Assalamualaikum & hai ūüôā

Saya mula berjinak-jinak dengan bisnes Affiliate sejak 2009, bahkan ini adalah model bisnes yang mula-mula saya sertai sebelum menjual produk digital sendiri di internet. 

Tahun 2017, saya lihat bisnes Affiliate kini makin berkembang apabila semakin ramai usahawan menawarkan program affiliate untuk produk masing-masing. Apa yang penting ialah bagaimana untuk anda mengambil peluang ini dan mula menjana pendapatan melalui bisnes affiliate.

Secara asasnya, bisnes affiliate mempunyai fundamental yang sama seperti bisnes internet yang lain. Iaitu bagaimana untuk anda buat jualan terhadap produk yang anda promosikan. Bezanya cuma produk yang anda promosikan ini bukanlah produk anda sendiri, tetapi adalah produk orang lain dan anda bertindak sebagai ejen (promoter) untuk produk tersebut.

Dan jika anda berjaya menghasilkan jualan, maka anda akan dibayar komisyen. As simple like that. Takda yang pelik pun dengan bisnes affiliate ini.

Saya sendiri secara personal sangat suka dengan bisnes affiliate ini, kerana saya boleh fokus untuk melakukan marketing & sales sahaja. Manakala urusan penghantaran produk & perkhidmatan pelanggan akan dikendalikan oleh pemilik produk. Kerana tidak dinafikan, untuk melayan karenah pembeli ini, tidak semua orang mampu bersabar dan bertahan ūüėÄ

Justeru, anda sangat bertuah hari ini kerana saya akan kongsikan langkah demi langkah bagaimana untuk anda memulakan bisnes affiliate ini, walaupun ini adalah first time anda mendengar istilah affiliate!

Ini dia 3 Langkah yang anda perlu lakukan sebagai ejen (affiliate):

1. Pemilihan produk

Ini perkara asas. Anda perlu bijak dalam memilih produk yang sesuai untuk anda promosikan. Ada banyak produk yang anda boleh promosikan sebagai affiliate. Apa yang penting ialah produk tersebut mestilah telah terbukti mampu dijual dan ada permintaan di dalam pasaran.

Pada peringkat ini, ia dipanggil proses validasi (validation process). Iaitu anda perlu mengenalpasti apakah produk yang mudah dijual. Namun biasanya proses ini akan mengambil masa yang agak panjang, namun jangan bimbang.. Dalam artikel ini saya akan tunjukkan satu produk yang mudah dijual dan telah terbukti telah memberikan pulangan lumayan kepada ramai student saya yang mempromosikan produk tersebut.

Anda boleh cuba untuk promosikan produk ini juga.

Lihat salah seorang ejen affiliate yang mempromosikan produk ini, beliau berjaya hasilkan lebih RM200,000 jualan dalam tempoh 3 bulan:

Untuk promosikan produk ini, ikuti langkah demi langkah berikut:

Langkah #1:

Daftar sebagai affiliate melalui pautan berikut:
http://billing.mamabaryani.com/register

Langkah #2:

Tambah maklumat akaun bank anda untuk pembayaran komisyen kelak.

Klik menu Payment Gateway >> Add New

Lengkapkan maklumat akaun bank anda, kemudian klik butang Save.

Langkah #3:

Untuk mendapatkan pautan affiliate anda:

Klik menu Marketplace >> Action seperti dalam gambar di bawah.

Pilih produk "Ebay Intelligence - Ebook Panduan Ebay 2017"

Ada 2 jenis link yang dipaparkan:

Link 1 - Akan redirect ke sales page
Link 2 - Akan redirect ke order page

Anda hanya perlu copy dan paste untuk promosikan pautan ini.

  • Ebay Intelligence Pakej A (RM97) = Komisyen RM40 per jualan
  • Ebay Intelligence Pakej B (RM197) = Komisyen RM80 per jualan
  • Ebay Intelligence Pakej C (RM497) = Komisyen RM120 per jualan

2. Promosi Link Affiliate

Selepas anda selesai memilih produk untuk anda promosikan sebagai affiliate, kini sampailah di fasa yang paling penting. Iaitu Marketing.

Sebagai affiliate, part ini anda perlu kreatif, kerana matlamat anda ialah supaya prospek klik pada Link Affiliate anda kemudian membeli produk yang anda promosikan tersebut.

Untuk strategi promosi, ada pelbagai kaedah yang anda boleh gunakan. Namun sebagai permulaan, anda boleh gunakan kaedah berikut:

Facebook Page

Saya suka menggunakan Facebook Page kerana post yang diupdate di sini boleh diiklankan menggunakan Facebook Ads. Berbeza jika posting yang diupdate di profile, ia tidak boleh diiklankan menggunakan Facebook Ads. Jadi, potential reach menjadi agak rendah, lebih-lebih lagi jika jumlah rakan anda di FB masih lagi sedikit.

Justeru, saya sarankan agar anda mulakan di Facebook Page untuk long term promotion.

Update posting yang minta orang untuk komen 'PM' atau 'Saya Berminat' atau seumpamanya yang bertujuan untuk wujudkan 'engagement' pada posting tersebut. Ia juga secara tidak langsung akan membantu posting anda menjadi lebih viral.

