MEMBERSHIP SECURE PORTAL
Get 10,000 Leads
BY RAHMAN BASRI
CARA BINA CONTENT FACEBOOK STORIES ADS YANG LEBIH ENGAGING
Untuk hasilkan content (creative) untuk Facebook Stories ads takdelah sesukar mana.
Anda boleh gunakan gambar atau video untuk dijadikan sebagai content Facebook Stories anda.
Cuma untuk tingkatkan lebih engagement dan trust, saya recommend agar anda gunakan content dalam bentuk video.
Cuba lihat contoh content di bawah ini:
Ini lagi contoh:
Rakan saya ini cuma gunakan Stories untuk promosi pakej Umrah DIY beliau.
Dan Alhamdulillah beliau berjaya close 40 peserta untuk sertai pakej Umrah DIY yang beliau jalankan dalam masa yang sangat singkat!
Inilah penangan Stories yang boleh boost lebih engagement dan trust daripada prospek anda.
Justeru, di sini saya kongsikan teknik bagaimana anda juga boleh hasilkan content Stories yang boleh menarik perhatian prospek dan pelanggan anda:
- Letak caption atau hashtag yang bersesuaian dengan video anda yang boleh attract perhatian prospek anda.
- Elakkan gunakan font yang bersaiz kecil dan text yang terlalu panjang.
- Semasa rekod video, pastikan muka anda memandang ke arah kamera seperti anda sedang bercakap secara berdepan dengan kawan anda. Prospek akan merasakan yang anda sedang bercakap secara personal kepada mereka. Dan ini boleh meningkatkan rasa trust prospek kepada anda.
- Pastikan juga kedudukan anda tidak terlalu jauh daripada kamera supaya prospek tidak merasakan anda terlalu jauh daripada mereka.

Ini salah seorang student saya yang berjaya hasilkan jualan lebih RM100,000 setiap bulan. Salah satu kaedah marketing yang digunakan adalah dengan Stories Ads untuk promosikan produk pakaian beliau.


Dan ini adalah antara contoh Stories Ads yang selalu lalu di Stories saya. Siapa tak kenal dengan Neelofa dan Ust Haris. Mereka konsisten gunakan Stories Ads untuk kumpul leads bagi bisnes Markaz Tijari yang dijalankan.
Sebenarnya untuk hasilkan content dalam bentuk video ni, ada banyak 'angle' yang anda boleh gunakan.
Tapi cara yang paling pantas untuk anda bina trust dan engagement dengan prospek adalah dengan menghasilkan video sebegini - Anda pandang kamera dan rekod video seperti anda sedang bercakap dengan rakan anda.
Dan disebabkan 1 video ads ini cuma berdurasi 15 saat, anda boleh terus terangkan tentang produk / program atau tawaran anda di dalam short video tersebut.
Tujuan video sebegini adalah untuk bina awareness tentang tawaran anda terlebih dahulu.
Selain itu, jika anda masih tiada sebarang idea untuk hasilkan content yang sesuai, anda boleh rekod short video 15 saat untuk jawab persoalan-persoalan pelanggan yang berkaitan dengan bisnes anda.
Contohnya, jika anda menjalankan bisnes takaful. Anda boleh hasilkan content ringkas dan menjawab persoalan yang selalu ditanya oleh prospek anda.
Anda jadikan video Stories sebagai platform untuk anda berkongsikan pandangan anda. Video tersebut nanti anda boleh run sebagai Ads dan target kan kepada audience anda.