Dulu masa mula-mula guna Facebook ads ni, ini persoalan yang selalu bermain di fikiran saya.
“Macam mana nak naikkan budget ads, dan tak rugi?”
Saya tahu ini juga ketakutan ramai orang yang meniaga online ni.
Kadangkala bila naik kan budget je, mulalah sales ke laut kan.
Dulu-dulu, saya akan start dengan budget rendah, RM10 – RM15 sehari untuk satu-satu ads campaign.
Cuma masalahnya bila budget terlalu rendah ni, iklan jadi sangat lambat dapat result. Reach pun sangat sedikit.
Bila lambat dapat result, memang akan selalu buat kita jadi down kan.
Sebab tu lah sekarang ni, mana-mana iklan yang baru saya nak run.. Saya akan terus set at least RM50-RM100 per day.
Hasilnya iklan jadi lebih cepat dapat reach yang tinggi (maksudnya ramai nampak iklan tu).
Bila ramai nampak iklan tu, senang dapat tau result. Sama ada iklan tu perform atau sebaliknya.
Gambar di atas saya ini saya ambil sekitar bulan Oktober lepas, iaitu ketika dijemput untuk mengajar strategi Facebook Ads dalam satu sesi Private Coaching.
Tahun lepas, rasanya lebih kurang 4 kali saya mengajar pasal Facebook ads secara public.
Kali pertama ialah dalam sesi Private coaching dengan satu company swasta (seperti dalam gambar di atas).
Kali kedua pula dalam sesi zoom online dengan beberapa orang student coaching saya.
Ketiga bersama dengan lebih 60 orang team leader produk Beausiti (owned by Dato’ Siti Nurhaliza).
Seterusnya, dalam kelas online zoom ‘Ads Mastery’.
Disebabkan kekangan masa, saya tak dapat untuk buat kelas mengajar Facebook ads ini dengan kerap.
Jadi sebagai alternatif untuk bantu anda belajar strategi Facebook Ads ini dengan kaedah yang betul dan proven..
Saya ada buat RAKAMAN video sepanjang kelas online Ads Mastery saya yang lepas.
Anda boleh tonton dan belajar melalui video rakaman ini (ini contoh video rakaman)
Jangan bimbang..
Walaupun ianya dalam bentuk video rakaman, semua modul saya terangkan dengan jelas dan mudah difahami.
Anda boleh lihat sebahagian feedback mereka yang dah tonton video rakaman ini:
Alhamdulillah, personally saya sangat gembira dengan feedback yang saya terima saban hari melalui emel daripada student yang dah menonton rakaman kelas Ads Mastery ini.
Untuk pengetahuan anda, tujuan utama kelas online Ads Mastery ini saya buat adalah untuk berkongsikan bagaimana lebih ramai orang dapat menguasai kemahiran penting dalam membina iklan yang berkesan, terutamanya anda yang membaca blog ini.
Supaya anda dapat menarik lebih ramai pelanggan membeli produk anda.
Modul di dalam kelas online ini saya hasilkan berdasarkan pengalaman saya menjalankan pelbagai kempen pengiklanan melalui Facebook ads sejak 10 tahun lepas.
Ianya bukan sekadar teori, tetapi adalah based on pengalaman yang praktikal.
Melalui rakaman kelas online ini, anda bukan sekadar belajar bagaimana membina kempen iklan yang berkesan, bahkan anda juga akan belajar teknik bagaimana menguasai cara mudah menghasilkan ayat iklan yang boleh menarik minat potential customer anda untuk klik dan melihat tawaran anda.
Saya yakin ramai orang tahu buat iklan, tapi tak ramai yang mahir bagaimana nak menulis ayat iklan yang bagus yang boleh menarik potential customer dengan betul.
Saya juga ada kongsikan formula bagaimana untuk anda tingkatkan budget pengiklanan anda daripada kurang RM100 sehari kepada sekurang-kurangnya RM1,000 sehari.
Ramai usahawan takut untuk tingkatkan budget pengiklanan di Facebook kerana takut rugi.
Insyaallah jika anda memahami formula ini, ia akan bantu anda untuk elakkan daripada rugi semasa melaburkan kos iklan.
Bahkan anda akan senang hati meningkatkan budget harian anda di Facebook ads. Percayalah!
Sebagai pelengkap kelas online ini, saya akan tunjukkan cara bagaimana untuk anda mengenalpasti iklan yang beri profit dan sebaliknya. Ramai orang beriklan tapi tidak tahu iklan yang mana satu yang beri hasil yang menguntungkan dan begitu juga sebaliknya.
