
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
kepada semua..
Alhamdulillah, setelah lama tidak menulis untuk blog ini, hari ini tergerak pula untuk berkongsi dengan anda semua. Jika anda perasan kebanyakan entry terbaru di dalam blog ini lebih banyak membincangkan berkenaan dengan sistem autoresponder, cuma saya sekadar berkongsi secara umum sahaja.
Namun, setelah membuat sedikit tinjauan di beberapa forum seperti Wangcyber.com dan kelabMalaysia.com, saya mendapati masih ramai lagi yang masih tidak mengenal apa itu autoresponder, mailing list, squeeze page, borang opt-in dan seumpamanya.
Justeru, terdetik untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkenaan sistem autoresponder ini. Insyaallah, untuk entry kali ini saya akan cuba berkongsi sedikit sebanyak berkenaan dengan sistem autoresponder ini dengan pembaca yang dikasihi sekalian. Saya harap, ia adalah sebagai perkongsian yang dapat memberi manfaat kepada kita semua.
AUTORESPONDER merupakan salah satu alat pemasaran emel yang menjadi keperluan yang wajib kepada usahawan internet yang benar-benar serius ingin menjana pendapatan di internet. Secara umumnya autoresponder ini digunakan untuk mengumpul senarai emel dengan cara yang sah. Dengan kata mudahnya ialah anda menerima senarai emel atas kerelaan tuan punya emel tersebut. Dengan adanya senarai emel ini, anda boleh menghantar emel kepada mereka tanpa dianggap sebagai SPAMMER.
PERHATIAN: Elakkan membeli senarai emel daripada mana-mana penjual senarai emel yang ada kerana wujudnya trend sekarang ini, ramai yang menjual senarai emel untuk niche-niche tertentu.
Antara tujuan lain autoresponder ini digunakan adalah seperti berikut:
- Membina senarai prospek yang berminat terhadap sesuatu produk.
- Di samping itu juga, kita boleh memberikan artikel-artikel percuma, tawaran produk, maklumat terkini dan sebagainya kepada senarai emel yang telah diperoleh.
- Ia juga bertujuan untuk berkomunikasi dengan mereka.
- Mengendalikan mesej-mesej secara tersusun, bersistem dan beretika
- Kaedah promosi akan lebih berkesan dengan penggunaan autoresponder
Terdapat 3 jenis sistem autoresponder yang boleh kita gunakan untuk tujuan di atas ini. Anda boleh membuat pilihan untuk memilih mana-mana sistem autoresponder yang baik untuk anda
Autoresponder percuma:
- Freeautobot.com
- Jv-marketers.com
- Sendfree.com
Autoresponder berbayar:
- Aweber
- Getresponse
- Norabots
- Directreponse
Memasang skrip autoresponder di hosting
- Sistem Autores (Bro Bearnerd)
- Panduan Memasang Autoresponder Bro Amirol
Sebenarnya sebelum ini, saya juga merupakan pengguna ‘tegar’ autoresponder percuma, dan daripada pengalaman saya, JV-Marketers adalah antara penyedia servis autoresponder yang bagus. Ini kerana kebanyakan fungsinya lebih kurang sama dengan yang berbayar, Cuma ada beberapa fungsinya yang agak terhad. Antaranya ialah:
- Hanya boleh membina 2 kempen promosi untuk satu akaun sahaja
- Jumlah subscriber terhad kepada 1500 orang sahaja bagi satu kempen, ini bermaksud jika anda memiliki 1 akaun di JV marketers ini, anda boleh mengumpul hanya 3000 senarai emel sahaja, kerana anda hanya boleh membina 2 kempen. ( 2 kempen x 1500 = 3000) – Banyak juga tu J
- Hanya boleh menghantar sekali emel kepada semua list dalam tempoh 24 jam.
Namun demikian, jika dibandingkan dengan penyedia servis autoresponder percuma yang lain, antaranya ialah:
- JV marketers lebih bersih daripada iklan tambahan pihak ketiga di dalam emel yang dihantar.
- Di samping itu, kita juga boleh membina hingga 7 siri emel follow up bagi satu-satu kempen tersebut. Untuk pengetahuan anda, semasa mula-mula berjinak dengan Internet Marketing ini, saya telah menggunakan servis percuma ini ketika mempromosikan produk digital pertama, dan saya telah mendapat jualan yang sungguh memberangsangkan hanya dengan menggunakan servis percuma ini!!
Namun, untuk jangka masa panjang, melanggan servis autoresponder percuma ini bukanlah suatu yang baik, saya amat menyarankan agar anda melanggan dengan servis autoresponder yang berbayar. Jangan bimbang kerana anda akan mendapat banyak kelebihan lain jika dibandingkan dengan yang percuma.
Dan berdasarkan pengalaman saya juga, setelah beralih kepada servis berbayar, saya berjaya menggandakan hasil jualan produk-produk digital saya.
Justeru, anda berhak menentukan sama ada ingin melanggan servis autoresponder berbayar ataupun hanya sekadar berpuas hati dengan autoresponder percuma sahaja. Jika ada yang bertanya kepada saya, which one is better??, Maka dengan penuh konfidennya saya akan jawab, Sudah tentulah yang BERBAYAR!!
Namun sebagai permulaan, saya sarankan anda boleh menggunakan sistem autoresponder yang ketiga (memasang skrip autoresponder dihosting sendiri) kemudian apabila anda telah memperolehi hasil dan mampu untuk menggunakan sistem autoresponder berbayar, saya sarankan anda beralih kepada sistem berbayar.
Jika berminat untuk mendapatkan Panduan pemasangan skrip autoresponder (Skrip Autores) dengan harga istimewa, sila hubungi saya melalui ruangan di sini.Jika anda ingin melanggan Norabots (Autoresponder berbayar yang termurah), klik sahaja di sini
Nantikan entry yang seterusnya, saya akan berkongsi beberapa lagi informasi berkenaan dengan servis autoresponder ini. Jangan lupa berikan komen anda ya..















Recent Comments