"Dah Guna Pelbagai Teknik Copywriting Untuk Produk Saya,
Tapi Jualan Masih Tak Masuk!"


Hai assalamualaikum. Saya Rahman Basri.

Ini adalah antara keluhan peniaga online. Dah cuba pelbagai teknik copywriting untuk produk, tapi sale masih tak masuk.

Kadang Reach iklan dah banyak, tapi takda respons.

Jika anda sedang berhadapan dengan situasi macam ni, jika reach banyak tapi takda respons.. Maksudnya prospek (audience) yang melihat iklan anda tu tak betul.

Teruskan membaca untuk ketahui bagaimana nak atasi masalah ini.

Saya bagi satu contoh mudah.

Anda sedang jual pancing kepada orang di padang pasir. Walaupun semua orang dipadang pasir tengok pancing kita tu, tapi mereka akan fikir buat apa nak beli.

Bagi anda yang biasa menggunakan Facebook Ads untuk tujuan iklan, jika jumlah reach iklan kita dah banyak, tapi respons nya kurang.. Boleh jadi mungkin kita dah tersilap targeting audience untuk iklan tersebut.

Jika target audience dah salah, ayat copywriting yang powerful macam mana sekalipun susah nak dapat result.

Samalah macam contoh jual pancing di atas. Walau macam mana hebat kita terangkan kelebihan pancing tersebut, orang-orang yang berada di padang pasir tentunya sukar untuk beli.

Jadi apa yang anda kena belajar dulu sebelum anda buat copywriting & iklan ialah anda kena belajar buat targeting yang betul terlebih dahulu.

Persoalannya, bagaimana kita nak buat targeting?

Langkah pertama yang kita perlu lakukan untuk buat targeting ialah kita kenal produk kita.

Kita kena tahu apa penyelesaian yang produk kita tawarkan.

Ini adalah perkara paling asas yang perlu kita tahu dan faham betul-betul sebelum kita nak mulakan menulis copywriting dan iklan di Facebook Ads.

Kita tak boleh terus buat copywriting dan iklan jika kita tak faham asas ini.

Jadi mulakan dengan anda mengenal produk.

Tulis nota dan terangkan semuanya pasal produk anda. Supaya apabila prospek tanya pasal produk, kita boleh terangkan dengan tepat dan terperinci.

Dengan mengetahui pasal produk kita, ia akan bantu untuk kita tahu siapkah yang sangat memerlukan produk tersebut.

Kemudian, setelah kita dah tahu apa masalah-masalah yang boleh diselesaikan oleh produk kita, apa yang kita perlu lakukan seterusnya ialah kita kena buat Customer Avatar.

Customer Avatar ni ringkasnya macam ini, anda kena senaraikan ciri-ciri pelanggan (ideal customer) yang anda perlukan untuk membeli produk anda.

Jika target pelanggan anda ialah seorang yang bekerjaya;

.. apa Facebook Page yang biasa mereka follow.

.. apa TV / Movie yang mereka suka tonton.

.. di mana mereka bekerja.

.. apa majalah online yang mereka baca.

.. apa pekerjaan mereka.

.. apa hobi mereka.

Customer Avatar ini sangat penting supaya kita jelas tentang siapakah yang sangat memerlukan produk kita tersebut.

Bila kita dah tahu siapa yang perlukan produk ini, maka barulah kita senang nak tahu di mana mereka berada.

Untuk peringkat awal, anda boleh gunakan Interest di Facebook Ads.

Senaraikan sebanyak mungkin Interest yang bersesuaian dengan Ideal customer kita.

Kemudian, bila kita dah dapat senaraikan semua maklumat di atas, barulah kita boleh buat iklan dan test setiap satu interest di atas ni.

Lihat mana yang paling banyak dapat respons.

Itu baru peringkat awal.

Kemudian semua prospek (audience) yang dah interact dan enggage dengan iklan kita tersebut, barulah kita boleh follow up mereka semula.

Sebabnya mereka dah tahu tentang kewujudan produk kita. Mereka ini akan lebih mudah membeli produk kita sebab mereka dah ada knowledge pasal produk kita.

Sebaliknya, jika kita terus lompat dan tulis copywriting tanpa mengenal SIAPA ideal customer kita..

Kita seumpama seorang penjual pancing di padang pasir tadi.

Kita cerita betapa hebatnya pancing kita kepada semua orang yang lalu di padang pasir. Tapi at the end of the day, takda satu batang pancing pun yang kita berjaya jualkan.

Jadi balik kepada asas.

Mulakan dengan product knowledge.

Kemudian kenal pelanggan terlebih dahulu melalui Avatar.

Dari situ barulah kita tahu apa interest bakal pelanggan kita, di mana mereka berada..

Setelah itu barulah kita bagi mesej kepada mereka iaitu dengan buat iklan kepada orang yang betul, masa yang betul dan tempat yang betul.

Perlukan bimbingan yang lebih detail tentang bagaimana nak dapatkan Ideal Customer?

Saya recommend untuk anda apply strategi Ads Sniper (link ada di bawah ini).

Insyaallah dengan strategi ini, ia akan bantu bantu anda hasilkan iklan di Facebook Ads yang lebih targeted kepada right audience anda, iaitu iklan yang boleh menarik prospek yang berkualiti dan berminat dengan produk anda sahaja.

Apabila iklan kita target kepada orang yang betul, kita akan lebih mudah nak close sale.

Tak perlu paksa untuk dorang beli produk kita, tapi biar mereka yang tak sabar beli produk kita.

Kan best macam tu.

Klik Di Sini Untuk Baca Lanjut Berkenaan Strategi Ads Sniper.