Selain Produk Makanan, Ini Contoh Produk Yang Mempunyai Permintaan Tinggi!


Hai, Assalamualaikum. Saya Rahman Basri.

Dalam post ini saya akan berkongsi kepada anda satu contoh produk yang anda boleh promosikan ketika ini sama ada secara part time mahupun full time hanya dari rumah sahaja secara online.

Lebih-lebih lagi ketika PKP ini pastinya ramai yang mula nak mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan, betul?

Pemilihan produk yang bagus akan membantu anda untuk mudah menghasilkan jualan kelak.

Ini adalah produk yang mendapat permintaan tinggi terutamanya pada waktu musim covid19 sekarang ni.

Medical Card

Ops, tunggu dulu.

Anda jangan risau, saya tidak mengajak anda untuk menjadi ejen takaful dan insurans untuk menjual medical card ini.

Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut lagi, di sini saya kongsikan scenario masyarakat hari ini.

Ramai antara kita sebenarnya sudah pun mengetahui betapa pentingnya untuk memiliki medical card bagi tujuan perlindungan perubatan. 

Setuju?

Namun, kenapa masih lagi yang masih belum melanggan pakej perlindungan takaful atau insurans yang ada ditawarkan di dalam pasaran?

Anda pasti tahu jawapannya.

Sebabnya ialah tak ramai antara kita yang mampu untuk bayar komitmen bulanan takaful / insurance yang agak mahal.

Kalau seorang pun dah RM150 - RM200 sebulan.

Bayangkan jika dalam satu keluarga ada 5 orang, jumlah langganan dah jadi RM750-RM1,000 sebulan untuk perlindungan perubatan sahaja. Banyak tu.

Mungkin sesetengah orang, jumlah tersebut masih lagi rendah dan mampu bayar. 

Namun, dengan situasi PKP dan Covid 19 yang sedang melanda ini, pastinya ia memberi kesan kepada pendapatan dan ekonomi ramai keluarga.

Ini menyebabkan mereka tak mampu untuk dapatkan perlindungan perubatan melalui medical card ini.

Saya sendiri sejak tahun lepas lagi ada menghubungi dengan beberapa orang perunding takaful untuk mendapatkan quotation pakej langgan takaful bagi keluarga saya. 

Namun apabila melihat jumlah harga langganan yang perlu dibayar setiap bulan, saya terpaksa hold dahulu dan terus mencari apakah alternatif kepada perlindungan perubatan (medical protection) yang jauh lebih jimat.

Saya yakin ramai yang menghadapi situasi seperti ini kan.

Kita sama-sama mahukan perlindungan perubatan yang terbaik yang mengenakan caj yang berpatutan atau value for money. 

Jadi setiap RM yang dibelanjakan perlu dirancang serta diuruskan dengan teliti. 

Jika kewangan tidak disusun atur dengan cermat dan kemas, maka perbelanjaan bulanan akan menelan kos yang begitu besar. 

Bagi yang dah berkeluarga, di samping perlu melanggan pelan perlindungan perubatan untuk diri sendiri, pastinya anda juga perlu mempertimbangkan perlindungan perubatan untuk seisi keluarga.

Justeru, hari ini saya akan kongsikan berita baik buat anda.

Sebenarnya ada satu alternatif buat anda yang ingin mendapatkan perlindungan perubatan dengan kos yang jauh lebih jimat, di samping anda juga boleh menjana pendapatan tambahan melaluinya.

 

E-Medical Card - GatherCare

Baru-baru ni ada saya ada hubungi seorang kenalan saya, seorang perunding kewangan Islam berkenaan satu program e-medical card Gathercare, selepas melihat posting beliau di Facebook.

Saya agak tertarik dengan program perlindungan perubatan yang ditawarkan.

Dengan bayaran pendaftaran serendah RM360 setahun, kita boleh dapat perlindungan bil perubatan sehingga RM1 juta.

Ia menggunakan konsep perkongsian kos perubatan (crowd share) di kalangan komuniti ahli yang berdaftar. 

Untuk pengetahuan anda, Gathercare bukanlah syarikat takaful / insurance.

Sebaliknya ia merupakan satu platform perkongsian komuniti patuh syariah pertama di Malaysia bagi membiayai kos rawatan perubatan sejak tahun 2017.

