MEMBERSHIP SECURE PORTAL

Get 10,000 Leads

BY RAHMAN BASRI

BAGAIMANA SAYA KUMPUL 10,000 LEADS?

 

Assalamualaikum & hai.

Saya Rahman Basri.

Saya telah mulakan bisnes secara online ini sejak tahun 2009 lagi.

Alhamdulillah setelah lebih 10 tahun berkecimpung secara aktif di dalam bidang perniagaan secara online ini, ianya sedikit sebanyak telah membantu saya melihat apakah 'KUNCI' kejayaan dalam membina perniagaan yang sustainable.

Salah satunya ialah DATABASE PELANGGAN.

Database adalah aset penting dalam sesebuah syarikat.

Sebab itulah mana-mana syarikat yang memiliki database pelanggan yang ramai mempunyai nilai yang sangat tinggi dan akan ramai yang sanggup untuk invest di dalam syarikat sebegini.

Bayangkan jika anda menghantar 1 promosi produk yang berharga RM50 kepada sejumlah 100,000 database pelanggan anda, dan jika hanya 1% sahaja yang membeli (bersamaan 1,000 orang), ini bermakna anda sudah boleh menghasilkan lebih kurang RM50,000 dengan mudah!

Inilah rahsia bagaimana syarikat-syarikat yang mempunyai database pelanggan besar mampu sustain lebih lama dalam pasaran - Database pelanggan!

 

Justeru untuk miliki 100,000 database pelanggan ini, anda perlu lakukan aktiviti mengumpul LEADS tanpa henti setiap hari!

Leads adalah prospek / orang yang berminat dengan produk yang anda tawarkan. Atau dengan kata mudahnya, Leads adalah bakal pelanggan anda.

Sebab itulah juga kebanyakan syarikat besar, mereka ada department yang khusus menguruskan bahagian marketing untuk mengumpul leads setiap hari.

Leads umpama nyawa kepada bisnes anda.

Semakin banyak leads yang anda berjaya kumpul, semakin tinggi potensi jualan yang bakal anda hasilkan melalui bisnes yang anda jalankan.

Secara asasnya, database Leads perlu ada sekurang-kurangnya nama, nombor telefon atau alamat emel prospek. Ini untuk memudahkan anda menghubungi prospek pada bila-bila masa yang diperlukan.

Dan untuk menyimpan database leads ini, ada beberapa cara yang saya gunakan sebelum ini:

  1. Simpan nombor di phoneBiasanya saya akan sync dengan gmail supaya bila tukar phone, semua number ni masih boleh diakses secara online.
  2. Simpan maklumat di Excell. Kelebihan bila menyimpan di excell / sheet ni, kita boleh uruskan maklumat database ini dengan lebih teratur. Bila-bila masa kita boleh akses dan gunakan database ini.
  3. Gunakan sistem online ordering.Yang menariknya bila gunakan sistem online ordering ni, kita bukan sahaja dapat mengumpul database prospek, bahkan kita juga boleh mengumpul database pelanggan dalam satu sistem yang sama.Saya akan terangkan bagaimana untuk anda setup sistem online ordering ini dalam modul yang berasingan kelak.

 

Insyaallah melalui online course ini saya akan kongsikan 10 teknik bagaimana cara anda mengumpul leads yang lebih berkualiti untuk bisnes anda.

Kandungan
    • Bagaimana Kumpul Leads Dengan Giveway
    • Bagaimana Kumpul Leads Dengan Webinar
    • Bagaimana Kumpul Leads Dengan Demo / Free Trial
    • Bagaimana Kumpul Leads Dengan Low Price Product
    • Bagaimana Kumpul Leads Dengan Challenge Programme
    • Bagaimana Kumpul Leads Dengan Free Ebook / Video
    • Bagaimana Kumpul Leads Dengan Kupon Diskaun
    • Bagaimana Kumpul Leads Dengan Referral Programme (coming soon)
    • Bagaimana Kumpul Leads Dengan Waiting List (coming soon)
    • Bagaimana Kumpul Leads Dengan Content Marketing (coming soon)

1. KUMPUL LEADS DENGAN GIVEAWAY

Rasanya teknik Giveaway ini antara yang biasa digunakan oleh kebanyakan online seller atau mana-mana syarikat untuk mengumpul leads.

