MEMBERSHIP SECURE PORTAL

Get 10,000 Leads

BY RAHMAN BASRI

TUTORIAL DAFTAR BUSINESS ADS MANAGER

 

Jika ini adalah kali pertama anda ingin menggunakan Facebook Ads sebagai medium pengiklanan anda, saya sarankan agar anda mulakan dengan membuka akaun Business Ads Manager.

Begitu juga dengan anda yang mungkin selama ini hanya menggunakan Personal Ads Manager, kali ini boleh anda migrate dan menggunakan Business Ads Manager.

Ini kerana ada beberapa function yang terdapat pada Business Ads Manager tidak available pada akaun Personal Ads Manager.

Klik sini untuk daftar akaun Business Ads Manager >

Kemudian, klik butang 'Create Account'

Lengkapkan maklumat yang diperlukan di sini, kemudian tekan butang Submit.

Business Ads Account anda telah pun berjaya dihasilkan.

Sila semak emel untuk anda verify maklumat emel anda terlebih dahulu.

Klik butang 'Confirm Now' untuk verify emel anda.

Kemudian pada ruangan Business Ads Account anda, klik menu 'Pages' dan klik Add.

Pilih 'Add Page'

Taip nama Facebook page anda di sini.

Klik butang Add Page selepas paparan Facebook page anda dah muncul.

Selepas berjaya menambah Facebook page ke dalam Business Ads Account anda, kini anda perlu bina 1 akaun ads untuk anda gunakan kelak dalam membina kempen iklan anda.

Klik menu 'Ads account' kemudian klik Add.

Pilih 'Create a new ad account'.

Rename ad account anda, dan pilih Time zone Kuala Lumpur & Currency MYR.

Pilih 'My Business'

Enable full control.

Selepas berjaya, anda perlu tambah maklumat payment.

Lengkapkan maklumat kad debit / credit yang anda ingin gunakan bagi tujuan payment Facebook ads.

Klik DONE selepas anda berjaya lakukan setting payment anda.

Tahniah! Kini anda sudah ready untuk hasilkan Ads Campaign anda yang pertama.

Back ยป