Berminat Sertai Online Coaching & Belajar Strategi Berkesan Bisnes Produk Digital Pada Tahun 2021 Ini?


Assalamualaikum & hai.

Saya Rahman Basri.

Untuk pengetahuan anda, saya telah menjalankan bisnes produk digital sejak tahun 2009 lagi. Sehingga tahun ini sudah lebih 10 tahun saya berkecimpung secara sepenuh masa dengan bisnes ini.

Insyaallah apa yang bakal saya kongsikan kepada anda di dalam sesi online coaching bukanlah sekadar teori semata-mata, tapi ia adalah proven method berdasarkan pengalaman saya di dalam bisnes ini sepanjang 10 tahun.

Justeru, khas buat anda yang ingin belajar secara online, personal 1 on 1 bagaimana untuk anda menjana pendapatan melalui produk digital..

Saya jemput anda untuk sertai sesi 1-on-1 Online Coaching bersama saya.

Sebelum ini sesi coaching dijalankan secara offline face to face di sekitar Kuala Lumpur, namun disebabkan PKP dan kekangan lokasi serta masa, ramai yang request untuk saya adakan sesi ini secara online.

Ini antara sebahagian feedback mereka yang dah sertai sesi coaching bersama saya.

Alhamdulillah, terima kasih tuan Rahman Basri kerana berkongsi ilmu power tentang bisnes produk digital.

Selama 2 bulan praktikkan ilmu yang diajar, sales saya dah cecah RM129k!

Asyraf Azmin
Asyraf Azmin Entreprenuer

Selama ni saya hanya belajar tentang emel marketing, affiliate ni dari pakcik Google dan Youtube je. Rasa macam dah tau banyak benda.

Tapi rasa macam ada yang tak complete. Kalau nak tanya apa-apa pun susah. Jadi bila saya dapat tau je Tuan Rahman Basri ada buat Personal Coaching, saya tak teragak-agak untuk join. Sebab saya dah lama follow beliau dari 2009 lagi tak silap.

Betul tekaan saya. Memang ada yang tak complete dengan apa yang selama ni saya belajar. Fundamental sama, cuma strategi yang beliau tunjukkan lebih clear! Saya nampak terus step by step apa yang boleh saya terus implement untuk bisnes saya.

Ilmu ini yang saya cari selama ni. Macam mana nak buat passive income melalui database dan emel marketing. Sebelum ni saya ingat benda ni terlalu complicated. Sebenarnya tak complicated mana bila Tuan Rahman 'memecahkan' secret untuk buat sale 4-5 angka sebulan secara tenang dari rumah atau mana-mana sahaja.

Highly recomended jika anda serius nak tau 'proven techniques' utk jana income dengan tenang menggunakan produk digital. TQ Tuan RB!

Syafiq Taib
Syafiq Taib Entreprenuer

Sebelum ni saya banyak belajar hal-hal pemasaran internet melalui buku, ebook, tengok video-video youtube dan sebagainya.

Boleh juga kata saya jenis yang belajar sendiri. Dari cara nak beli domain hosting, install wordpress sehinggalah pasang pixel fb ads dan run google ads.

Sepanjang 10 tahun penglibatan dalam pemasaran internet, ini coaching direct face to face saya yang pertama.

Serius... Saya dan Dr. Taufiq Razif pergi coaching dengan Tuan Rahman Basri untuk upgred bisnes ke next level.

Sebelum ni tak pernah nak pergi coaching dengan siapa-siapa atas alasan jauh dan bajet yang besar untuk travelling. Saya fikir banyak kali bila Dr. Taufiq ajak saya pergi coaching dengan Tn. Rahman Basri.

Sebab saya boleh agak, apa yang bakal diajar oleh beliau.

Saya kata kat Dr, nanti mesti belajar pasal autoresponder, followup dan affiliate. Biasalah, saya dah lama buat pemasaran internet, tahu segala mak bapak strategi, kononnyalah...

