"Nak Mulakan Bisnes, Tapi Tak Tahu Produk Apa Yang Senang Jual?"


Assalamualaikum.

Bagi orang yang belum pernah terjebak dalam dunia perniagaan, perkara yang saya nak share hari ini adalah yang paling paling paling kritikal. Dan inilah yang saya pegang dari awal buat bisnes sampai la ke hari ini.

Iaitu bagaimana untuk memahami produk apa yang anda boleh pilih terlebih dahulu untuk memulakan bisnes.

Inilah ilmu paling berharga yang sudah menyelamatkan saya dari rugi dan berhutang lebih banyak lagi. Ilmu saya dapat selepas belajar daripada seorang mentor bisnes.

Alhamdulillah ilmu tersebut masih saya gunakan sampai ke hari ini.

Ilmu yang sama ini juga telah menyebabkan kawan saya berjaya buat sales lebih RM700 ribu dalam masa 6 bulan. Jadi sila baca betul-betul dan fahamkan sampai faham ya.

1) Produk Syok Sendiri

Ramai orang yang belum biasa dan belum pernah berjaya dalam bisnes menganggap kita perlu mula bisnes dari perkara yang kita sendiri suka, yang kita sendiri minat. Dengan harapan orang lain pun minat dengan apa yang kita minat lalu boleh menghasilkan sales berjuta-juta.

Anda pula bagaimana?

Saya & partner juga pernah melalui detik-detik syok sendiri ni.

Partner saya ni terlalu suka bidang jahitan.

Bukan setakat pandai jahit. Pandai repair mesin jahit juga.

Oleh kerana minat sangat pada bidang jahitan, kami ingat bidang ni akan bagi kami untung besar. Kami ingat, bila kami suka, orang lain akan suka juga apa yang kami suka.

Tahun 2011 kami mulakan bisnes sulaman. Kami beli mesin sulam Brother model NV95.

Ambil pakej sekali dengan lap top yang dah siap di programkan dengan software sulam. Embird nama software tu.

Kami ambil upah sulam name tag sekolah, baju, tuala, gaun eksklusif untuk kanak-kanak. Dan segala tempat yang boleh sulam kami akan terima order.

Proses sulaman dimulakan dengan menyediakan artwork di laptop. Yang memerlukan skill lukisan 3D di lap top. Dah macam buat Engineering Drawing.

Di atas ni antara hasil sulaman yang pernah kami buat.

Kemuncaknya, kami pergi ke KL untuk melihat sendiri mesin sulam jenama Tajima. Masa tu kami dah buat proposal untuk beli mesin sulam yang lebih besar. Mesin sulam itu berharga RM60,000 hingga RM200,000.

Nasib kami baik, sudah tiga kali hantar proposal & dokumen. Permohonan untuk beli mesin sulam tajima di tolak.

Dari segi marketing untuk bisnes sulam ni, kami gunakan FB marketing.

Sales bulanan untuk bisnes sulam ini hanya 3 angka sahaja. Pelanggan terdiri dari orang yang kami kenal. Ada segelintir dari FB hasil dari buat FB Ads.

Selepas 4 tahun dalam bisnes sulaman ni. Akhirnya kami akur. Saya berundur. Saya tak mampu besarkan lagi bisnes ini. Saya rasa amat penat kerana dari awal proses ambil order sehingga penghantaran. Semuanya kami lakukan sendiri.

Produk syok sendiri ini adalah produk yang kita sorang-sorang suka. Biasanya berkaitan dengan hobi.

Contohnya adalah seperti jahitan, sulaman, lukisan, kait-mengait, kraf tangan dan lain-lain. Produk jenis syok sendiri ini jika pelanggan tak beli sekalipun tidak menggangu gugat kehidupan seharian pelanggan.

Produk syok sendiri ni kita terpaksa susah payah cari pelanggan kita. Sangat sukar untuk dapat sales yang banyak hanya dengan tunggu pelanggan datang cari kita.

Produk jenis syok sendiri ini kita boleh buat sehingga menghasilkan sales yang banyak sehingga berjuta setahun. Tapi perlukan modal yang besar untuk marketing.

Jika kita tiada modal untuk buat marketing kita memerlukan masa yang lama untuk berjaya menghasilkan sales sehingga 6 angka sebulan. Teknik marketing yang boleh boomkan sales produk syok sendiri adalah pengiklanan di TV atau FB Ads.

Jika anda hanya mengguna FB personal untuk marketing. Cara ini akan menyebabkan anda buang masa kerana friendlist anda bukan audience yang tepat.

Jika menggunakan FB Ads, anda boleh gunakan kempen Tarik like (Like Marketing). Cari audience / prospek yang minat dengan produk yang kita jual.

