Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Tutorial Melanggan RSS Percuma

Melanggan Newsletter ataupun RSS sesuatu blog adalah satu langkah bijak dalam menjimatkan masa kita seharian. Ini kerana, sekiranya terdapat entri/artikel terbaru yang ditulis dalam sesuatu blog, maka secara automatik, pembaca yang melanggan Newsletter/RSS pada blog tersebut akan mendapat notifikasi  ataupun makluman secara PERCUMA terus ke emel mereka, tanpa perlu mengunjugi blog tersebut berulangkali. Justeru, pembaca hanya perlu membuka melalui emel sahaja untuk mengetahui jika terdapat sebarang entri terbaru daripada blog tersebut.

Namun, masih ramai di antara kita yang masih tidak mengetahui fungsi RSS yang disediakan pada setiap blog. Apatah lagi cara untuk melanggan (subscribe) pada Newsletter / RSS berkenaan.

Oleh itu, untuk memudahkan anda, saya telah membuat satu tutorial ringkas bagaimana ingin melanggan Newsletter / RSS bagi suatu blog. (Maaf kerana imej agak kurang jelas)

1. Lihat pada sebelah kanan blog ini, anda akan lihat satu kolum khas seperti yang ditunjukkan di bawah ini:

rss-1

2. Setelah selesai, maka akan muncul satu tetingkap kecil seperti di bawah:

rss-22

3. Satu tetingkap lagi akan muncul memaklumkan bahawa anda perlu melakukan ‘ email confirmation’ melalui emel yang anda telah masukkan pada langkah 1

rss-3

4. Anda akan menerima emel seperi berikut.

rss-4

5. Buka emel tersebut, dan aktifkan ’subscription’ tersebut. Anda hanya perlu klik pada link yang tertera di dalam emel tersebut. Lihat contoh ini:rss-5

5. Setelah anda selesai mengklik pada link tersebut, anda akan dibawa ke satu page yang menyatakan bahawa ‘email subscription’ anda telah berjaya disahkan! Selesai :-) rss-6

Tahniah, anda telah berjaya melanggan Newsletter / RSS secara percuma.

Semoga tutorial ringkas ini membantu sedikit sebanyak kepada pembaca sekalian. (Bagi yang dah biasa dengan blog, rasanya fungsi RSS adalah tidak asing lagi buat anda :-) )


 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design