MEMBERSHIP SECURE PORTAL

Get 10,000 Leads

BY RAHMAN BASRI

CARA MEMBINA FACEBOOK PAGE UNTUK BISNES

 

Ini adalah antara langkah yang anda perlu lakukan terlebih dahulu sebelum anda hasilkan kempen iklan (ads campaign) Facebook Ads anda.

Bagi anda yang belum memiliki sebarang Facebook page untuk tujuan bisnes anda, saya sarankan untuk permulaan ini anda hasilkan satu Facebook page menggunakan Nama Personal anda.

Ini kerana anda boleh gunakan Facebook page personal tersebut untuk tujuan personal branding.

Contohnya jika anda menjalankan bisnes takaful, penapis air, makanan, training & consultation, bisnes hartanah, fashion, baju & tudung muslimah, produk kesihatan.. Anda masih boleh gunakan Facebook page personal tersebut.

Bagi saya Facebook page (dengan nama personal) ni bersifat universal.

Maksudnya jika ketika ini anda menjalankan bisnes makanan, anda boleh gunakan Facebook page tersebut, bahkan kelak anda menjalankan bisnes yang lain, anda juga masih boleh gunakan Facebook page yang sama tersebut.

Ini kerana apabila follower / prospek dah pun mengenali anda, mereka akan jadi lebih mudah membeli kerana mereka sudah mengenali anda.

Sebagai contoh, jika nama anda ialah Muhammad Ali Bin Salehuddin, anda boleh create Facebook page dengan nama Ali Salehuddin.

Ini kerana 2 perkataan lebih mudah diingati sebagai brand dan ianya lebih unik dan berbeza daripada nama orang lain.

Jika anda perasan, ramai influencer yang terkenal sama ada dari kalangan usahawan, artis, public figures.. Mereka menggunakan 2 perkataan pada nama personal brand mereka.

    • Irfan Khairi
    • Rahman Basri
    • Siti Nurhaliza
    • Khairul Aming

Jika anda lebih selesa untuk menggunakan nama brand sebagai nama Facebook page anda, itu pun takda masalah. Anda boleh lakukan ikut kreativiti anda.

Klik sini untuk create new page >

Anda boleh lengkapkan maklumat Nama, Categories, dan Short Description yang bersesuaian tentang diri anda.

Pada ruangan 'short description', anda boleh tulis tentang apakah servis ataupun bisnes yang anda sedang jalankan.

Gunakan gambar profile dan cover yang menarik dan bersesuaian dengan bisnes yang anda sedang jalankan.

Ini kerana first impression sangat penting untuk bina trust prospek kepada anda.

2. Kemaskini Posting

Selepas anda berjaya hasilkan Facebook page anda, pastikan anda kemaskini page anda dengan sekurang-kurangnya 10 posting yang beri education berkenaan produk / bisnes anda (ia bukan posting hard selling)

Lebih banyak posting yang beri education ni lebih baik, kerana biasanya prospek akan 'skodeng' dulu apa posting-posting yang anda pernah hasilkan di page.

Dari situ juga anda boleh bina trust prospek anda dan dalam masa yang sama dapat bina komuniti prospek / follower yang berkualiti untuk membeli daripada anda kelak.

Lihat contoh posting yang memberi education kepada prospek / follower page:

Selepas anda dah selesai kemaskini page anda, barulah anda boleh mulakan membina kempen iklan melalui Facebook Ads.

Back ยป