Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Gandakan Jualan Produk Dengan Autoresponder Berbayar!

email_marketing

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :-) kepada semua..

Alhamdulillah, setelah lama tidak menulis untuk blog ini, hari ini tergerak pula untuk berkongsi dengan anda semua. Jika anda perasan kebanyakan entry terbaru di dalam blog ini lebih banyak membincangkan berkenaan dengan sistem autoresponder, cuma saya sekadar berkongsi secara umum sahaja.

Namun, setelah membuat sedikit tinjauan di beberapa forum seperti Wangcyber.com dan kelabMalaysia.com, saya mendapati masih ramai lagi yang masih tidak mengenal apa itu autoresponder, mailing list, squeeze page, borang opt-in dan seumpamanya.

Justeru, terdetik untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkenaan sistem autoresponder ini. Insyaallah, untuk entry kali ini saya akan cuba berkongsi sedikit sebanyak berkenaan dengan sistem autoresponder ini dengan pembaca yang dikasihi  sekalian. Saya harap, ia adalah sebagai perkongsian yang dapat memberi manfaat kepada kita semua.

AUTORESPONDER merupakan salah satu alat pemasaran emel yang menjadi keperluan yang wajib kepada usahawan internet yang benar-benar serius ingin menjana pendapatan di internet. Secara umumnya autoresponder ini digunakan untuk mengumpul senarai emel dengan cara yang sah. Dengan kata mudahnya ialah anda menerima senarai emel atas kerelaan tuan punya emel tersebut. Dengan adanya senarai emel ini, anda boleh menghantar emel kepada mereka tanpa dianggap sebagai SPAMMER.

PERHATIAN: Elakkan membeli senarai emel daripada mana-mana penjual senarai emel yang ada kerana wujudnya trend sekarang ini, ramai yang menjual senarai emel untuk niche-niche tertentu.

Antara tujuan lain autoresponder ini digunakan adalah seperti berikut:

  1. Membina senarai prospek yang berminat terhadap sesuatu produk.
  2. Di samping itu juga, kita boleh memberikan artikel-artikel percuma, tawaran produk, maklumat terkini dan sebagainya kepada senarai emel yang telah diperoleh.
  3. Ia juga bertujuan untuk berkomunikasi dengan mereka.
  4. Mengendalikan mesej-mesej secara tersusun, bersistem dan beretika
  5. Kaedah promosi akan lebih berkesan dengan penggunaan autoresponder

Terdapat 3 jenis sistem autoresponder yang boleh kita gunakan untuk tujuan di atas ini. Anda boleh membuat pilihan untuk memilih mana-mana sistem autoresponder yang baik untuk anda

Autoresponder percuma:

  1. Freeautobot.com
  2. Jv-marketers.com
  3. Sendfree.com

Autoresponder berbayar:

  1. Aweber
  2. Getresponse
  3. Norabots
  4. Directreponse

Memasang skrip autoresponder di hosting

  1. Sistem Autores (Bro Bearnerd)
  2. Panduan Memasang Autoresponder Bro Amirol

Sebenarnya sebelum ini, saya juga merupakan pengguna ‘tegar’ autoresponder percuma, dan daripada pengalaman saya, JV-Marketers adalah antara penyedia servis autoresponder yang bagus. Ini kerana kebanyakan fungsinya lebih kurang sama dengan yang berbayar, Cuma ada beberapa fungsinya yang agak terhad. Antaranya ialah:

  1. Hanya boleh membina 2 kempen promosi untuk satu akaun sahaja
  2. Jumlah subscriber terhad kepada 1500 orang sahaja bagi satu kempen, ini bermaksud jika anda memiliki 1 akaun di JV marketers ini, anda boleh mengumpul hanya 3000 senarai emel sahaja, kerana anda hanya boleh membina 2 kempen. ( 2 kempen x 1500 = 3000) – Banyak juga tu J
  3. Hanya boleh menghantar sekali emel kepada semua list dalam tempoh 24 jam.

Namun demikian, jika dibandingkan dengan penyedia servis autoresponder percuma yang lain, antaranya ialah:

  1. JV marketers lebih bersih daripada iklan tambahan pihak ketiga di dalam emel yang dihantar.
  2. Di samping itu, kita juga boleh membina hingga 7 siri emel follow up bagi satu-satu kempen tersebut. Untuk pengetahuan anda, semasa mula-mula berjinak dengan Internet Marketing ini, saya telah menggunakan servis percuma ini ketika mempromosikan produk digital pertama, dan saya telah mendapat jualan yang sungguh memberangsangkan hanya dengan menggunakan servis percuma ini!!

Namun, untuk jangka masa panjang, melanggan servis autoresponder percuma ini bukanlah suatu yang baik, saya amat menyarankan agar anda melanggan dengan servis autoresponder yang berbayar. Jangan bimbang kerana anda akan mendapat banyak kelebihan lain jika dibandingkan dengan yang percuma.