Anda juga boleh gunakan teknik Giveaway untuk mengumpul leads dengan pantas.

Caranya ialah dengan anda memberikan produk secara percuma kepada bakal pelanggan anda, dengan syarat mereka perlu berikan maklumat Nama / No. Phone / Emel kepada anda.

Ada pelbagai cara untuk anda buat Giveaway ini, antaranya adalah seperti berikut:

Contoh Giveaway di atas ini adalah sesuai bagi anda yang menjalankan bisnes secara retail. Contohnya jika anda menjual susu kambing, anda boleh berikan 1 sachet susu kambing secara percuma kepada prospek anda.

Begitu juga bagi anda yang menjalankan bisnes F&B (food & beverages), anda boleh tarik lebih ramai bakal pelanggan dengan mengadakan giveway - pemberian minuman / makanan percuma untuk tujuan anda memperkenalkan bisnes anda.

Namun dalam mana-mana givaeaway yang anda lakukan, pastikan anda sudah lakukan pengiraan costing supaya anda tahu bagaimana untuk cover kos yang anda telah gunakan sepanjang giveaway anda tersebut.

Sebagai contoh ada satu pemilik bisnes kek telah berikan giveway kek secara percuma pada hari pelancaran kedai bakery mereka. Namun dalam masa yang sama mereka masih berjaya dapatkan keuntungan melalui jualan air minuman sepanjang pelancaran kedai bakery mereka.

Jadi perlu ada strategi bagaimana untuk dapatkan keuntungan melalui giveway yang anda jalankan ya!

2. KUMPUL LEADS DENGAN WEBINAR

 

Semenjak pandemik pada tahun 2020, webinar menjadi antara platform penting dalam bisnes online. Kebanyakan online seller sudah mula menggunakan webinar untuk menjalankan online training mahupun preview session kepada bakal pelanggan.

Bagi anda yang menjalankan bisnes servis seperti takaful, penggunaan webinar melalui zoom boleh bantu anda berinteraksi directly kepada bakal pelanggan anda.

Saya sendiri banyak menggunakan webinar untuk mengumpul leads untuk beberapa bisnes online yang saya jalankan. Alhamdulillah, selain dapat mengumpul leads dengan lebih pantas, prospek yang diperoleh melalui webinar lebih mudah convert membeli produk kerana prospek dapat engage dengan seller secara live.

Selain zoom, ini antara software webinar yang saya gunakan untuk hasilkan automated webinar.

Info lanjut berkenaan webinarkit, boleh di sini >> 

Apa yang menarik apabila kita gunakan AUTOMATED webinar seperti ini ialah kita boleh run webinar secara automatik di mana prospek boleh akses webinar tersebut mengikut masa yang kita dah pun tetapkan.

Konsep sebegini biasanya digunakan oleh marketer di luar negara.

Dan di Malaysia, salah seorang usahawan yang kerap menggunakan konsep automated webinar adalah Tuan Irfan Khairi.

Bagi anda yang ingin mengumpul Leads dari kalangan prospek yang minat menjalankan bisnes, platform webinar juga sangat sesuai untuk anda gunakan.

Saya prefer untuk anda gunakan aplikasi seperti Zoom dan Google Meet

Ianya antara 2 platform yang rakyat Malaysia dah pun familiar. Jadi tidak sukar buat anda untuk mengendalikan sesi penerangan (preview) melalui salah satu platform ini.

3. KUMPUL LEADS DENGAN DEMO / FREE TRIAL

 

Khas buat anda yang menyediakan sistem yang perlukan penerangan dalam bentuk demo, anda boleh berikan prospek anda untuk melihat sistem anda terlebih dahulu tanpa sebarang bayaran. Ini dipanggil sebagai Free Trial.

Free trial biasanya ada tempoh terhad, iaitu tempoh yang sesuai untuk prospek anda mencuba sistem yang anda tawarkan.

Anda boleh lihat antara sistem yang menawarkan Demo / Free Trial kepada prospek:

Aplikasi Zoom Meeting ni rasanya makin dikenali sejak pandemik.