Semasa menggunakan Facebook Ads untuk iklankan produk yang saya promosikan, saya guna kaedah berikut:

*Budget: RM10 sehari per iklan
*Placement: Mobile only
*Interest: Set 1 interest per iklan
*Objektif: Page Post Engagement
*Call to action: Minta orang komen

Lihat contoh iklan ini. Simple copywriting, dan Call to action yang santai "Sape Nak".

contoh-iklan

Apabila ada prospek yang komen berminat, maka anda hanya perlu mesej mereka secara personal dan berikan Link Affiliate anda tadi.

Contoh ayat:

Terima kasih kerana berminat dengan
Ebook Panduan Ebay.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan
melayari pautan berikut:

=> LINK AFFILIATE ANDA

Semoga ia bermanfaat buat anda.

3. Scale Up

Selepas iklan anda telah berjalan dengan baik. Dan anda dah start menerima jualan daripada iklan tersebut, saya sarankan agar anda tambah kos iklan anda sedikit demi sedikit.

Anda hanya perlu duplicate iklan yang dah berjalan elok, dan set untuk target interest yang berlainan pula.

Jika iklan sebelum ini anda target interest orang yang dah like page 'Prof Muhaya', jadi untuk iklan yang anda duplicate tadi, maybe anda boleh set untuk interest 'Dr Fadhilah Kamsah" dan lain-lain. Ini sebagai contoh sahaja. Anda bebas untuk ubah suai sehingga iklan anda benar-benar berjaya menghasilkan jualan yang bagus untuk anda.

Semoga dengan perkongsian di atas sedikit sebanyak membantu anda untuk memulakan bisnes affiliate anda hari ini!

SJP3.0: 'Shorcut' Bisnes Affiliate!

Sekarang ini saya ada bangunkan satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Jualan Pro, edisi 3.0 (SJP3.0) bertujuan sebagai 'SHORTCUT' untuk membantu anda menghasilkan income melalui bisnes affiliate.

Sistem ini telah dilancarkan pada 2013. Dan sehingga kini ia telah beroperasi hampir 5 tahun. Dalam tempoh tersebut, seramai lebih 1,000+ ahli yang telah mendaftar di dalam sistem ini.

Alhamdulillah, SJP ini telah membantu ramai usahawan internet baru menjana pendapatan tambahan ke akaun bank mereka.

Bagaimana SJP 3.0 boleh membantu anda buat duit melalui internet?

  • Sistem telah sediakan satu webpage khas untuk mengumpul senarai email prospek.
  • Tugas anda hanya fokus untuk tarik trafik ke webpage tersebut, dan selebihnya anda serahkan kepada SJP3.0 untuk melakukan follow up dan close sales kepada prospek yang anda telah bawa.
  • Anda berpeluang untuk jana komisyen dari pelbagai produk yang dipromosikan melalui sistem.
  • Ini kerana setiap kali prospek anda subscribe emel mereka melalui webpage tersebut, SJP3.0 akan terus capture 'ID khas' anda untuk dimasukkan secara automatik di dalam siri email follow up.
  • Sistem akan menghantar email follow up secara berkala, dan apabila prospek baca emel tersebut dan membeli produk yang ditawarkan, maka anda dapat komisyen.
  • Ini kerana pautan yang ada di dalam setiap email follow up akan mengandungi 'ID khas' anda.

Oleh itu secara teknikalnya..

Setiap emel follow up yang dihantar dari SJP 3.0 akan berpotensi menghasilkan duit untuk anda!

Jika anda mempromosi webpage khas anda, tugas anda menjadi lebih mudah kerana… List akan di follow up secara automatik dengan email yang siap sedia di dalam SJP 3.0.

Dan dengar ini. Jika mereka memesan mana-mana produk yang dipromosikan, anda akan menerima komisyen secara pasif. Semua kerja-kerja close sale, follow up, perkhidmatan pelanggan akan dikendalikan oleh sistem.

Ini antara komisyen yang terhasil selepas lebih seminggu menggunakan SJP3.0:

Jika anda berminat untuk melanggan"Sistem Jualan Pro 3.0" dan mula jana pendapatan pasif setiap bulan, anda boleh dapatkannya dengan klik butang JOIN NOW di bawah:

 

Langgan sekarang, dan mula generate income pasif anda.

Semoga bermanfaat!

rahmanbasri-new
rahmanbasri-signature


    2 replies to "Strategi Untuk Jana 5 Angka Dengan Affiliate!"

    • MOhd Nazir Ab Manan

      Salam Tuan,
      Pakej ni hanya untuk perniagaan melalui EBAY ka tuan?
      Bagaimana dengan platform online selain Ebay? Adakah boleh diaplikasikan juga teknik-teknik ini?
      Sekiranya saya membeli pakej B, Berapakah kos permulaan yang saya perlukan untuk setup dan selesaikan proses sehingga produk saya berjaya dijual di EBAY? Ambil kira produk tersebut seperti jam yang paling laris seperti cth di atas?

      Terima Kasih

    • Amir Mazlan

      biz affiliate..my passion sampai sekarang.
      paling ralit bila time mengarang artikel untuk promote produk ūüėÄ

Leave a Reply

Your email address will not be published.