Ini bermaksud jika terdapat pekongsi (ahli) yang dimasukkan ke hospital dan perlu menjelaskan bil rawatannya, maka semua pekongsi yang lain akan berkongsi membayar bil tersebut. 

Melalui kaedah ini, kita dapat saling membantu meringankan si pesakit tanpa perlu memikirkan kos rawatan yang tinggi.

Bagi memudahkan pemahaman anda berkenaan program GatherCare ini, saya kongsikan beberapa contoh di bawah:

Contoh 1.

  • Diandaikan pada bulan tersebut seorang ahli telah dimasukkan ke hospital dan memerlukan RM10,000 sebagai kos rawatannya.
  • Jika pada masa itu terdapat 1,000 orang pekongsi GatherCare yang aktif, Maka sumbangan setiap orang pekongsi pada bulan tersebut adalah:

RM10,000 / 1,000 pekongsi = RM10 bagi setiap ahli.

Ya, setiap ahli yang berdaftar cuma perlu bayar RM10 sahaja pada bulan tersebut.

 

Contoh 2.

  • Diandaikan pada bulan tiada seorang pun ahli yang masuk hospital dan buat tuntutan kos rawatan hospital.
  • Maka sumbangan setiap orang pekongsi pada bulan tersebut adalah RM0.
  • Ya, anda tidak perlu bayar apa-apa pun jika tiada sebarang tuntutan kos rawatan pada bulan tersebut. Jimat!

Inilah beza Gathercare berbanding dengan takaful dan insurance company. Takda claim, tak perlu bayar. Best kan?

Protection masih berjalan, cuma bayar atau tak hanya berdasarkan claim dalam komuniti GatherCare.

 

Contoh 3.

  • Diandaikan dalam bulan tersebut ada ramai yang claim dan jumlah tuntutan (claim) kos rawatan perubatan keseluruhan pada bulan tersebut ialah RM70,000.
  • Jika pada masa itu terdapat 1,000 orang pekongsi Gather Care yang aktif, Maka sumbangan sepatutnya bagi setiap orang pekongsi pada bulan tersebut ialah:

RM70,000 / 1,000 = RM70

Tetapi bagi memastikan semua ahli pekongsi tidak terbeban dengan jumlah perkongsian yang tinggi, GatherCare telah meletakkan had maksimum perkongsian bulan RM50 sahaja.

Baki selebihnya (RM70 - RM50 = RM20) akan dibayar pada bulan hadapan.

 

Di dalam rekod, pada tahun 2020 ahli Gathercare tidak perlu membayar apa-apa selama 5 bulan, iaitu pada Jan, Apr, Mei, Okt dan Dis kerana tiada sebarang tuntutan bil hospital.

Secara purata jumlah bayaran bulanan pada tahun 2020 yang perlu dibayar oleh oleh setiap ahli GatherCare cuma serendah RM5.24 sebulan sahaja!

Manakala untuk 5 bulan pertama pada tahun 2021, purata bayaran bulanan cuma serendah RM12.05!

Semasa artikel ini ditulis, jumlah ahli aktif di GatherCare adalah 3,000+ orang.

Jika dibandingkan dengan populasi rakyat Malaysia pada tahun 2020, ada lebih kurang 32 juta penduduk.

Yang sudah memiliki perlindungan kesihatan melalui takaful / insurans adalah sebanyak 7 juta orang sahaja.

Selebihnya ada 25 juta orang lagi masih belum mempunyai sebarang perlindungan kesihatan.

Anda rasa kenapa masih ramai yang belum memiliki sebarang perlindungan kesihatan?

Jawapannya, mereka tak mampu untuk bayar komitmen bulanan yang mahal.

Sebab itulah saya melihat potensi besar kepada program GatherCare ini untuk bantu lebih ramai orang untuk memiliki perlindungan kesihatan dengan harga yang jauh lebih rendah.

 

Boleh Percaya Ke?


Pada awalnya saya sendiri pun ragu.

Namun selepas buat kajian, rupanya konsep perkongsian bil perubatan sebegini juga ada diperkenalkan oleh Jack Ma (Founder AliBaba) melalui program Ant’s Xiang Hu Bao.