Disebabkan harga langganan Zoom ni agak premium, jadi untuk menarik prospek mencuba aplikasi zoom ni tanpa sebarang risiko, pihak Zoom berikan akses secara percuma kepada prospek mereka.

Cuma ada banyak features yang terhad di dalam model DEMO ni, antaranya ialah prospek hanya boleh gunakan Zoom meeting terhad 45 minit untuk satu-satu sesi online meeting.

Sistem Onpay ini menawarkan sehingga 3 bulan Free Trial kepada prospek mereka.

Apa yang menariknya, prospek boleh menggunakan sistem Onpay ini secara percuma selama 3 bulan. Cuma ada beberapa features yang tidak berfungsi dalam mode Trial ini.

Jika prospek ingin 'unlock' features tersebut, mereka perlu UPGRADE langganan mereka.

Saya nampak ini salah satu cara pantas untuk Onpay kumpul targeted prospek untuk menggunakan sistem mereka.

Dan dalam masa yang sama dapat close prospek menjadi buyer dengan lebih mudah kerana prospek yang berpuas hati dengan sistem Onpay tidak akan teragak-agak untuk upgrade langganan mereka untuk akses kepada features yang lebih lengkap.

 

Anda boleh jadikan strategi sebegini untuk tawarakn Free Trial ataupun Demo kepada bakal pelanggan anda agar mereka dapat mencuba dahulu produk yang anda tawarkan.

4. KUMPUL LEADS DENGAN LOW PRICE PRODUCT

 

Saya suka gunakan teknik ini untuk mengumpul Leads yang lebih berkualiti.

Biasanya dalam mana-mana bisnes yang saya jalankan, saya dah sediakan 'sales funnel' khas buat semua prospek.

Ia dimulakan dengan meletakkan produk yang berharga rendah (bawah RM50).

Kemudian selepas pelanggan membeli produk Low Price tersebut, barulah kita tawarkan dengan pakej produk lain yang lebih tinggi harganya untuk meningkatkan keuntungan daripada pelanggan yang sama.

Sebagai contoh, jika anda menjalankan bisnes produk kecantikan. Biasanya untuk produk kecantikan, ada pelbagai range produk yang ditawarkan.

Ia bermula daripada produk pencuci muka, krim pelembap, sunscreen, krim jerawat, serum, dan sebagainya.

Jadi sebagai permulaan, anda boleh kumpul leads dengan menjual produk yang paling rendah harganya dan paling mudah dibeli oleh prospek anda.

Selepas pembelian pertama, jika pelanggan berpuas hati dengan produk dan servis yang anda tawarkan, Insyaallah mereka tidak akan teragak-agak untuk REPEAT tempahan mereka bahkan UPGRADE pakej produk yang lebih lengkap yang anda ada tawarkan.

Ini adalah antara contoh produk yang saya gunakan teknik di atas.

Pada mulanya, saya cuma menjual pes gulai nasi dagang sahaja yang berharga RM15 per pek.

Kemudian selepas pelanggan membeli, saya tawarkan juga pilihan untuk mereka membeli pakej yang lebih complete yang mengandungi beras & rempah khas nasi dagang dagang. Alhamdulillah selepas itu, kebanyakan pelanggan akan repeat order pakej yang lengkap kerana menganggap ianya jauh lebih mudah dan menjimatkan!

Secara personal, saya suka gunakan teknik Low Price ini untuk filter prospek yang benar-benar berminat dengan produk yang kita tawarkan. Dan sekurang-kurangnya dengan menggunakan teknik ini, kos pengiklanan akan dapat di'cover' dengan lebih pantas.

5. KUMPUL LEADS DENGAN CHALLENGE PROGRAMME

 

Ini juga salah satu teknik yang anda boleh gunakan untuk kumpul leads dengan pantas.

Biasanya prospek lebih berminat untuk sertai program yang berbentuk Challenge kerana di dalam sebegini ada disediakan ACTION PLAN dan TO DO LIST secara praktikal yang perlu diikuti oleh peserta.

Anda boleh menjana keuntungan melalui program sebegini dengan menawarkan produk yang bersesuaian sebagai 'pelengkap' kepada program Challenge tersebut.

