Tingkatkan jualan anda dengan Page Peel
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Selamat menyambut kedatangan Bulan Ramadhan, bulan barakah.. Saya mendoakan agar anda semua dalam keadaan yang sihat dan gembira, agar dapat menempuh bulan mulia, Ramadhan ini dengan penuh rasa tenang dan ceria.
Pernahkan anda mendengar tentang “Page Peel“?? Mungkin ada antara anda semua ini dah biasanya dengan term tersebut kan.. Tetapi saya percaya, masih ramai lagi yang tidak pernah mendengar langsung istilah “Page Peel” tu kan..!! sama macam saya dahulu.
Baiklah, sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut lagi.. Cuba anda perhatikan gambar di bawah ini.

Untuk pengetahuan anda semua, blog di atas telah menjana pendapatan $40000 hanya dalam masa sebulan sahaja!!
Mesti anda tertanya-tanya, bagaimanakah blog tersebut boleh menjana pendapatan sebegitu tinggi dalam masa sebulan? Sebenarnya antara penyumbang utama pendapatan tersebut ialah kerana penggunaan skript “Page Peel” ini di dalam blog tersebut. Anda boleh lihat sendiri blog tersebut di sini
Soalan anda: Jadi apa sebenarnya ”Page Peel” ini?
Jawapan saya: Ia sebenarnya adalah iklan yang muncul di bucu sesuatu blog/web yang memasang skrip ”Page Peel”. Anda boleh lihat contoh tersebut di dalam blog saya ini.
Soalan Anda: Apa kelebihan ”Page Peel” ini?
Jawapan saya: Ia dapat menarik perhatian pelawat yang datang ke blog/web anda. Sekiranya iklan tersebut adalah iklan produk anda, ini akan meningkatkan potensi produk anda untuk dibeli sekiranya iklan tersbut diklik oleh pelawat tadi. Rasanya anda faham maksud saya kan?
Anda sebenarnya boleh mendapatkan skript “Page Peel” dengan PERCUMA sahaja. Klik di sini.
Sebelum menyambung pembacaan anda, pastikan anda telah memuat turun skrip “Page Peel” tersebut.
Setelah anda mendownload skrip percuma tersebut, sila sambung pembacaan anda seterusnya….
Di sini saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk memasang skript Page Peel ini di dalam blog anda. (khas untuk blog wordpress sahaja)
1. Dengan menggunakan perisian FTP anda, upload folder “Page-Peel” di : wp-content -plugins.
2. Setelah selesai proses upload, login ke Dashboard wordpress anda dan tekan butang : Plugins - Installed.
3. Aktifkan plugin Page Peel dengan menekan butang Activate

4. Kemudian pergi ke bahagian Setting dan klik pada Page Peel Options.


5. Masukkan alamat URL laman web yang anda ingin pergi bila pengunjung klik page peel di bahagian no.1 (rujuk gambar di atas)
6. Masukkan URL di bahagian no.2 di mana gambar kecil (gambar yang muncul ketika page peel tertutup) berada. Untuk default setting, gambar kecil tersebut di namakan ”small.jpg” dan disimpan di : http://www.domain-anda.com/wp-content/plugins/page-peel/small.jpg. Saiz gambar tersebut ialah 75 x 75 pixel. Anda boleh mengubah gambar dan kedudukan gambar tersebut sekiranya anda mahu.
7. Masukkan URL di bahagian no.3 di mana gambar besar (gambar yang muncul ketika page peel terbuka) berada. Untuk default setting, gambar besar tersebut di namakan”big.gif” dan disimpan di :
http://www.domain-anda.com/wp-content/plugins/page-peel/big.gif. Saiz gambar tersebut ialah 500 x 500 pixel. Anda boleh mengubah gambar dan kedudukan gambar tersebut sekiranya anda mahu.
8. Setelah itu, tekan butang Update Options.
9. Tekan butang visit site untuk kembali ke muka hadapan blog anda.

10. Lihat di bucu sebelah kanan blog anda. Sekiranya page peel tidak muncul, anda perlu log-out dan log-in semula.
Nota : Sila gunakan browser Mozilla kerana Page peel versi percuma tidak boleh berfungsi di Internet Explorer.
p/s: Untuk mendapatkan skrip berbayar, anda boleh mendapatkannya di sini.
Selamat mencuba. Saya harap perkongsian ini bermanfaat buat anda. Sila tinggalkan komen sekiranya panduan ini membantu anda.
Ikhlas,
Abd Rahman Basri
Bacaan Tambahan:













wah.syukur, akhirnya berjumpa jugak cara dan gayanya..thankz bro
Alhamdulillah, semoga ia berguna untuk kita semua..
Selamat pagi, terima kasih atas perkongsian. sekitar 3 bulan lepas, memang nak post “peel ads” dalam blog, bila dah baca forum mat saleh dan blog2 feymes, ia memang tak support untuk IE, so automatiknya, saya terminate draft post tersebut.
Namun, ada juga insan2 yang bagitahu cara nak “hack” ke IE, malangnya saya lupa nak bookmark post tersebut…tanpa perlu upah designer
apapun, untuk dapatkan kepuasan maksimum, better ke website yang disarankan oleh admin
Komen Ebook´s last blog ..Pendedahan Berani Ebook:”Teknik Manipulasi Sistem Kewangan Di Malaysia” – Tiada Apa-Apa Yang Istimewa Bahagian Pertama 
Terima kasih kepada Bro Rizal atas komen yang diberikan..
Setakat ini saya masih guna yang skrip percuma je dahulu, walaupun takdapat berfungsi di dalam IE..
Tetapi, seperti yang diperkatakan oleh Bro Rizal, jika hendakkan kepuasan maksimum, dapatkan versi berbayar…
Terima kasih bro,
Persoalan saya sudah terjawab.