Lihat contoh berikut jika anda ingin lakukan iklan menggunakan FB Ads:

Produk: Jual bantal baby dengan sulaman nama baby.

Prospek: Ibu-ibu yang akan melahirkan anak, ibu-ibu yang ada anak kecil.

Lokasi prospek: Di FB Page Pa&Ma, JOHNSON Baby, Baby Language dan lain-lain lagi page yang berkenaan.

Cipta satu nama brand yang unik untuk produk syok sendiri kita ni. Buat logo & konsep produk.

Lepas tu buat Like Marketing untuk kumpulkan prospek dalam FB Page kita. Selepas dapat kumpul 3000 likers di page kita. Baru boleh buat iklan untuk sales.

Dan teruskan tarik like. Kerana liker-liker baru ini adalah bakal customer kita.

Jika anda ada modal yang besar (lebih RM100 ribu) dan sanggup kehilangan semua modal itu, anda boleh mula bisnes dengan menjual produk syok sendiri.

Produk ini sesuai untuk mereka-mereka yang punya banyak modal, tak kisah untuk rugi / hilang semua duit yang dilaburkan, ada kemampuan untuk bayar gaji staf marketing, designer dan lain-lain.

Jika anda seorang yang tidak punya modal, tak sanggung nak tunggu hingga bertahun-tahun untuk berjaya, tiada pengalaman berjaya dalam bisnes langsung, saya nasihat anda tidak memulakan bisnes pertama anda dengan jual produk syok sendiri.

2) Produk Kemahuan

Produk yang orang mahu tapi belum pasti mereka perlukan.

Produk yang jika mereka tak beli tidak akan mengganggu kehidupan seharian prospek. Saya dan partner pun pernah terlibat menjual produk jenis kemahuan ni.

Sampai sekarang masih simpan kenangan jual produk kemahuan ini.

FB page yang masih kami kekalkan sehingga ke hari ini. Sebagai kenang kenangan jual produk jenis kemahuan ni.

Shawl blink-blink ni dapat sambutan hangat sehingga order 2 kali dengan supplier dari vietnam.

Kos beli sehelai shawl ini RM20 (termasuk tax), kami jual dengan harga RM60 sehelai.

3 bulan sahaja design ni dapat sambutan hangat. Selepas 3 bulan customer mula senyap dan kami terpaksa keluarkan design tudung yang baru.

Shawl yang ni kami upah tukang jahit di Larkin. Cuba memperbanyakkan sales dengan tambah produk.

Kemudian, kami restok blouse pula. Masa ni terpaksa gadai gold bar.

Bisnes kemahuan inilah yang paling ramai orang buat. Kalau scroll di FB, terlalu banyak brand yang muncul macam cendawan lepas hujan.

Jika kita mulakan bisnes produk kemahuan ini tanpa modal yang besar, kita perlukan masa yang lama kerana pelanggan perlu diajar terlebih dahulu untuk suka dan teruja dengan produk kita.

Tapi, jika anda ada budjet yang besar, sangat mudah untuk dapatkan sales yang cepat dan banyak.

Upah saja jurugambar ambil gambar tudung dan baju yang kita jual dipakaikan pada model yang cantik, produk kita akan nampak cantik sangat-sangat dan pelanggan mudah tergoda.

Dengan menggunakan gambar model yang lebih cantik dari gambar produk dan menggunakan teknik saka (retargeting) di FB, Insyaallah produk jenis kemahuan ini amat mudah untuk menghasilkan sales berpuluh ribu sehari.

Dan penting sangat-sangat untuk membangunkan brand produk untuk mendapatkan sales beratur ribu sebulan. Kebanyakkan manusia membeli sebab brand.

Cuba bayangkan mak kita solat dengan telekung Siti Khadijah original yang kita hadiahkan. Kita pun rasa bangga sebab dapat belikan mak barang mahal yang branded tu.

Produk kemahuan ni, kita perlu cari pelanggan kita. Jadi kena banyak kali muncul depan prospek kita.

Untuk produk kemahuan ini, sediakan modal RM30k (10% untuk marketing), buat branding di FB, kumpulkan follower / likers yang tepat yang kita yakin akan beli produk kita, barulah buat sales.

Brand awareness & like marketing perlu sentiasa kita buat setiap masa untuk dapatkan pelanggan baru. Selepas itu boleh buat marketing dengan google ads pula.

Jadi, untuk produk kemahuan ni. Sesuai untuk mereka yang ada budjet 5 angka ke atas untuk memulakan bisnes.

3) Produk Keperluan

Produk keperluan adalah produk yang orang perlukan. Jika pelanggan tak beli hidup mereka terganggu.

