Blog Penggiat Usahawan Internet

 Powered by Max Banner Ads 

Case Study Norabots + Pelancaran Ebook Rahsia Mahir Excel

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Menyambung kembali perbincangan berkenaan dengan Autoresponder Norabots. Jika sebelum ini saya ada memaklumkan kepada semua subscribers berkenaan dengan hasrat saya untuk menulis satu Case study berkenaan dengan Autoresponder Norabots. Alhamdulillah, nampaknya Case study tersebut akhirnya berjaya disiapkan, namun ada beberapa perkara yang perlu dikemaskini semula. Oleh itu, Case study ini akan ada versi yang seterusnya. Insyaallah akan saya maklumkan melalui emel / blog ini kelak.

Untuk Versi 1.0, anda semua dialu-alukan untuk memuat-turunnya secara PERCUMA di sini:

>> http://rahmanbasri.com/casestudy-norabots

Sebelum anda memuat turun Case study Norabots ini, anda dikehendaki untuk memasukkan Nama dan Emel anda bagi membolehkan maklumat anda direkodkan di dalam Mailing List saya.  Ini bagi memudahkan saya untuk memaklumkan kepada anda semua sekiranya versi 2.0 dan seterusnya apabila ia telah saya siapkan. Maklumat anda adalah selamat.

Case study Norabots

Case study Norabots

Apa yang saya harapkan ialah semoga Case Study Norabots ini dapat anda manfaatkan sebaik yang mungkin. Jika anda rasa ia sangat baik, anda dialu-alukan untuk menyebarkan Case study ini kepada rakan-rakan anda yang lain sama ada melalui blog / emel dan sebagainya. Cuma kandungan case study ini tidak boleh diubah mengikut citarasa anda. Sila baca ‘lesen penggunaan’ case study ini di muka depan ebook ini.

———————————————————————-

PELANCARAN EBOOK RAHSIA MAHIR EXCEL

———————————————————————-

Seperti yang saya telah maklumkan sebelum ini, tempoh Pre-Launch Ebook Rahsia Mahir Excel ini telah tamat semalam (Jumaat-20/11/2009). Ini bermaksud tawaran harga ISTIMEWA juga telah berakhir pada hari ini.

Dengan ini, secara rasminya pada hari ini saya melancarkan Ebook Rahsia Mahir Excel ini dengan harga yang cukup murah jika dibandingkan dengan ilmu yang bakal anda peroleh melaluinya. Insyaallah. Harga terkini ialah RM30 sahaja.

Jom baca apa yang Otai komen terhadap Ebook Rahsia Mahir Excel:

“Ingatkan baca buku berharga RM200 tapi rupanya ianya ebook Rahsia Excel. Perghh..harga tak setimpal dengan ilmu diberikan. Beli buku 200 pun tak lengkap macam ni.

Saya pandailah juga guna excel tapi tak tahu pulak yang excel ni boleh buat lebih dari apa yang saya guna selama ni..Memang berbaloi. Kalau anda nak guna Excel 2007 selepas ni, pastikan dapatkan ebook ni dulu sebab nanti pasti anda tak pening macam saya lagi sebelum ni”

Oleh: Wanmus, wanmus.com

Untuk membaca ulasan / review  lain yang telah dibuat terhadap ebook ini. Sila klik pada link di bawah ini:

  1. Bro Abooain
  2. Bro Wanmus

—————————————————————–

AFFILIATE  EBOOK RAHSIA MAHIR EXCEL

—————————————————————-

Jika sebelum ini saya hanya membuka affiliate kepada beberapa orang Rakan JV sahaja untuk mempromosikan Ebook Rahsia Mahir Excel ini. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama daripada semua Rakan JV yang terlibat.

Baiklah, untuk pelancaran kali ini, saya akan membuka kepada umum untuk mendaftar sebagai agen affiliate bagi Ebook Rahsia Mahir Excel.

Sila daftar di sini: http://www.mahirexcel.com/daftar-rakanJV.html

Komisyen bagi setiap jualan yang berjaya dilakukan ialah sebanyak 50% daripada harga pasaran. Iaitu Rm15. Lumayan tak? Sila baca dengan teliti syarat-syarat affiliate di dalam ruangan member.