Dan berdasarkan pengalaman saya juga, setelah beralih kepada servis berbayar, saya berjaya menggandakan hasil jualan produk-produk digital saya.

Justeru, anda berhak menentukan sama ada ingin melanggan servis autoresponder berbayar ataupun hanya sekadar berpuas hati dengan autoresponder percuma sahaja. Jika ada yang bertanya kepada saya, which one is better??, Maka dengan penuh konfidennya saya akan jawab, Sudah tentulah yang BERBAYAR!!


Namun sebagai permulaan, saya sarankan anda boleh menggunakan sistem autoresponder yang ketiga (memasang skrip autoresponder dihosting sendiri) kemudian apabila anda telah memperolehi hasil dan mampu untuk menggunakan sistem autoresponder berbayar, saya sarankan anda beralih kepada sistem berbayar.

Jika berminat untuk mendapatkan Panduan pemasangan skrip  autoresponder (Skrip Autores) dengan harga istimewa, sila hubungi saya melalui ruangan di sini.Jika anda ingin melanggan Norabots (Autoresponder berbayar yang termurah), klik sahaja di sini

Nantikan entry yang seterusnya, saya akan berkongsi beberapa lagi informasi berkenaan dengan servis autoresponder ini.  Jangan lupa berikan komen anda ya..

Review Autoresponder Norabots

Salam ceria. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini agar anda tidak terlepas dengan artikel terbaru blog ini. Klik di sini. Terima kasih kerana melawat!

Berhubung dengan entri yang saya post semalam yang bertajuk “Panduan Percuma Autoresponder Norabots“, beberapa respons yang saya dapat mengucapkan terima kasih atas artikel tersebut. Namun ada yang masih kurang jelas berkenaan dengan kelebihan Autoresponder Norabots berbanding dengan autoresponder berbayar dan percuma yang lain.

Sebelum itu, suka saya nyatakan bahawa, bagi seorang internet marketer Autoresponder merupakan salah satu tool penting yang tidak boleh diabaikan. Mungkin ada antara kita seringkali mendengar ungkapan “money is in the list”. Saya amat menyokong ungkapan tersebut. Dan salah satu komponen dalam membangun dan mengelola list itu adalah autoresponder yang reliable. Masalahnya adalah, bagi sebahagian besar Newbie dalam internet marketing atau mereka yang pendapatannya dari bisnis online masih belum stabil, menyewa servis autoresponder masih dianggap sebagai suatu  yang cukup mahal.

Memang ada beberapa servis autoresponder percuma seperti Jv-Marketers, Sendfree atau FreeAutoBot, tetapi servis ini banyak batasannya, seperti adanya iklan pihak ketiga yang disertakan oleh pemilik servis, dan juga limit dalam jumlah subscriber, dan sudah pasti kesannya adalah kurang professional.

Namun jika anda masih ingin belajar bagaimana sistem autoresponder ini berfungsi, saya amat menyarankan anda menggunakan servis Jv-Marketers, kerana kebanyakkan functionnya adalah hampir sama dengan servis autoresponder yang berbayar. Berdasarkan pengalaman saya masa mula-mula berjinak-jinak dengan servis autoresponder ini, Jv-Marketers adalah antara yang terbaik. Jumlah subcriber juga lebih besar iaitu 3000 list bagi satu akaun.

Ada juga beberapa software atau script stand-alone yang boleh kita install di hosting sendiri sehingga tidak perlu mengeluarkan bayaran bulanan untuk berlangganan. Tetapi ini pun banyak batasannya, terutama bagi mereka yang tidak mahir dalam bab coding PHP dan database MySQL. Di samping batasan dari segi teknik programming, autoresponder yang dihosting sendiri ini juga sering mengalami masalah dalam hal delivery rate, quota dan scheduling penghantaran email oleh penyedia hostingnya. Namun kini ada beberapa skript yang telah dihasilkan oleh IM tempatan kita yang boleh kita gunakan, antaranya ialah Skript yang dihasilkan oleh Bro Amirol dan Bearnerd. Saya merupakan salah seorang reseller bagi skrip autores yang dihasilkan oleh Bro Bearnerd, jika berminat boleh menghubungi saya secara personal untuk mendapatkannya dengan harga istimewa. (sempat promote plak tu) :-)

Akhirnya pilihan akan jatuh kepada penyedia servis layanan autoresponder yang sudah terbukti reliable dan dipakai oleh banyak IM. Dua di antaranya yang paling popular dan mendominasi pasaran autoresponder adalah Aweber dan Getresponse. Ada juga yang lain seperi Direct Response dll. Tetapi kembali ke masalahnya tadi, bagi sebagian besar Newbie, yuran berlangganan yang agak besar iaitu +/- $20/bulan, dan ia masih dianggap mahal. Belum lagi adanya yuran tambahan kalau jumlah subscriber melebihi jumlah tertentu (Contohnya, pelanggan Aweber perlu menambah hampir $10 untuk jumlah subscriber di atas 10.000).


Read more…


 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design