit. :-) Insyaallah selepas ni nak berikan tumpuan bagi pre-launch Ebook Rahsia Mahir Excel.

Ebook Rahsia Mahir Excel

Ebook Rahsia Mahir Excel

Untuk pengetahuan semua, Pre-Launch Ebook Rahsia Mahir Excel yang pada asalnya ingin dilakukan pada 13hb Nov 2009 (Jumaat) terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat saya elakkan. Antaranya ialah:

  1. Komitmen terhadap Final Exam
  2. Hosting asal www.MahirExcel.com berpindah server menyebabkan beberapa link mengalami masalah, antaranya ialah masalah pada borang pengesahan pembayaran, iaitu tidak dapat mengesan sebarang pembelian apabila pengguna menekan butang ‘HANTAR’ pada borang pembayaran online tersebut
  3. Siri emel promosi yang masih tidak lengkap sepenuhnya
  4. Ebook yang masih dalam proses kemaskini (semasa entri ini ditulis, ebook ini telah siap dikemaskini)

Itulah antara perkara yang menyebabkan Pre-Launch Ebook Rahsia Mahir Excel ini terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu. Bagi subcribers, saya telah memaklumkan kepada mereka dengan memberikan mereka peluang untuk access ke laman jualan sementara Ebook Rahsia Mahir Excel tersebut. Saya juga ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada subcriber yang telah memberikan respons dan komen berkenaan dengan draft web jualan tersebut.

Antara emel yang saya terima yang memberikan komen terhadap draft web jualan tersebut:

“Terima kasih kerana emelkan kan saya tentang maklumat terbaru yang saudara sedang usahakan. Saya sedang menunggu Ebook Mahir Excell saudara kerana saya amat memerlukan. Kerja saya perlukan kemahiran excell. Selain itu saya juga kagum dengan rekabentuk web yang saudara persembahkan.”

Saya bagi pihak Team Excel ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada subcriber yang sentiasa memberikan sokongan atas apa yang telah kami lakukan.

Sebagai makluman tambahan, sebelum Ebook ini dilancarkan, beberapa orang telah membuat tempahan dan juga pembayaran bagi membeli Ebook Rahsia Mahir Excel ini. Disebabkan ada customer yang memerlukan ebook ini dengan segera, selepas perbincangan dibuat antara Team Excel, kami telah memberikan ebook ini terlebih dahulu walaupun ebook ini masih belum dilancarkan lagi. Namun yang demikian, beberapa kemaskini telah kami lakukan bagi Ebook Rahsia Mahir Excel agar ia lebih mesra pengguna dengan membuat beberapa anchor link di dalam ebook tersebut. Bagi mereka yang telah membeli dan telah menerima ebook ini sebelum ia dilancarkan, anda akan memperoleh versi terkini yang telah dikemaskini baru-baru ini. Insyaallah pihak Team Excel akan memaklumkan melalui emel secara personal kepada semua yang telah menempah dan yang telah membeli ebook ini. Saya akan memberikan link download bagi ebook tersebut pada hari pelancarannya kelak. Insyaallah :-)

Berikut adalah antara feedback yang kami telah terima daripada mereka yang awal membuat tempahan dan pembelian ini. Ialah salah seorang peniaga online yang merupakan salah seorang Pengguna NiagaKit Team FlareBiz, iaitu saudara Wira. Berikut adalah emel yang kami peroleh daripada beliau beberapa hari lepas.

“Terima kasih Team Excel ebook yang ringkas dan mudah difahami. Sebagai seorang penjual produk fizikal di internet yang zero dengan Excel dapat mengaplikasikannya dalam sehari.”- - Wira, http://kedai-manik.com

Manakala emel ini saya peroleh daripada seorang pelajar IPT dan juga merupakan seorang IM yang agak famous :-) di kalangan Warga WangCyber, iaitu Saudara Khairilz.

“Ape pun terima kasih bro untuk ebook tu sebab ia amat berguna untuk pelajaran saya di universiti. Saya baru je dapat assignment mathematics untuk bina graf linear guna excel dan ebook bro amat membantu. Selain itu saya juga ada subjek IT saya iaitu cara guna microsoft excel”

-Khairilz, http://khairilz.net/

Manakala komen terkini yang kami terima daripada salah seorang otai IM, iaitu Saudara Abooain juga amat mengujakan kami. Ia menambahkan lagi semangat kami untuk melancarkan produk ini.

“Pertamanya, syukur Alhamdulillah kerana panduan yang selama ini saya cari telah pun berada di depan mata saya, telah lama saya mengidamkan satu panduan ringkas tetapi padat mengenai Excel, mungkin terdapat banyak buku di luar sana mengenai Excel tetapi harganya juga boleh tahan! Namun dengan ebook Rahsia Mahir Excel saya dapat mempelajari beberapa formula yang sememangnya saya cari selama ini dan ia juga dijual dengan harga yang berpatutan.