Program tersebut dilancarkan pada Oktober 2018 di China, dan selepas setahun jumlah penyertaan mencecah 100 juta orang pekongsi. Ini menunjukkan permintaan terhadap program sebegini sangat tinggi.

 

Di Malaysia, setahu saya Gather Care adalah satu-satunya platform yang menggunakan konsep yang sama dan ianya patuh syariah.

Jadi, inilah peluang untuk anda memperkenalkan program ini kepada kenalan dan sudara mara anda supaya lebih ramai dapat manfaat melalui program sebegini.

 

Betulkah Gather Care Ni Patuh Syariah?


Ini antara persoalan yang muncul di fikiran saya berkenaan program Gather Care ini sewaktu mula-mula ingin menyertai program ini.

Untuk pengetahuan anda, Gather Care telah pun mendapat pengiktirafan daripada Afsha Shariah Advisory yang merupakan syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sebahagian syarikat takaful di Malaysia juga mendapatkan pengesahan patuh syariah daripada Afsha Shariah Advisory ini.

 

Bagaimana Proses Kemasukan ke Hospital Melalui Gather Care?

 

Jika sakit, macam mana nak gunakan e-medical card Gather Care ini di hospital? Mesti anda tertanya-tanya pasal soalan ini kan. 🙂

Anda jangan bimbang, kerana Gather Care mempunyai lebih 250 hospital panel seluruh Malaysia yang merangkumi hospital kerajaan dan swasta. 

Boleh rujuk di sini: http://gathercare.com.my/hospital/

 

Langkah 1.

Masa nak daftar masuk ke hospital, anda cuma perlu tunjuk e-medical card yang terdapat di dalam app GatherCare seperti dalam gambar screenshot di bawah ini berserta maklumat ahli yang diperlukan seperti Maykad.

Langkah 2.

Seterusnya pihak hospital akan berhubung dengan pihak eMAS untuk keluarkan GL (Guarantee Letter) atau surat jaminan awal yang menyatakan bahawa semua kos akan ditanggung oleh pihak syarikat.

Begitu dapat GL, anda boleh terus check in ke wad untuk jalani rawatan dengan hati yang tenang dan jiwa yang tenteram. Tak perlu lagi risau pasal kos hospital.

Untuk pengetahuan anda, GatherCare telah melantik eMAS sebagai rakan pentadbir perlindungan perubatan

eMAS adalah syarikat yang membantu mengurus pelbagai perkhidmatan dalam industri perubatan di Malaysia.

Semua bil hospital akan diproses, diaudit dan diluluskan oleh juru audit perubatan profesional daripada eMAS. Ini bagi memastikan supaya setiap ahli mendapatkan bantuan perubatan dan rawatan yang cekap pada bila-bila masa yang diperlukan.

Banyak institusi kerajaan dan swasta yang juga melantik eMAS sebagai rakan pentadbir perlindungan perubatan.

 

Bagaimana Untuk Jana Pendapatan Melalui Gather Care?

 

Ok, kita berbalik semula kepada topik utama artikel ini. Bagaimana anda nak menjana pendapatan melalui program ini?

Pada tahun 2020, Gathercare mula membuka peluang kepada ramai orang yang nak menjana pendapatan dengan memperkenalkan program affiliate.

Jika anda berjaya mendaftarkan ahli baru, syarikat akan berikan anda komisyen sebanyak RM100. 

Dan sekiranya ahli tersebut memperbaharui keahlian pada tahun berikutnya, anda juga masih menerima komisyen sebanyak RM100 secara pasif.

Komisyen ini tiada had, selagi mana ahli tersebut memperbaharui keahlian Gathercare setiap tahun, maka anda masih layak untuk menerima komisyen. 

Jika ahli tersebut melanggan di Gather Care selama 10 tahun, maka 10 tahun anda akan menerima komisyen daripada Gather Care. Menarik kan?

 

Jadi untuk memudahkan pemahaman anda, di sini saya tunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk anda mendaftar di Gather Care seterusnya bagaimana anda boleh menjana pendapatan pasif sambil membantu orang lain memiliki perlindungan perubatan yang amat mampu milik.

 

Bagaimana Nak Mendaftar?