Manakala untuk cabaran affiliate, berikut adalah Hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Cabaran Affiliate:

30 jualan    =   RM 100 + Komisyen

50 Jualan    =  RM 200 + Komisyen

100 Jualan  =   RM 300 + Komisyen

Cabaran Affiliate Rahsia Mahir Excel ini akan berlangsung selama sebulan 21/11/2009 - 21/12/2009.

Sekian,

Oleh: Rahman Basri

www.rahmanbasri.com



Pre-Launch Ebook Rahsia Mahir Excel

Salam ceria. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini agar anda tidak terlepas dengan artikel terbaru blog ini. Klik di sini. Terima kasih kerana melawat!

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang sungguh bahagia bagi seorang pelajar IPT macam saya ini apabila semua paper exam telah selesai, baru terasa lapang dada ni skit. :-) Insyaallah selepas ni nak berikan tumpuan bagi pre-launch Ebook Rahsia Mahir Excel.

Ebook Rahsia Mahir Excel

Ebook Rahsia Mahir Excel

Untuk pengetahuan semua, Pre-Launch Ebook Rahsia Mahir Excel yang pada asalnya ingin dilakukan pada 13hb Nov 2009 (Jumaat) terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat saya elakkan. Antaranya ialah:

  1. Komitmen terhadap Final Exam
  2. Hosting asal www.MahirExcel.com berpindah server menyebabkan beberapa link mengalami masalah, antaranya ialah masalah pada borang pengesahan pembayaran, iaitu tidak dapat mengesan sebarang pembelian apabila pengguna menekan butang ‘HANTAR’ pada borang pembayaran online tersebut
  3. Siri emel promosi yang masih tidak lengkap sepenuhnya
  4. Ebook yang masih dalam proses kemaskini (semasa entri ini ditulis, ebook ini telah siap dikemaskini)

Itulah antara perkara yang menyebabkan Pre-Launch Ebook Rahsia Mahir Excel ini terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu. Bagi subcribers, saya telah memaklumkan kepada mereka dengan memberikan mereka peluang untuk access ke laman jualan sementara Ebook Rahsia Mahir Excel tersebut. Saya juga ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada subcriber yang telah memberikan respons dan komen berkenaan dengan draft web jualan tersebut.

Antara emel yang saya terima yang memberikan komen terhadap draft web jualan tersebut:

“Terima kasih kerana emelkan kan saya tentang maklumat terbaru yang saudara sedang usahakan. Saya sedang menunggu Ebook Mahir Excell saudara kerana saya amat memerlukan. Kerja saya perlukan kemahiran excell. Selain itu saya juga kagum dengan rekabentuk web yang saudara persembahkan.”

Saya bagi pihak Team Excel ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada subcriber yang sentiasa memberikan sokongan atas apa yang telah kami lakukan.

Sebagai makluman tambahan, sebelum Ebook ini dilancarkan, beberapa orang telah membuat tempahan dan juga pembayaran bagi membeli Ebook Rahsia Mahir Excel ini. Disebabkan ada customer yang memerlukan ebook ini dengan segera, selepas perbincangan dibuat antara Team Excel, kami telah memberikan ebook ini terlebih dahulu walaupun ebook ini masih belum dilancarkan lagi. Namun yang demikian, beberapa kemaskini telah kami lakukan bagi Ebook Rahsia Mahir Excel agar ia lebih mesra pengguna dengan membuat beberapa anchor link di dalam ebook tersebut. Bagi mereka yang telah membeli dan telah menerima ebook ini sebelum ia dilancarkan, anda akan memperoleh versi terkini yang telah dikemaskini baru-baru ini. Insyaallah pihak Team Excel akan memaklumkan melalui emel secara personal kepada semua yang telah menempah dan yang telah membeli ebook ini. Saya akan memberikan link download bagi ebook tersebut pada hari pelancarannya kelak. Insyaallah :-)

Berikut adalah antara feedback yang kami telah terima daripada mereka yang awal membuat tempahan dan pembelian ini. Ialah salah seorang peniaga online yang merupakan salah seorang Pengguna NiagaKit Team FlareBiz, iaitu saudara Wira. Berikut adalah emel yang kami peroleh daripada beliau beberapa hari lepas.
Read more…


 Powered by Max Banner Ads 
Proudly using Dynamic Headers by Nicasio Design