Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Selamat Tahun Baru 2010 + Hadiah Istimewa Kepada Pembaca!

year-2010Assalamualaikum sahabat-sahabat pembaca sekalian,

Selamat menyambut Tahun Baru 2010, semoga kedatangan Tahun baru ini membuka lembaran baru dalam kehidupan kita. Sudah pasti tahun 2009 yang berlalu memberi banyak pengalaman baru dalam hidup kita seharian, dan tidak kurangnya pengalaman berupa pencapaian kita selama ini.

Berbicara mengenai pencapaian dan matlamat, adakah kita sudah mencapai apa yang diimpikan Tahun 2009?

1. Pelancaran Produk Sendiri

Alhamdulillah, walaupun baru berjinak-jinak dengan dunia Internet Marketing secara serius pada bulan Ogos 2009, sehingga penghujung Tahun 2009 ini, saya telah berjaya melancarkan 2 ebook berbayar iaitu Pakej Kit Photoshop dan Rahsia Mahir Excel.  Ebook Pakej Kit Photoshop yang mula dilancarkan pada awal bulan Ogos lepas berjaya menghasilkan jualan lebih daripada RM 1K (satu pencapaian yang saya kira memuaskan bagi seorang Beginner (newbie) seperti saya. Manakala ebook berbayar kedua iaitu Rahsia Mahir Excel merupakan hasil kolaborasi dengan Saudara Wanzpyra di bawah satu Team yang dikenali sebagai Team Excel. Ebook ini mula dipasarkan pada awal November dan berjaya mendapat jualan sekurang-kurangnya 1-4 jualan pada minggu pelancarnnya. Untuk ebook ini, saya berjaya melakukan hubungan JV dengan beberapa orang otai IM yang seperti Saudara Abooain dan Wanmus.

Ebook percuma yang telah dipasarkan ialah Casestudy Norabots vol. 1 dan telah berjaya dimuat-turun lebih 70 orang pada hari ia dilancarkan, rasanya ia suatu yang sungguh memberangsangkan dalam membina mailing list.

2. Menyertai Affiliate / Rakan JV

Sepanjang tahun 2009, antara cabaran affiliate yang telah saya sertai  adalah seperti berikut:

- Ebook Panduan Internet Percuma, firdaus

- Ebook Rahsia Clickbank, Mawardee

- Ecover Jualan Action Script, Luvleey

- Ebook Emas Percuma, The Guru

- Ebook Tips Penjimatan, Razif Yusof

- dan beberapa ebook lain lagi..

Jumlah komisyen yang diperoleh masih level sederhana – RM500++ sahaja :-)

3. Mailing List

Sebelum ini, saya cuma melanggan Autoresponder percuma di JV-Marketers, jumlah list yang diperoleh adalah 300++, selepas itu beralih ke Easyautores untuk tempoh yang singkat, dan akhirnya beralih kepada Autoresponder berbayar Norabots, jumlah list mencapai lebih 1000++, suatu pencapaian yang amat membanggakan!! :-)

4. Jumlah ebook berbayar yang telah berjaya dimiliki

- Pakej Promosi Ramadhan, Team Flarebiz – 10/10 stars

- Ebook Rahsia 10K, Team Flarebiz – 9/10 stars

- Ebook Jana Wang Adsense, Saudara Munawar – 9/10 stars

- Ebook Pakej Web Jualan, Saudara Bearnerd – 9/10 stars

- Ebook Easyautores + Lesen RR, Saudara Bearnerd – 7/10 stars

- Panduan Skrip Affiliate, Saudara Amirol – 8/10 stars

- Skrip Affiliate Web Jualan, Saudara Bearnard – 8/10 stars

- Casestudy Panduan Cinta Wanita, Team Flarebiz – 8/10 stars

- Panduan Clickbank, Mawardee – 8/10 stars

- Panduan Membina Minisite, Team Flarebiz – 7/10 stars

- Pakej Video Youtube, Lisa Hilmi – 7/10 stars

- Panduan VCC, Saudara Naim – 7/10 stars

- Sistem DPP, Smartzul – 7/10 stars

- Rahsia Clickbank, Zamri Nanyan – 7/10 stars

- Panduan EZ Survey, Smartzul – 6/10 stars

- dan banyak lagi :-)

** ranking stars hanyalah penilaian peribadi saya sendiri sahaja setelah mempraktikkan isi kandungan ebook berkenaan

5. Jumlah ebook percuma

Tidak terkira banyaknya :-)

6. Matlamat 2010

-Melakukan kemaskini terhadap ebook Pakej Kit Photoshop, bakal dilancarkan semula pada bulan januari 2010, Insyaallah

-Mengadakan Cabaran Affiliate Ebook Pakej Kit Photoshop – akan diumumkan kelak

- Menyertai JV produk dengan beberapa otai IM

- Lebih terbuka menerima jemputan JV daripada mana-mana IM yang lain

- Menerokai Strategi Pemasaran Emel dan affiliate secara mendalam

- Ada beberapa lagi matlamat yang masih difikirkan

7. Hadiah Istimewa Kepada Pembaca

- Sebagai penghargaan kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa membaca setiap entri di dalam blog ini, anda berpeluang untuk memuat turun lebih 20 produk percuma yang berkualiti.

Klik di sini untuk memuat-turun semua produk berkenaan (Tawaran ini terhad sehingga 14hb Januari 2010)


Ebook 6 Modul Adsense – Percuma

6module-blue1

Assalamualaikum pembaca yang budiman sekalian,

Apa khabar semua? Semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat walafiat di samping orang yang tersayang.

Baiklah, kali ini saya ingin kongsikan Ebook Percuma daripada saudara Munawar. Ebook ini sangat berguna bagi anda yang berminat dengan Google Adsense. Panduan yang ditulis sangat santai dan mudah difahami. Insyaallah.


Sebelum itu, ada beberapa soalan buat anda semua:

  1. Adakah anda telah berjaya mendapat bayaran pertama dari Google Adsense?
  2. Adakah anda berpuashati dengan pendapatan adsense anda sekarang?. Jika tidak, janganlah anda kecewa, sebagai seorang usahawan internet anda tidak sepatutnya mudah berputus asa.

Mungkin cara yang anda lakukan selama ini kurang tepat & berkesan maka hasilnya pun kuranglah. Mahukah anda belajar dari seseorang yang bergiat sepenuh masa dengan program google adsense. Beliau telah menulis sebuah ebook adsense percuma bertajuk “6 Modul Adsense Terbaik – Rahsia Memulakan Google Adsense Anda Dengan Betul” .

Ebook 6 Modul AdSense Percuma ini mengajar anda strategi dan teknik bagaimana memulakan google adsense dengan betul. Anda juga akan mempelajari bagaimana mendapatkan Niche Market yang anda dan pesaing anda sendiri tidak terfikirkannya. Dengan ebook ini anda akan dapat belajar :

  1. Apa itu Program Google Adsense
  2. Keyword Research
  3. Keyword Brainstorming
  4. Memohon Akaun Google Adsense
  5. Membina Blog Adsense
  6. Meletakkan kod Adsense di blog adsense anda

Sebaik sahaja anda memuat turun 6 Modul Adsense ini, saya cadangkan anda membuat secawan kopi dan mula membaca dan mempraktikan teknik Adsense yang diberikan, bahkan anda boleh terus memulakannya. Download ebook percuma ini sekarang. Sila klik Di Sini

Selamat mencuba.


 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design