Contohnya jika kita nak buat majlis perkahwinan, kita perlu sewa kanopi atau dewan. Tanpa kanopi atau dewan kita tak boleh terima tetamu yang ramai.

Jika nak buat majlis perkahwinan kita juga perlukan catering. Tanpa caterer, tetamu kita akan kelaparan.

Di musim hujan, ramai orang akan cari mesin pengering baju. Ramai orang terpaksa pergi kedai dobi untuk keringkan semua pakaian di waktu matahari susah nak nampak.

Sekarang dah lebih faham pasal produk keperluan ni kan?

Bisnes ni kita tak cari pelanggan pun mereka akan datang cari kita. Jadi kita boleh tunggu pelanggan. Tapi ada caranya..

Saya kongsikan pengalaman bisnes saya dan partner menguruskan bisnes jenis keperluan.

Waha Hills Canopy & Enterprise di tubuhkan pada Oktober 2010 bermula dengan 4 set kanopi bermodalkan RM20,000.

Alhamdulillah, bisnes kanopi ini masih lagi beroperasi sehingga kini dan kami sudah ada 44 set kanopi dan 22 warna kain scalop dan skiriting.

Marketing percuma di google yang telah menyelamatkan bisnes kanopi kami.

Inilah yang saya katakan kita boleh tunggu pelanggan datang. Kami tak pernah pergi jumpa orang merayu sales kanopi. Semua pelanggan datang kepada kami tanpa dipaksa.

Dan inilah bisnes yang kita boleh pilih pelanggan. Kita boleh reject pelanggan. Walaupun tolak banyak job, tapi sales tetap 5 angka sebulan.

Kami juga menguruskan marketing bisnes homestay keluarga.

Terletak 90km dari bandar Johor Bharu. Tidak ada kawasan tarikan pelancong di sekeliling homestay kami tapi setiap minggu homestay kami penuh.

Bisnes homestay juga bisnes yang kita boleh tunggu pelanggan. Tapi kena pastikan maklumat bisnes kita mudah di cari di google.

Biasanya masa yang kita perlukan untuk jadikan bisnes jenis keperluan ini di ketahui ramai pelanggan, tidaklah terlalu lama. Dan dengan kuasa facebook marketing & google marketing, ia boleh dilakukan dengan lebih pantas lagi.

Modal untuk memulakan perniagaan jenis keperluan ni biasanya besar, tapi satu kali keluarkan modal.

Contohnya, untuk memulakan bisnes kanopi kita kena ada RM30,000 untuk sediakan 4 set kanopi lengkap dengan set kain.

Manakala untuk bisnes homestay, kami keluarkan modal RM100,00 untuk siapkan bangunan homestay 7 pintu.

Modal memang besar tapi keluar satu sahaja. Dari segi untung, memang boleh terus boleh dapat untung yang banyak. Kami untung RM40,000 dalam masa 2 bulan pertama selepas buat bisnes kanopi pada tahun 2010.

Jadi bisnes keperluan ini lebih senang nak dapat sales dari produk kemahuan & produk syok sendiri walaupun kita cuma menunggu sales. Tapi biasanya perlukan modal yang sangat besar sehingga mencecah ke 6 angka.

4) Produk Terdesak

Produk terdesak adalah produk yang terpaksa orang beli kerana jika mereka tak beli mungkin boleh mengancam kehidupan harian mereka.

Hidup mereka bergantung kepada produk terdesak. Dan setiap hari mereka perlukan produk ini.

Di Malaysia gula adalah contoh produk terdesak. Setiap rumah dalam Malaysia ada gula. Untuk buat minuman juga sebagai ramuan dalam makanan. Tengok sajalah tauke gula Malaysia. Antara orang terkaya di negara kita kan?

Sebabnya setiap saat ada orang beli gula dan di mana-mana sahaja di atas muka bumi Malaysia.

Beras, tepung, roti ini juga contoh produk terdesak yang terpaksa orag beli untuk meneruskan kehidupan di Malaysia.

Di universiti pula, mee segera jadi produk terdesak 🙂

Di Facebook & Instagram, krim putihkan kulit jadi produk terdesak. Bila nampak testimoni sebelum selepas muka boleh jadi putih gebu. Berderet PM. Beratus-ratus botol terjual sehari. Founder produk pemutih pun jadi jutawan segera.

Selepas setahun, KKM bocorkan rahsia produk pemutih ada bahan kimia, muka perempuan-perempuan ramai jadi merah & berjeragat. Founder perlahan-lahan turunkan sales & buat produk baru.

Ini masih dikategorikan sebagai produk terdesak, tapi trending.

