Assalamualaikum & hai 🙂

Saya berjumpa ramai orang yang ingin memulakan Bisnes Affiliate mereka secara online, rata-rata menyatakan bahawa mereka tidak tahu ‘di mana’ sebenarnya untuk bermula.

Ada di antara mereka yang dah mencuba pelbagai teknik & strategi affiliate, tapi masih keliru mana satu teknik yang benar-benar berkesan?

Dan sehingga kini masih belum berjaya menghasilkan jualan produk affiliate walaupun sudah pelbagai cara pemasaran yang dilakukan.

Ini menyebabkan, 90% daripada mereka sudah berputus asa untuk melakukan affiliate walaupun sudah ratusan atau ribuan ringgit dihabiskan untuk mempelajari bisnes affiliate ini.

Ini 2 sebab utama kepada situasi di atas:

Info Overloaded

Ini berlaku disebabkan oleh anda terlalu banyak membaca panduan affiliate itu dan ini, tak kiralah yang percuma atau berbayar, Local mahupun International..

Sehinggakan otak anda sarat dipenuhi dengan pelbagai cara untuk jana wang affiliate. Tetapi akhirnya anda sendiri tidak tahu di mana sebenarnya untuk bermula?

Lack of Knowledge

Ini pula faktor yang sebaliknya. Jika faktor pertama di atas adalah disebabkan oleh Info yang terlalu banyak, ini pula berbeza. Langsung takde info!

Situasi inilah yang seringkali dihadapi oleh kebanyakan orang. Alasannya, malas & nak berjimat! Mereka malas untuk mencari info tambahan melalui carian di internet berkenaan affiliate, manakala ada yang menjadikan alasan semata-mata nak berjimat, jadi mereka tak nak membeli mana-mana panduan tentang affiliate.

Sebenarnya ada banyak lagi faktor lain yang boleh membawa kepada masalah ini, namun jika dikaji semula ia masih kembali kepada dua faktor utama di atas, Info Overloaded dan Lack of Knowledge.

Anda pula bagaimana? Adakah anda seorang yang tergolong dalam kes Info Overloaded atau Lack of Knowledge? Tepuk dada tanya diri anda 🙂 Jika anda adalah salah satu daripada golongan di atas, maka artikel ini adalah untuk anda.

Anda sebenarnya tidak perlu risau, kerana ini adalah perkara biasa yang berlaku, sama seperti ketika saya mula-mula terlibat dengan affiliate sekitar penghujung 2009, memang agak blur. Lebih-lebih lagi ketika itu saya masih baru dengan bidang perniagaan internet ini.

Justeru, saya terdetik untuk menghasilkan artikel ini dan berkongsikan pengalaman saya tentang bagaimana sebenarnya langkah terbaik untuk bermula dengan affiliate.

Saya tahu, di luar sana ada pelbagai panduan dan tutorial berkenaan affiliate, namun rata-rata menyediakan terlalu ‘banyak cara’ yang dikatakan efektif sehinggakan orang baru akan menjadi keliru untuk membuat pilihan.

Oleh itu, saya mohon keizinan daripada anda untuk saya kongsikan ‘cara saya’ melakukan pemasaran affiliate sehingga berjaya menjana 4-5 angka komisyen dengan mudah secara konsisten setiap bulan!

Langkah 1: Hasilkan report percuma berkaitan Topik produk affiliate yang anda ingin promosikan.

Anda hanya perlu tulis satu report ringkas di dalam Microsoft Words komputer anda. Report tersebut tidak perlu panjang, cukup sekadar 10 muka surat pun dah ok.

Jika anda tidak ada IDEA untuk menulis report percuma tersebut, anda boleh gunakan bantuan Google untuk mencari artikel yang bersuaian dengan produk affiliate anda & tulis semula info yang anda peroleh daripada artikel-artikel yang anda baca dalam bentuk gaya bahasa anda sendiri.

Ia akan jadi lebih fresh dan unik.

Setelah siap menulis, convert fail words ke format .pdf. Tadaaa, siap! Anda kini dah memiliki report .pdf yang anda boleh berikan secara percuma untuk tujuan mengumpul targeted prospect kelak.

Langkah 2: Bina kempen (campaign) khas di Autoresponder anda

Untuk menyebarkan report anda kepada prospek, anda WAJIB memilik sistem autoresponder. Sistem autoresponder inilah yang akan membantu banyak kerja promosi anda kelak.

Ia memang terbukti berkesan dan memberi pulangan berlipat kali ganda daripada apa yang anda bayangkan.

Di dalam sistem autoresponder tersebut, anda perlu membina satu kempen khas berkenaan dengan report percuma yang anda ingin edarkan.

