MEMBERSHIP SECURE PORTAL
Get 10,000 Leads
BY RAHMAN BASRI
APA 'ADS PLACEMENT' TERBAIK UNTUK KUMPUL LEADS MELALUI FACEBOOK ADS?
Apa itu Ad Placements?
Ad placements adalah tempat di mana iklan anda bakal dipaparkan. Terdapat lebih 10+ ad placements yang ada di ruangan Ads Manager yang anda boleh pilih, antaranya Facebook Newsfeed, Facebook Side bar, Facebook marketplace, Facebook Stories, Faceook In-Stream Videos, Facebook Intant Article dan banyak lagi.
Sebelum ini saya sendiri selalu tertanya-tanya apakah 'Ads Placement' yang terbaik untuk mana-mana kempen pengiklanan yang saya hasilkan melalui Facebook ads.
Sebenarnya tiada jawapan khusus untuk soalan ini.
Lain bisnes kadang lain result nya.
Jadi kaedah terbaik untuk anda kenalpasti mana satukah ad placements yang terbaik adalah dengan melakukan Split testing terhadap Ad Placements.
Cuma jika anda masih belum sempat untuk lakukan split testing ini, untuk permulaan ini saya recommend agar anda mulakan dengan Ad Placement - Stories.
BAGAIMANA FACEBOOK STORIES ADS BOLEH TINGKATKAN JUMLAH LEADS LEBIH PANTAS?
Berbanding dengan Newsfeed, content yang muncul di Stories mempunyai tempoh singkat selama 24 jam sahaja. Selepas 24 jam, content tersebut sudah tidak dipaparkan lagi (melainkan anda save di Story highlight)
Ini menyebabkan Stories seperti mempunyai element urgency yang boleh menyebabkan kita tak nak terlepas dengan content yang dipaparkan di dalam Facebook Stories.
Dalam satu kenyataan daripada Mark Zuckerberg sendiri, 'Stories' is a big part of the future of video sharing.
Ini menunjukkan Stories bakal menjadi future social media.
Orang lebih suka interact melalui Stories, kerana content Stories nampak lebih engaging.
Durasi 1 video stories juga max 15 saat sahaja.
Jadi jika video yang anda rakam dan upload di Stories lebih daripada 15 saat, maka ia akan dipecah-pecahkan kepada beberapa siri video stories yang singkat.
Tujuannya agar viewer video stories anda dapat lebih engage dengan setiap content video stories tersebut.
Justeru, sebagai usahawan... ini adalah peluang untuk anda gunakan Facebook Stories ads bagi menarik lebih ramai viewer untuk engaged dan dalam masa yang sama anda boleh mengumpul lead yang berkualiti.
Lihat antara big company yang menggunakan Stories untuk attract pelanggan mereka:





FORMAT FACEBOOK STORIES ADS
Untuk hasilkan video yang nampak profesional dan menarik, pastikan anda mengikut format video yang telah ditetapkan oleh pihak Facebook.
Ini adalah format yang disarankan:

Dan pastikan 14% (250 piksel) bahagian atas dan bawah video bebas daripada sebarang teks dan logo. Ini untuk elakkan teks / logo tersebut akan bertindih dengan butang 'call to action' yang muncul seperti 'Swipe Up/ Learn More' dan lain-lain.