Assalamualaikum pembaca yang budiman,
Setelah cukup tempoh sebulan pelancaran semula Ebook Pakej Kit Photoshop dan juga Cabaran Top Affiliate Photoshop, hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap Rakan JV/Affiliater yang telah menyertai Cabaran Top Affiliate tersebut.

Untuk makluman pembaca sekalian, Ebook Pakej Kit Photoshop ini telah pun berada di pasaran sejak Bulan Ogos 2009 lagi dan ia merupakan produk digital pertama saya di dalam bidang internet marketing ini.
Pada ketika itu, saya hanya menggunakan domain http://rahmanbasri.com/pakejphotoshop sebagai tapak webjualan bagi produk ini.
Selepas itu, pada awal tahun 2010 ini, saya telah mengemaskini semula produk ini apabila mendapati beberapa item tambahan perlu ditukar, terutamanya bonus-bonus yang saya tawarkan kepada pelanggan. Hampir 100% webjualan telah saya tukar kepada yang baru. Domain bagi tapak webjualan juga telah saya tukarkan kepada yang lebih mesra engin pencari (SEO-Search Engine Optimization) iaitu www.pakejphotoshop.com
Rekabentuk webjualan juga telah diubah hampir 100%.
Dan yang menariknya ialah, pada kali ini, saya telah menjemput beberapa orang rakan IM yang lain secara eksklusif seperti saudara Abooain, Raja Kamil, Jamaluddin Bahari, dan ramai lagi. Namun disebabkan ada sesetengah rakan JV yang dijemput agak sibuk dengan dengan pelancaran produk masing-masing menyebabkan mereka tidak dapat menyertai Cabaran Affiliate kali ini. Di samping itu juga, saya telah menjemput beberapa ahli Team Norabots untuk menyertai Cabaran ini, dan jemputan tersebut mendapat response yang positif. Terima kasih diucapkan kepada semua Rakan JV yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak di dalam pelancaran ebook ini.
Baiklah, keputusan rasmi bagi Cabaran Affiliate ini telah pun saya peroleh semalam. Berikut adalah keputusan rasmi TOP 5 AFFILIATE bagi Cabaran Affiliate Photoshop:
Tempat Pertama: SAUDARA TENGKU FARIS (id = ref)
Tempat Kedua: SAUDARA ABOOAIN (id = abooain)
Tempat Ketiga: SAUDARA BEARNERD BONDLY (id = abohsoft)
Tempat Keempat: SAUDARA ADAM TAHIR (id= adamtahir)
Tempat Kelima: SAUDARA RAJA KAMIL (id = rk)
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Komisyen telah pun dikreditkan ke akaun semua Rakan Jv
Saya akan menghubungi Saudara Tengku Faris dan juga Abooain untuk slot Interview Eksklusif atas kejayaan mereka menjadi Top Affiliate bagi cabaran kali ini. Saya mendapati saingan antara mereka begitu sengit pada saat-saat akhir Cabaran ini, di mana Saudara Tengku Faris berjaya menghasilkan 8 jualan pada hari terakhir cabaran ini dan ini telah meletakkan beliau sebagai Top Affiliate bagi cabaran ini.
Pastinya ramai yang ingin mengetahui apakah rahsia disebalik kejayaan tengku Faris menjadi Top Affiliate walaupun beliau masih baru di dalam bidang Internet Marketing ini. Dan ini menunjukkan bahawa seorang yang baru (newbie) juga mampu bersaing secara sihat dengan otai-otai yang lain sekiranya usaha dan komitmen yang diberikan adalah bersungguh-sungguh. Nantikan rakaman ekskluisf interview saya bersama beliau.
Manakala Saudara Abooain tidak kurang hebatnya dengan strategi yang begitu tersusun semasa cabaran affiliate ini berlangsung, saya agak tertarik dengan kemahiran email marketing yang digunakan oleh beliau semasa mempromosikan ebook ini. Saya mendapati kebanyakan emel promosi yang saya sediakan kepada rakan JV telah beliau olah dengan begitu unik sehingga menyebabkan subscriber beliau tertarik untuk membeli. Jujur saya katakan, jika saya juga belum memiliki ebook ini, pastinya saya akan mendapatkan melalui link affilaite beliau, kerana teruja dengan cara penulisan emel dan juga bonus yang ditawarkan.
Semuanya akan dibongkarkan melalui Interview Eksklusif kelak!
Akhirulkalam, terima kasih sekali lagi kepada semua rakan JV yang telah bertungkus lumus menjayakan pelancaran ebook Pakej Kit Photoshop ini. Insyaallah hari ini anda membantu saya, di lain waktu, saya pasti akan membantu anda juga.
PS: Jualan ebook Pakej Kit Photoshop akan tetap diteruskan walaupun Cabaran Affilaite telah pun TAMAT pada hari ini. Bagi pembaca yang masih belum memiliki ebook ini, anda boleh ushar-usahr bonus-bonus yang ditawarkan oleh Rakan JV ini, saya pasti ada Rakan JV yang masih terus menawarkan bonus hebat buat anda semua jika anda mendapatkan melalui link mereka.
Sekian wassalam










Recent Comments