Egonya saya. 😆

Tapi, Dr. Taufiq berjaya yakinkan saya untuk berguru dengan Rahman Basri. Dan ya, memang betul tanggapan saya. Beliau ajar apa yang saya ceritakan kepada Dr.

Terus terang apa yang beliau ajar, saya dah tahu. Tapi, saya terbuka mata.

Sebelum ini, strategi yang saya gunakan untuk pemasaran produk Proparenting agak kasar dan tidak kemas. Tapi ajaran Tn. Rahman membolehkan saya susun semula strategi yang lebih halus dan lebih bersistematik.

Kalau dulu, stratategi yang saya gunakan umpama senapang patah, tapi lepas coaching ni, ia bakal berubah menjadi sniper rifle yang lebih tepat tembakannya.

Nampak gaya, masuk gua balik untuk penstrukturan semula aktiviti pemasaran.

Terima kasih Tuan Rahman Basri dengan perkongsian strategi yang lebih berkuasa.

Dari pengalaman ini apa yang saya belajar, walaupun kita tahu macam-macam ilmu, strategi, teknik, walau kita tahu 1001 macam perkara, pasti ada ilmu baru yang boleh kita tambah dan upgred kepada gedung ilmu yang kita sudah ada.

Simple je strategi tu, tapi orang selalu terlepas pandang.

Rammel Firdaus
Rammel Firdaus Entreprenuer

Tuan Rahman adalah orang pertama yang memperkenalkan uncle dunia online marketing. Masa tu uncle memang tak pandai langsung tapi uncle belajar daripadanya.

Copywriting beliau antara yang uncle suka. Lenggok bahasanya yang jelas dan mudah difahami. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam online marketing.

So uncle ambil personal coaching dengan beliau untuk bisnes uncle.

Selain dari umrah dan travel, uncle ada buat beberapa bisnes lagi. Uncle gunakan khidmat beliau untuk online marketing.

Jujur uncle cakap, bagi yang baru nak bisnes atau baiki bisnes yang slow, uncle suggest kan ambil khidmat dengan beliau. Harga sangat berpatutan. Dua hala dan sangat mudah difahami.

- Hj Nor Hashim
Harmony Excellence

Hj Nor Hashim
Hj Nor Hashim Umrah Travel

Sesi personal coaching dengan Tuan Rahman Basri ini telah menjawab banyak soalan dalam fikiran saya selama ini tentang online marketing.

Ianya amat bermanafaat dan memudahkan lagi untuk saya memulakan bisnes online.

Sebelum ini saya ada juga pergi banyak seminar bisnes online, tapi bila balik ... blur. Terutama bila mengalami masalah-masalah yang tak diduga sebelum ini.

Tetapi dengan personal coaching Tuan Rahman Basri ini ianya amat personalised, padat dan jelas. Saya dapat nyatakan masalah-masalah yang saya hadapi, dan beliau dapat berikan jalan-jalan penyelesaian dengan terang dan mudah difahami.

Secara ringkasnya, saya sarankan kepada sesiapa yang bercadang untuk memulakan bisnes online dengan cara yang betul dan efektif, supaya mendapatkan personal coaching Tuan Rahman Basri ini.

Azhar
Azhar
shadow-ornament

Antara persoalan yang selalu saya terima ialah tentang apa modul yang akan saya ajarkan di dalam sesi 1 on 1 Online Coaching ini?

  • Basically, saya akan fokuskan kepada strategi marketing (promosi). Saya akan bantu guide apa strategi yang perlu digunakan untuk keperluan & level ilmu pemasaran anda.
  • Saya akan banyak fokus kepada strategi pemasaran melalui kaedah berbayar seperti Facebook ads, kerana ianya lebih mudah untuk dipraktikkan untuk capai lebih ramai prospek yang berminat dengan tawaran anda.
  • Saya akan bantu strukturkan semula kaedah pemasaran anda agar dapat meningkatkan lebih nilai jualan bagi setiap pelanggan anda.
  • Dan bagaimana untuk anda bina kempen pemasaran dengan cara yang lebih mudah dan berkesan supaya anda dapat kenalpasti iklan yang anda jalankan memberi keuntungan ataupun sebaliknya.
  • Jika anda masih belum mempunyai produk digital sendiri, saya juga akan kongsikan cara bagaimana untuk anda dapatkan idea produk anda!