 

Sangat mudah untuk sertai program Gather Care sama ada sebagai ahli pekongsi mahupun sebagai affiliate. 

Hanya pendaftaran melalui telefon bimbit sahaja.

Daftar di sini: http://gathercare.com.my

 

Sila buat pra pendaftaran secara PERCUMA. Anda perlu buat verification telefon anda semasa membuat pra pendaftaran.

Kemudian lengkapkan maklumat Nama dan Password untuk anda akses ke dalam apps Gather Care.

Selepas berjaya mendaftar, anda boleh lihat sendiri senarai tuntutan yang lepas, senarai hospital panel, guidelines, FAQ dan sebagainya di ruangan apps.

Untuk menjadi affiliate, anda perlu mendaftar sebagai ahli pekongsi (sharer) terlebih dahulu.

Atau jika anda sudah pun memiliki medical card daripada mana-mana takaful / insurans sebelum ini dan masih belum bercadang menjadi ahli pekongsi di Gather Care, tak mengapa.

Kerana anda boleh daftarkan pasangan ataupun anak anda sebagai ahli pekongsi (sharer) di Gather Care untuk mereka dapatkan manfaat perlindungan kesihatan melalui program ini.

Itu pun sudah memadai untuk anda menjadi affiliate Gather Care.

 

Syarat kelayakan untuk menjadi ahli pekongsi adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang berusia 6 sehingga 40 tahun.
  • Sihat tubuh badan.
  • Jujur & Amanah.

Untuk mendaftarkan ahli pekongsi, klik sahaja butang Sharer kemudian Add Sharer.

Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Lengkapkan juga maklumat Medical profile anda di sini.

Manakala jika anda mendaftarkan pasangan atau anak anda sebagai ahli Sharer, pastikan anda menjawab dengan jujur untuk memastikan tiada sebarang penipuan pengakuan berkenaan tahap kesihatan mereka ketika mendaftar program ini.

Tandakan semua maklumat pada Terms & Conditions.

Yuran pendaftaran keahlian yang dikenakan kepada semua Pekongsi (sharer) cuma serendah RM360 sahaja. Dan tambahan RM100 untuk dimasukkan ke dalam Tabung Deposit Perkongsian.

Jadi jumlah keseluruhan permulaan adalah RM460. 

Namun begitu, untuk tidak membebankan pelanggan, pihak Gather Care ada menyediakan kemudahan pembayaran ansuran sebanyak 2 kali iaitu RM260 pada bulan pertama, dan baki RM200 lagi pada bulan berikutnya. 

Untuk bayaran kali pertama ini, anda hanya perlu bayar RM260 + RM2.99 (caj transaksi).

Total RM262.99

Baki bayaran sebanyak RM200 lagi akan ditolak daripada kad debit / kredit anda selepas 30 hari.

Lengkapkan maklumat kad debit / kredit untuk tujuan pembayaran keahlian Gather Care.

Selepas pembayaran berjaya dilakukan, pautan Link Affiliate Gather Care anda akan diaktifkan dalam tempoh 12-24 jam.

Untuk dapatkan Link Affiliate anda, klik butang Refer.

Nanti anda akan dibawa ke ruangan khas affiliate seperti di bawah:

Anda hanya perlu copy & paste Referral Link yang tertera.

Anda sudah boleh mempromosikan program Gather Care ini dan menjana komisyen setiap kali ada ahli yang mendaftar melalui link tersebut.

Kesimpulannya, ini adalah peluang yang terbaik buat anda yang ingin mendapatkan e-medical card yang menawarkan nilai perlindungan perubatan yang begitu tinggi dengan komitmen yang amat rendah, di samping berpeluang untuk menjana pendapatan pasif seumur hidup melalui program affiliate. 

Perlukan Bimbingan Yang Lebih Lanjut Berkenaan Program Affiliate Gather Care Ini?

 

Bagi anda yang berminat untuk belajar dengan lebih terperinci bagaimana untuk mempromosikan program GatherCare ini, saya jemput anda untuk sertai Program Bimbingan Affiliate Gathercare.

Klik Di Sini Untuk Sertai Program Bimbingan Affiliate GatherCare.

