"Apa Lagi Cara Nak Dapatkan Targeted Audience?"

Hai assalamualaikum. Saya Rahman Basri.
Ramai peniaga online dah pening kepala bila buat iklan, terutamanya di Facebook Ads.
Kos makin mahal. Leads sikit. Susah nak convert sale.
Dah cuba tukar copywriting, buat video dan lain-lain. Tapi masih susah nak dapatkan jualan.
Kadangkala dapat 10 whatsapp, nak close seorang customer pun susah.
Akhirnya terpaksa buang harga dan menyebabkan untung sangat sedikit dan tak berbaloi dengan jumlah kos yang dah digunakan untuk iklan.
Adakah anda ada masalah untuk dapatkan audience yang betul-betul perlukan produk yang anda jualkan dan boleh convert kepada sale?
Jika ya, teruskan membaca.
Ini adalah isu fundamental marketing.
Iklan tidak akan 100% menentukan berlakunya jualan. Jualan akan berlaku apabila seseorang itu dah melalui satu proses yang dipanggil sales funnel.
Daripada TAHU kewujudan produk kita, kemudian SUKA produk kita, kepada PERCAYA produk kita.
Apabila mereka dah percaya, barulah mereka akan beli.
Justeru, sebagai peniaga kita kena tahu strategi bagaimana untuk buatkan pelanggan jadi nak beli produk kita.
Sekarang ini, 1 iklan tak menjamin untuk menghasilkan sale jika iklan tersebut tak berjaya tapis prospek yang berkualiti.
Iklan yang bagus ialah iklan yang boleh educate prospek terlebih dahulu berkenaan dengan nilai yang ada pada produk kita.
Sebab kalau kita nak jual satu produk kepada seseorang, adalah lebih mudah untuk jual apabila mereka faham tentang nilai produk tersebut.
Contohnya jika saya nak jual produk kecantikan, saya tidak buat iklan yang semata-mata menjual sahaja. Tapi saya akan buat iklan yang menerangkan tentang risiko pengambilan produk kecantikan yang tidak betul.
Cerita masalah racun pada bahan kosmetik, atau kisah-kisah pengguna yang pernah menggunakan produk kosmetik yang murah dan tak berkualiti.
Supaya prospek sedar yang sekarang ini produk kosmetik ada risiko keracunan dan dia pun tak tahu produk yang mereka gunakan selamat atau tidak.
Kemudian barulah saya akan buat beberapa iklan yang akan educate berkenaan produk saya yang diperbuat daripada bahan natural, dan ada penyelidikan dari mana-mana institut yang berdaftar, ataupun dikilangkan di Korea.
Jadi dengan adanya informasi itulah yang akan menyebabkan seseorang percaya kepada produk yang kita jual.
Sebenarnya simple sahaja kaedah nya.
Apa yang paling penting semasa anda nak buat iklan ialah anda kena fikirkan bagaimana untuk anda educate supaya prospek anda nampak dengan jelas tentang nilai yang mereka nak, ada pada produk anda.
Perlukan bimbingan yang lebih detail tentang hal ini?
Saya recommend untuk anda boleh apply strategi Ads Sniper di bawah ini.
Ia akan bantu anda hasilkan iklan di Facebook Ads yang lebih targeted kepada right audience anda, iaitu iklan yang boleh menarik prospek yang berkualiti dan berminat dengan produk anda sahaja.
Barulah 10 whatsapp masuk, 5 orang ke atas beli.
Kalau iklan kita tak targeted kepada right audience, akibatnya susah nak close.
Boleh jadi 10 orang masuk whatsapp, 1-2 orang sahaja yang beli.