Contohnya, jika anda ingin mengedarkan report berkenaan ‘Tips Membaca Al-Quran’ kerana anda ingin mempromosikan produk affiliate yang berkaitan dengan Al-Quran, maka anda boleh namakan kempen tersebut sebagai ‘free_quran’, atau apa sahaja yang bersesuaian dengan cita rasa anda. ;)

Baca 5 Langkah Bina Kempen Pemasaran Emel di sini >> 

Langkah 3: Siapkan emel-emel follow up

Setelah anda berjaya membina kempen khas di dalam sistem autoresponder anda, anda kini sudah boleh menghasilkan beberapa siri emel follow up untuk anda masukkan di ruangan ‘Follow Up Emails’ di dalam kempen autoresponder anda.

Emel-emel inilah yang akan membantu anda melakukan follow up secara automatik tanpa perlu anda duduk 24 jam di depan komputer anda untuk menghantar emel!

Langkah 4: Sediakan ‘opt-in form’ untuk capture maklumat prospek anda

Setelah semuanya selesai, anda perlu menyediakan opt-in form untuk anda gunakan bagi mengumpul maklumat prospek anda. Op-in form boleh dihasilkan dengan mudah melalui sistem autoresponder. Hanya klik klik klik, semudah A-B-C :D

Langkah 5: Jana Trafik!

Ini adalah antara part kritikal yang anda kena kenalpasti untuk lakukan dengan betul.

Jika anda gagal membawa Trafik / Pelawat ke website anda, maka anda akan gagal untuk mengumpul prospek dan seterusnya akan gagal untuk hasilkan pendapatan melaluinya.

Trafik adalah NYAWA bagi perniagaan internet anda. 

Bayangkan sahaja, jika anda mempunyai kedai, namun tiada pelawat (trafik) yang datang, bagaimana produk anda boleh terjual?

Begitu juga di internet, walau sehebat mana webjualan / website anda, namun jika tiada pelawat (trafik), maka sudah tentu tiada sebarang jualan bakal berlaku.

Secara keseluruhannya, jika anda berjaya menguasai kelima-lima Langkah Untuk Bermula di atas, saya yakin dan pasti anda akan berjaya menjana pendapatan melalui internet, khususnya dalam bidang pemasaran affiliate.

SJP3.0: 'Shorcut' Bisnes Affiliate!

Sekarang ini saya ada bangunkan satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Jualan Pro, edisi 3.0 (SJP3.0) bertujuan sebagai 'SHORTCUT' untuk membantu anda menghasilkan income secara pasif melalui bisnes affiliate.

Sistem ini telah dilancarkan pada 2013. Dan sehingga kini ia telah beroperasi hampir 5 tahun. Dalam tempoh tersebut, seramai lebih 1,000+ ahli yang telah mendaftar di dalam sistem ini.

Alhamdulillah, SJP ini telah membantu ramai usahawan internet baru menjana pendapatan tambahan ke akaun bank mereka.

Bagaimana SJP 3.0 boleh membantu anda buat duit melalui internet?

  • Sistem telah sediakan satu webpage khas untuk mengumpul senarai email prospek.
  • Tugas anda hanya fokus untuk tarik trafik ke webpage tersebut, dan selebihnya anda serahkan kepada SJP3.0 untuk melakukan follow up dan close sales kepada prospek yang anda telah bawa.
  • Anda berpeluang untuk jana komisyen dari pelbagai produk yang dipromosikan melalui sistem.
  • Ini kerana setiap kali prospek anda subscribe emel mereka melalui webpage tersebut, SJP3.0 akan terus capture 'ID khas' anda untuk dimasukkan secara automatik di dalam siri email follow up.
  • Sistem akan menghantar email follow up secara berkala, dan apabila prospek baca emel tersebut dan membeli produk yang ditawarkan, maka anda dapat komisyen.
  • Ini kerana pautan yang ada di dalam setiap email follow up akan mengandungi 'ID khas' anda.

Oleh itu secara teknikalnya..

Setiap emel follow up yang dihantar dari SJP 3.0 akan berpotensi menghasilkan duit untuk anda!

Jika anda mempromosi webpage khas anda, tugas anda menjadi lebih mudah kerana… List akan di follow up secara automatik dengan email yang siap sedia di dalam SJP 3.0.

Dan dengar ini. Jika mereka memesan mana-mana produk yang dipromosikan, anda akan menerima komisyen secara pasif. Semua kerja-kerja close sale, follow up, perkhidmatan pelanggan akan dikendalikan oleh sistem.

Jika anda berminat untuk melanggan"Sistem Jualan Pro 3.0" dan mula jana pendapatan pasif setiap bulan, anda boleh dapatkannya dengan klik butang JOIN NOW di bawah:

 

Langgan sekarang, dan mula generate income pasif anda.

Semoga bermanfaat!

rahmanbasri-new
rahmanbasri-signature


Leave a Reply

Your email address will not be published.