Saya ada bertemu usahawan yang melaburkan lebih RM1,000 sehari melalui Facebook ads, tapi bila ditanya mana satukah iklan yang betul-betul beri keuntungan, mereka sendiri kelu tak tahu nak jawab apa.
Dulu saya selalu tertanya-tanya soalan ini..
“Macam mana nak tingkatkan budget di Facebook Ads kepada at least RM1,000 per day?”
Sebelum ini saya sangat impress dan teruja bila jumpa usahawan yang boleh laburkan RM1,000 per day pada iklan Facebook ads.
Saya terfikir jugak, macam manalah dorang berani sangat letak budget tinggi-tinggi macam tu.
“Tak kelaut ke sales dorg?”
Rupanya ada framework khas jika kita nak letak budget yang besar ni kat iklan.
Bukan main belasah je.
Then satu hari tu, saya pun beranikan diri untuk naikkan kan budget iklan saya.
Mula-mula RM100 per day je.
Kemudian, saya naikkan menjadi RM200 (menggeletar jugak nak tekan publish bila budget dah naik ni. Takut rugi).
Kemudian beberapa hari berikutnya, saya cuba up kan lagi budget sehingga RM500 – RM1,000 per day. Lagi menggeletar tangan!
Rupanya, apa yang saya belajar sepanjang proses tersebut ialah..
Bila kita scale up budget ads dengan kaedah yang betul dan terancang, Insyaallah target result yang kita nak tu akan mudah dicapai. (Semua dengan izin Allah).
Dan of course la ada yang yang perlu kita adjust sana sini sikit untuk dapatkan lebih profit untuk setiap ads campaign yang dibuat.
Jika anda mempunyai soalan dan menghadapi situasi yang sama dan perlukan ‘solution’, saya sarankan untuk anda tonton video full kelas online Ads Mastery saya.
Ini adalah video rakaman penuh kelas online yang saya adakan baru-baru ini.
Di dalam video ini saya ada kongsikan strategi terperinci bagaimana untuk anda hasilkan iklan di Facebook dengan kaedah yang terbukti berkesan dan dengan struktur yang betul.
Saya ajarkan juga cara bina ayat copywriting dengan kaedah yang paling simple yang anda boleh terus buat hari ini.
Tak perlu pening-pening nak buat copywriting yang complicated.
Saya tunjuk step by step cara nak setup iklan Facebook Ads.
Dan, saya tunjuk sendiri iklan-iklan yang saya tengah run dengan budget sehingga RM1,000 per day! (Ini jarang dikongsikan oleh speaker-speaker lain).
Anda akan belajar banyak daripada sesi ini kerana anda dapat lihat secara praktikal bagaimana untuk letakkan budget yang sesuai untuk setiap iklan anda.
Dengan adanya video ini, anda boleh tonton dan belajar bila-bila masa anda lapang nanti.
Buat anda yang buat tempahan video rakaman kelas online pada hari ini, saya berbesar hati untuk sertakan Manual Facebook Ads Formula sebagai bonus eksklusif dan penghargaan buat anda yang komited untuk belajar dan berjaya!
Saya juga akan berikan anda akses rakaman Kelas Online Copywriting ini.
Saya ada ajarkan cara mudah menulis copywriting beserta contoh untuk memudahkan pemahaman anda.
Di dalam video online Copywriting ini, anda akan belajar step by step bagaimana untuk membina copywriting dengan kaedah yang lebih simple dan proven untuk mempromosikan produk anda melalui Facebook ads.
Ini adalah teknik penulisan iklan yang saya selalu gunakan dalam kebanyakan kempen Facebook ads yang saya jalankan.
Alhamdulillah, dengan menggunakan kaedah copywriting ini, iklan-iklan yang saya hasilkan lebih mudah di ‘approve’ oleh Facebook ads dan ianya berjaya menarik lebih ramai pelanggan membeli produk-produk yang saya promosikan.
Jika sebelum ini anda pernah belajar teknik copywriting yang agak complicated, anda akan gembira selepas belajar method copywriting yang saya ajarkan dalam video ini. Sangat mudah untuk anda apply hari ini!
Untuk dapatkan akses kepada semua online course ini, anda hanya perlu laburkan serendah RM150 sahaja!
Tapi tawaran istimewa untuk pembaca blog saya ini, anda cuma perlu bayar RM50 untuk anda miliki rakaman kelas Ads Mastery beserta rakaman kelas online copywriting ini.