Dan lagi kita tengok di facebook ramai orang nak kurus. Terlalu banyak produk kurus muncul. Semua founder produk kurus yang pandai main FB ads jadi jutawan segera.

Inilah keseronokkan bila kita berada dalam bisnes produk terdesak. Sales datang kepada kita setiap masa. Repeat order sangat tinggi.

Untuk jual gula, jual beras dan keperluan asas harian itu saya belum mampu. Lagipun bidang ini sudah ada yang empunya. Sangat susah nak masuk market ini.

Jadi saya dan partner buat keputusan untuk jadi pengedar produk kesihatan dan kecantikan dari USA. Modal awal kami adalah RM90. Sangat murah!

Ini antara contoh video-video kami di Youtube.

Alhamdulillah hingga sekarang, di bawah tanggungjawab kami ada lebih 1000 ejen VIP.

Terlalu banyak produk terdesak yang kita boleh jual. Yang paling mudah adalah dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Ubat kencing manis, gout, buasir, tibi, kanser, jerawat, ubat jeragat, untuk cepat putih & cantik, awet muda, ubat kuat ketat-ketat, ubat kencing manis, ubat strok dan 1001 lagi masalah kecantikan dan keihatan yang and mungkin tak pernah dengar.

Fikirkan sejenak, di sekeliling kita apa produk yang orang terpaksa beli.

Yang menariknya apabila kita menjual produk terdesak ni, masa yang kita perlukan untuk buat sales yang banyak adalah singkat. Dan kita boleh untung besar dengan cepat.

Kita boleh tunggu sales masuk hasil dari google marketing. Ini yang paling menyeronokkan. Hari ni setiap hari berbilion search di google. Jika kita ada kebolehan untuk melayan beribu-ribu PM, boleh gunakan FB Ads untuk letupkan sales.

Saya sudah terangkan kesemua 4 jenis produk yang anda boleh pilih untuk peringkat awal bisnes.

Dan saya boleh simpulkan, pemilihan ini bergantung kepada berapa besar budget anda untuk mulakan bisnes. Juga tahap kesabaran anda menunggu sales RM1 juta pertama.

Anda boleh pilih nak mula dari mana-mana produk sekalipun. Kesemua empat jenis produk anda boleh berjaya sehingga cecah sales ratus ribu tinggit sebulan. Cuma ada beza dari segi tahap kesukaran menguruskan bisnes. Cabarannya juga berbeza.

Tapi, jika kurang budjet, kurang ilmu, eloklah bermula dengan produk terdesak. Soalan seterusnya, nak buat marketing guna FB atau google? Jika anda boleh tunggu sales datang, anda bolehlah hanya bergantung kepada google marketing sahaja. Tapi jika anda nak paksa sales masuk bertalu-talu perlu gunakan FB marketing.

Alhamdulillah, Allah kurniakan saya rezeki untuk merasai kesemua empat jenis produk ini. Dan saya sangat bersyukur kerana Allah jumpakan dengan produk terdesak yang sangat mudah di jual.

Bayangkan 2 hari pertama kami buat free marketing FB saya berjaya buat RM3000 sales. Jadi, untuk anda yang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes saya cadangkan bermula dengan buat bisnes jenis produk terdesak.

Dan selepas kita berjaya kumpul duit yang banyak (RM100k), bolehlah anda mulakan juga bisnes produk kemahuan dengan buat branding besar-besaran (perlu guna modal yang besar).

Kalau anda rasa artikel yang saya share ni bermanfaat dan anda nak belajar lebih lanjut, baru-baru ni sy dapat PM, whatsapp dan emel yang bertalu-talu untuk belajar macam mana nak buat bisnes produk terdesak ni.

Apa yang saya share ni cuma 5-10% sahaja. Selebihnya saya ada kongsikan di dalam Program Bimbingan Bisnes. Saya ada terangkan semua proses dari A to Z.

Jika anda nak mulakan bisnes tapi buntu tak tahu nak mula dari mana, program ni sesuai untuk anda belajar.

Sebabnya ia adalah proven case study dan ianya easy friendly.

Keduanya, saya tunjuk produk apa yang anda boleh terus jualkan. Semua step apa yang patut anda buat, bagaimana nak bermula dan macam mana cara nak jual saya ada ceritakan secara terperinci dalam program ni.

Pelaburan yang anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu ini sangat berbaloi. Ilmu yang anda dapat anda boleh pakai sampai bila-bila takkan habis.

Jika anda berminat, klik di sini untuk anda sertai Program Bimbingan Bisnes ini dengan harga istimewa.

Semoga bermanfaat!

Klik Di Sini Untuk Baca Lanjut Berkenaan Program Bimbingan Bisnes.