Sebagai contoh, jika anda mengendalikan 'FIT CHALLENGE PROGRAMME', anda boleh menawarkan produk suppliment / detox / vitamin yang bersesuaian kepada semua peserta yang menyertai program tersebut.

Untuk program Challenge seperti ini, anda boleh gunakan sistem Email Autoresponder untuk bantu automasikan penghantaran info kepada prospek yang menyertai program tersebut melalui siri email follow up.

6. KUMPUL LEADS DENGAN FREE EBOOK / VIDEO

 

Rasanya anda sudah pun sangat familiar dengan teknik ini kerana sudah ramai online seller yang mengumpul leads dengan menyebarkan ebook atau video percuma.

Cuma teknik ini agak berisiko dari segi kualiti leads yang bakal anda peroleh.

Boleh jadi prospek yang subscribe ebook atau video percuma anda tersebut adalah 'freebie hunter' - Mereka biasanya cuma subscribe tanpa membaca atau menonton pun content yang anda kongsikan tersebut.

Cuma untuk menjana keuntungan yang lebih pantas melalui teknik ini ialah anda perlu lakukan follow up dan remind prospek anda untuk baca ebook atau tonton video, kerana anda ada kongsikan 'rahsia' yang anda jarang kongsikan di public.

Kemudian, anda tawarkan 1 offer yang sukar dilepaskan. Insyaallah leads lebih cepat bertindak dan buat pembelian untuk produk yang anda tawarkan.

Ianya tidak terhenti setakat disitu sahaja.

Leads yang anda peroleh daripada teknik ini juga anda boleh follow up secara berkala melalui emel dengan berkongsikan tips / casestudy atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan bisnes anda.

Inilah yang saya lakukan sejak 2009 lagi sehingga kini, dan Alhamdulillah saya boleh generate pendapatan tambahan 4-5 angka setiap bulan hanya melalui emel.

Di bawah ini pula contoh yang saya ambil daripada salah satu website milik Tuan Irfan Khairi.

Beliau adalah antara pioneer yang menjalankan bisnes secara online di Malaysia, juga masih menggunakan teknik ini untuk mengumpul Leads beliau setiap hari.

Jika jutawan internet pun lakukan perkara ini, mengapa tidak anda?

Anda hanya perlu hasilkan satu ebook atau rekod video percuma yang ringkas.

Di mana anda boleh berkongsikan tips atau pengalaman yang berkaitan dengan bisnes anda.

Ini adalah salah satu cara untuk anda perkenalkan bisnes anda kepada lebih ramai orang di luar sana. Dan percayalah ini juga cara pantas bagaimana untuk anda bina trust di kalangan prospek yang mungkin baru ingin mengenali anda.

7. KUMPUL LEADS DENGAN KUPON DISKAUN

 

Bagi anda yang ingin menjalankan bisnes ecommerce, anda boleh gunakan teknik kumpul Leads dengan memberikan Kupon Diskaun kepada prospek anda.

Kupon diskaun ini anda boleh berikan kepada prospek yang baru ingin buat pembelian pertama. Ini akan membantu mereka untuk membeli dengan harga yang lebih jimat untuk kali pertama. Ini juga beri peluang kepada mereka untuk mencuba kualiti produk anda.

Jika kualiti produk anda menepati citarasa mereka, pastinya mereka akan lakukan pembelian berulang kelak.

Teknik sebegini banyak digunakan oleh syarikat-syarikat yang menjalankan bisnes ecommerce yang menjual pelbagai jenis produk di dalam website mereka.

Namun begitu, bagi anda yang hanya menjual 1 jenis produk sahaja pun masih boleh apply teknik ini.

APA TEKNIK KUMPUL LEADS YANG ANDA INGIN MULAKAN DAHULU?

 

Alhamdulillah, sebenarnya ada banyak lagi cara untuk anda nak mengumpul Leads dengan pantas melalui online ini.

Insyaallah saya akan kemaskini teknik-teknik tersebut di sini dari semasa ke semasa.

Sebaiknya anda fokus dan mulakan SATU teknik sahaja dulu.

Kelak, anda boleh pelbagaikan teknik tersebut selepas anda dah berjaya kuasai satu-satu teknik yang saya dah kongsikan di atas ini.

Stay tuned!

Kembali Halaman Utama »