Bagi anda yang mempunyai website WooCommerce, anda boleh install WooCommerce Mobile App di smartphone anda terlebih dahulu.

Dengan adanya Mobile App ini, anda akan lebih mudah untuk menyemak dan menguruskan tempahan melalui smartphone sahaja.

Selepas anda melakukan pemasangan WooCommerce Mobile App di smartphone anda, anda wajib lakukan proses di bawah ini untuk membolehkan anda menggunakan app tersebut.

Langkah 1 – Install plugin Jetpack

Login ke website anda. Klik menu Plugin >> Add New. Kemudian search keyword “Jetpack”. Klik Install Now untuk mulakan pemasangan plugin.

Langkah 2 – Aktifkan Jetpack

Selepas install, klik Activate untukmengaktifkan plugin.

Langkah 3 – Setup Jetpack

Seterusnya klik butang hijau Jetpack untuk mulakan proses setup.

Langkah 4 – Sign in WordPress.com

Anda wajib mempunyai akaun di wordpress.com untuk menggunakan Jetpack.

Jika anda masih belum mempunyai akaun di wordpress.com, jangan risau kerana anda boleh buka akaun di wordpress.com secara percuma sahaja.

Kelak, anda perlu gunakan username dan password yang anda buat di wordpress.com untuk akses melalui WooCommerce Mobile App di smartphone anda.

Langkah 5 – Connect Jetpack

Klik Approve dan tunggu sehingga proses connection selesai. Biasanya ia cuma mengambil beberapa saat sahaja.

Langkah 6 – Selesai Setup

Akhir sekali, selepas proses di atas selesai, biasanya akan dipaparkan beberapa soalan berkaitan dengan bisnes anda.

Kemudian, anda akan lihat pakej langganan Jetpack. Anda boleh pilih sahaja ‘Start with free’ di bahagian bawah page.

Anda dah pun selesai melakukan setup.

Nanti anda akan menerima notifikasi di emel yang menyatakan ‘Your Jetpack site is ready to go’.

Langkah 7 – Sign in Mobile App

Anda kini sudah boleh menggunakan WooCommerce Mobile App untuk melihat rekod tempahan jualan anda.

Hanya gunakan username & password wordpress.com untuk login ke dalam mobile app.

Semoga berjaya! 🙂

Oleh: Rahman Basri


Leave a Reply

Your email address will not be published.