Soalan Lazim Gather Care

Jawapan soalan lazim di bawah boleh bantu anda buat keputusan sebelum mendaftar Gather Care sebagai ahli mahupun affiliate.
  • q-iconGather Care ini under takaful / insurans mana?

    Gather Care BUKAN syarikat takaful / insurans tapi ia adalah platform perkongsian kos perubatan dengan eMAS sebagai TPA (Third Party Administrator). Program ni adalah patuh shariah.

    eMAS adalah syarikat yang membantu mengurus pelbagai perkhidmatan dalam industri perubatan di Malaysia. Semua bil hospital akan diproses, diaudit dan diluluskan oleh juru audit perubatan profesional daripada eMAS.

    Ini bagi memastikan supaya setiap ahli mendapatkan bantuan perubatan dan rawatan yang cekap pada bila-bila masa yang diperlukan. Banyak institusi kerajaan dan swasta yang juga melantik eMAS sebagai rakan pentadbir perlindungan perubatan.

  • q-iconGather Care ada approve by Bank Negara Malaysia (BNM)?

    Gather Care pada tahun 2017 March 23hb pernah dituduh kat consumer alert list .

    Lepas tu Gather Care send semua document untuk BNM buat review and audit .

    Alhamdulillah, selepas 9 bulan, BNM remove Gather Care from consumer alert list.

  • q-iconGather Care ada lesen ke untuk kumpul duit deposit daripada orang ramai?

    Gather Care tak ada lesen untuk mengkumpul duit daripada orang ramai, semua deposit perkongsian yang dibayar oleh pekongsi dikumpul & disimpan oleh pemegang amanah (trustee) yang dilantik iaitu Ong and Manecksha.

    Deposit ni tak masuk ke akaun syarikat Gather Care.

  • q-iconMengapa Gather Care boleh murah sangat? Bagaimana Gather Care memperolehi keuntungan?

    Gather Care tidak menjana sebarang keuntungan daripada Perkongsian untuk perbelanjaan perubatan.

    Semua ahli berkongsi jumlah sebenar perbelanjaan perubatan yang diluluskan oleh TPA. Pekongsi hanya diwajibkan untuk menyumbang kepada Perbelanjaan Perubatan yang layak dan Yuran Penyertaan Tahunan sahaja.

  • q-iconBerapa yuran yang dikenakan oleh Gather Care setiap bulan?

    Gather Care tak sama dengan takaful / insurans.

    Bayaran bulanan di Gather Care adalah tidak tetap..

    Contohnya, pada bulan Jun ada 2 kes kemasukan ke hospital dengan jumlah bil RM30,000 dan jumlah pekongsi (sharer) ada 1,000 orang.

    RM30,000 / 1,000 = RM30 saja setiap ahli perlu bayar.

    Jika tiada kes kemasukan ke hospital pada bulan itu, jumlah perkongsian ialah RM0!

    Jumlah perkongsian maksimum setiap bulan hanya RM50.

    Jika jumlah perkongsian melebihi RM50, contohnya RM80, ahli hanya perlu bayar RM50 (max) pada bulan tersebut dan baki RM30 akan dibawa ke bulan depan.

  • q-iconAdakah Gather Care lebih baik daripada medical card sedia ada di pasaran & apa bezanya dengan medical card takaful & Insurans?

    Gather Care ini bukanlah satu skim insurans / takaful kesihatan tetapi ia sebagai satu ALTERNATIF yang mudah, mampu-milik, dan dibiayai sepenuhnya oleh ahli pekongsi sendiri.

    Ini adalah penyelesaian inovatif bagi masalah kenaikan kos kesihatan dan perubatan dan harga polisi insurans kesihatan yang mahal.

    Dari satu sudut, medical card takaful & insurans juga mempunyai kelebihan tersendiri berbanding Gather Care.

    Namun jika difokuskan kepada ‘core’ tujuan adalah untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera di hospital swasta / kerajaan, Gather Care mampu menyediakan perkhidmatan tersebut dengan kos yang sangat berpatutan. Inilah kelebihan paling utama kepada ahli Gather Care dengan jaminan perkongisan bulanan tidak lebih daripada RM50 sebulan.

Klik Di Sini Untuk Sertai Program Bimbingan Affiliate GatherCare.