Untuk sesi ini, anda hanya perlu laburkan serendah RM997 RM497 untuk sesi 3 jam.

Dan yang bestnya, anda boleh belajar dari rumah anda sahaja!

Tarikh & masa online coaching adalah fleksibel.

Anda hanya perlu maklumkan kepada saya tarikh & masa pilihan anda, kemudian saya akan semak jadual saya.

Jika saya available pada waktu yang anda cadangkan, maka kita akan buat sesi coaching pada waktu tersebut. Jika tidak, saya akan beri cadangan waktu lain yang bersesuaian.

Sesi online coaching adalah menggunakan aplikasi Zoom meeting.

shadow-ornament

Bonus Eksklusif!

shadow-ornament

Bagi anda yang bertindak pantas mendaftar hari ini, saya berbesar hati untuk berikan akses secara percuma ke ruangan Rahman Online Academy yang berharga RM150.

Di ruangan rahman online academy ini, ia mengandungi semua koleksi produk digital saya yang berikut.

  • Rahsia Bisnes Produk Digital - Panduan langkah demi langkah bagaimana menghasilkan produk digital yang boleh berikan pendapatan pasif setiap bulan kepada anda.
  • Program 21 Hari Kumpul List - Belajar selama 21 hari (secara online) untuk anda kumpul sekurang-kurangnya 500-1,000 (targeted) email list setiap bulan dan jana pendapatan yang berterusan melalui online.
  • Affiliate Method - Panduan yang mengajar tentang strategi affiliate marketing secara terperinci dan evergreen.
  • Seni Emel - Panduan yang mendedahkan strategi dan kaedah mudah bagaimana untuk menulis emel yang boleh menghasilkan jualan lumayan.
  • Seni Facebook Ads - Panduan ini akan menerangkan bagaimana membina kempen pengiklanan di Facebook Ads dengan cara yang lebih berkesan berbanding pesaing anda.
  • Seni Facebook Group - Ini adalah antara strategi zero cost marketing yang anda boleh gunakan untuk pemasaran percuma di Facebook group.
  • Seni Close Sale - Saya tunjukkan bagaimana anda boleh lakukan proses close sale untuk produk anda. Ia merangkumi strategi yang betul untuk anda membina iklan, follow up, database management dan close sale.

Jika anda perhatikan pada setiap panduan di atas...

Ia akan bantu anda untuk belajar secara praktikal bagaimana nak hasilkan produk digital sehinggalah cara nak promosi produk tersebut.

Maksudnya, selepas selesai sahaja 2 jam sesi online coaching bersama saya, anda dah boleh mulakan bisnes produk digital anda dengan merujuk panduan yang saya dah sediakan ini.

Anda dah tak perlu beli panduan-panduan lain dah. Ia dah cukup lengkap untuk anda bermula!

Pergi berguru dengan tuan Rahman Basri, padat dengan ilmu.

Antara input yang saya dapat ialah bagaimana untuk kumpul leads dengan ads, cara nak growkan subscribers, cara nak monitize bila dah ada subscribers & cara free untuk kumpul lebih leads dari media sosial.

Ini adalah benda fundamental yang sangat penting untuk dikuasai jika nak buat duit secara konsisten melalui jualan produk digital. Thanks tuan Rahman!

Naqiuddin Che Nudin
Naqiuddin Che Nudin Online Entreprenuer

Klik butang di bawah untuk daftar Private Coaching sekarang!

Saya cuma buka sesi Online Coaching untuk kuota terhad setiap bulan. Daftar sekarang sebelum kuota penuh!