Terima kasih kepada team Excel kerana membantu saya dengan ebook anda ini”

Abooain, www.plrseries.com

Terima kasih saya ucapkan atas komen dan pandangan yang diberikan terhadap Ebook Rahsia Mahir Excel ini. Insyaallah, jika tiada sebarang aral, Pre-Launch ebook ini bakal dibuat pada 16 hb Nov 2009 (Isnin) ini. Anda dijemput untuk subcribe lebih awal di www.mahirexcel.com bagi membolehkan kami menghantarkan emel-emel makluman terkini berkenaan dengan Pre-Launch Ebook ini.

P/S: Harga bagi tempoh Pre-Launch ialah RM25 dan bakal dinaikkan kepada RM30 selepas tempoh Pre-Launch ini tamat.

P/P/S: Tidak dinafikan bahawa Ebook Rahsia Mahir Excel merupakan antara ebook yang terulung yang dihasilkan di dalam Bahasa Malaysia. JANGAN LEPASKAN peluang untuk mendapatkan Ebook Rahsia Mahir Excel ini.

Ikhlas,

Rahman Basri

Team Excel, www.mahirexcel.com




Bacaan Tambahan:

  1. Case Study Norabots + Pelancaran Ebook Rahsia Mahir Excel

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Review Autoresponder Norabots Case Study Norabots + Pelancaran Ebook Rahsia Mahir Excel

6 Responses to “Pre-Launch Ebook Rahsia Mahir Excel”

  1. mohdzul says:

    Tahniah atas pre lunch untuk ebook..sy mempunyai cadangan dan pendapat supaya tumpuan lebih dibuat pd teknik2 dan tips pengunaan,kerana sebahagian besar pengguna adalah dr golongan intermediate, sy juga adalah pengguna excel sejak mula version 98 sehingga microsoft 2007..dan kini terdapat pula microsoft 2009..tidaklah dikatakan sebgai pakar,tetapi sy juga bercadang akan menerbitkan ebook excel mengenai excel dlm perniagaan dan kerja seharian, tetapi buat masa ini sy lebih memberi tumpuan kepada ceramah dan taklimat pengunaan excel..sy harap pihak encik faham kehendak seperti golongan sy sekiranya ingin memberi tumpuan kepada kandungan dan isi penerangan (updated)..sekian terima kasih..semoga lebih maju jaya dalam kerjaya..

  2. Abooain says:

    Semoga urusan berjalan lancar dan semoga ebook ini mampu membantu ramai orang yang memerlukannya…
    Abooain´s last blog ..Keistimewaan 10 Hari Pertama Zulhijjah My ComLuv Profile

  3. rahmanbasri says:

    To MohdZul:

    Terima kasih atas cadangan yang bernas tersebut. Untuk pengetahuan semua, Ebook Rahsia Mahir Excel sememangnya memberi pendedahan kepada cara penggunaan Microsoft Excel dengan bantuan Screen Shoot yang akan lebih memudahkan pemahaman berbanding penggunaan penulisan semata-mata utk menerangkan sesuatu step itu..

    Dan, Ebook ini juga sesuai bukan sahaja kepada beginner sahaja, namun peringkat intermediate juga rasanya sesuai dengan content yg diterangkan di dalam ebook ini…

    Namun, tidak dinafikan juga, content ini juga ada yg menjurus kepada perkara basic dlm Excel, krn kami melihat perkara basic ini sangat perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum menerokai excel dgn lebih mendalam..

    Pengenalan kepada Visual Basic Application juga ada disentuh di dalam ebook ini yg saya fikir amat penting utk difahami dgn mendalam…

    Update ebook ini akan dibuat mengikut keperluan semasa. Insyaallah :-)

  4. rahmanbasri says:

    To Abooain:

    Terima kasih saudara kerana memberi sokongan terhadap ebook ini. :-)

    Insyaallah, memang menjadi harapan agar ebook ini mampu menyumbang sesuatu yg berharga kepada pengguna Excel

  5. eastmail says:

    Thaniah di atas pelancaran “Pre-Launch Ebook Rahsia Mahir Excel”. Walaupun saya belum berkesempatan untuk meneliti hasil saudara berdua, tapi sebagai seorang yang giat menggunak ms excel sebagai medium penyedian kertas kerja & sistem invois, saya percaya panduan ini akan dapat membantu ramai usahawan seperti saya di luar sana.. Sekali lagi tahniah dari saya
    eastmail´s last blog .. My ComLuv Profile

  6. rahmanbasri says:

    Terima kasih atas sokongan saudara terhadap Pre-Launch ini.

Leave a Reply




Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design